kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Thursday, 15 December 2011

SEMAR MESEM


SEMAR MESEM MUNGKIN RAMAI DIKALANGAN PEMINAT BARANGAN ANTIK , MASIH TIDAK TAHU AKAN KEISTIMEWAAN SEMAR,DALAM CORETAN PADA KALI INI SAYA AKAN MENGHURAIKAN SERBA SEDIKIT TENTANG  SEMAR.
MENURUT LAGENDA DAN RIWAYAT TURUN-TEMURUN, SEMAR MESEM INI ADALAH DIANTARA SENJATA KUNO YG PALING LAMA DAN PALING SAKTI DI KALANGAN PENGETAHUAN ILMU PENDEKAR. INI KERANA SEMAR ADALAH BARANG KEBESARAN DIRAJA. DAN JUGA SENJATA SULIT PANGLIMA ZAMAN DULU KALA. ADA RIWAYAT YG MENYATAKAN, SEMAR INI USIANYA LEBIH LAMA DARI KERIS. SEBELUM WUJUD NYE KERIS , SEMAR MESEM ADALAH SENJATA YG PALING AMPUH DAN LANGKA, KEWUJUDAN SEMAR ADALAH LEBIH 1000 TAHUN  AWAL SEBELUM WUJUDNYE KERIS.
SEMAR TERBAHAGI KEPADA BANYAK JENIS SBG CONTOH NAMA SEMAR YG LAIN IALAH
BAGONG,SEMAR DUDUK ,SEMAR BERDIRI,SEMAR MESEM DAN BANYAK LAGI.
SESEORANG YG MEMILIKI SEMAR, BELUM TENTU IA ADA ILMU SEMAR. TETAPI SEKIRANYA KITA ADA SEMAR DAN ILMU SEMAR, ITU MENANDAKAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG AHLI HIKMAH. KALAU DI INDONESIA,PENDUDUK NEGERI FLOREST AMAT TAKUT DENGAN PEMILIK SEMAR. ITU MENURUT KAWAN KU ORG FLOREST LAH YG BAGITAU, KESAHIHANYE TIDAK DAPAT LAH AKU  PASTIKAN.MENURUT CERITA BANGSA YG PANDAI MENGGUNAKAN ILMU SEMAR INI ADALAH DARI KETURUNAN
BOYAN.ADA SATU KISAH YG PERNAH DICERITAKAN KEPADAKU TENTANG PEMILIK KERIS DAN SEMAR NI.BEGINI CERITANYA, PADA ZAMAN DAHULU KALA, ADA SEORANG PENDEKAR YG TIDAK KALAH TANDING, MEMILIKI SEBILAH KERIS YG AMAT SAKTI. SEHINGGA DIKATAKAN APABILA DI BUAT PERTANDINGAN ILMU . PEMUDA INI HANYA MENIKAM KERIS NYE KE SEBUAH POKOK BESAR , LANTAS GUGURLAH SEMUA DAUN-DAUN KEBUMI SPT NYE POKOK ITU BERADA DI MUSIM LURUH.PUNYA LAH HEBATNYE POWER KERIS TU.SETELAH ITU PEMUDA INI MENCABAR PENDEKAR YG ADA DI SEKITAR SEKIRANYA ADA MEMILIKI BARANG SAKTI YG MAMPU MENGALAHKAN KERISNYA.NAMUM BEGITU TIADA SEORANG PN BERANI MENYAHUT CABARAN PEMUDA ITU TADI. AKHIR NYA  MUNCUL SEORANG BUDAK KECIL YG MASIH MENTAH MENYAHUT CABARAN PEMUDA TERSEBUT.RUPA2 NYE BUDAK KECIL INI ADALAH PEMILIK SEMAR MESEM.APA YG BERLAKU,BUDAK KECIL INI PUN MENIKAM SEMAR KE POKOK YG SAMA YANG MANA GUGUR DAUN NYE ITU,SEMUA DAUN YG GUGUR KEBUMI NAIK SEMULA KE TEMPAT ASAL NYA DAN MENJADIKAN POKOK ITU SPT SEDIAKALA.BEGITULAH HEBATNYA ILMU DAN SEMAR.ITU MENURUT RIWAYAT MASYARAKAT BOYAN INDONESIA.
SEMAR JUGA DI GUNAKAN UTK PERUBATAN TRADISIONAL, DAN BOLEH JUGA DIGUNAKAN UTK MEMBUANG MAKHLUK HALUS  YG MERASUK BADAN MANUSIA.
UNTUK TATA CARA PENGGUNAAN SEMAR SILA LAH RUJUK GURU YG BERPENGALAMAN. KALU NK DI CERITAKAN PANJANG LAGI PENERANGAN TENTANG SEMAR INI, TAK LARAT AKU NK TULIS. SEKIRANYA BERMINAT PERGI LAH  CARI TOK GURU DAN BELAJAR SAMPAI PANDAI. SEMOGA DI RAHMATI.

Wednesday, 14 December 2011


KOLEKSI KU, INI ADALAH SEBUAH KERIS KECIL, DI PERBUAT DARI BESI APA PN AKU TAK TAU, MENURUT CERITA, KHASIAT KERIS INI ADA LAH UTK KESELAMATAN DAN KEWIBAWAAN DIRI. PUNYALAH LAMANYE KERIS INI KU SIMPAN SAMPAI AKU PN DAH LUPA MANA AKU DAPAT KERIS NI. YG JELAS AKU TAK PERNAH BELI BARANG2 NI, SELALUNYE BARANG MISTIK NI , TOK GURU BAGI, KAWAN BAGI ,ATAU MAKHLUK ALLAH YG LAIN BAGI SEBAGAI HADIAH. MENGIKUT FIRASAT PATIK KERIS NI JUGA BOLEH DI GUNAKAN UTK BERUBAT.

BATU AKIK IKAN PAUS



BATU AKIK IKAN PAUS INI DI PEROLEHI OLEH SAYA DARI SEORANG KAWAN, BATU INI BERASAL DARI INDONESIA, DARI DAERAH PROPOLINGGO KALAU TAK SILAP SAYA.
KHASIATNYE ADALAH UNTUK KAKI PANCING, INSYALLAH SEKIRANYA ALLAH TA,ALA IZIN,MUDAH DAPAT IKAN. SAYANG SEKALI SAYA BUKANLAH SEORANG KAKI PANCING. SO I PN TAK PERNAH CUBA HEHEEHH....
TAPI SEBENARNYA BAB PANCING NI REZEKI TELAH DI TETAPKAN OLEH ALLAH YG MAHA ESA. JANGAN KITA TAKSUB PADA BATU. NAMUN BEGITU KHASIAT SETIAP BARANG YG DI CIPTAKAN ALLAH , TIDAK BOLEH KITA NAFIKAN..
KERANA ALLAH PERNAH BERFIRMAN DI DALAM KITAB ;BAHAWASANYE TIDAK KU JADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA,SIA.
NIKMATKU MANAKAH YG ENGKAU  DUSTAKAN... LEBIH KURANG BEGITULAH...
TUJUAN AKU POST GAMBAR NI , ADA LAH SEBAGAI IKTIBAR YG ALLAH ITU MAHA MENCIPTA. KALU KITA FIKIRKAN INGAT SENANG KE NAK CARI BATU ADA BENTUK IKAN PAUS NI. SEMOGA DI BERKATI.

Monday, 12 December 2011

BATU PANCA WARNA


BATU INI ADALAH BATU PANCA WARNA. KHASIATNYE ADALAH UNTUK KEYAKINAN DIRI, PEMANIS DIRI DAN  PEDINDING ILMU SIHIR.SEKIRANYA DI IZIN KAN ALLAH.
INI ADA LAH BATU TERBARU YG SAYA MILIKI.

Wednesday, 7 December 2011

BANJIR KILAT

HARI NI AKU KENA PEGI METING KAT PUTRAJAYA. LEPAS TU KENA HANTAR BARANG SEKALI, DALAM PERJALANAN PULANG MEMBERKU LIZA CALL BAGI TAHU BERITA BURUK
YG KERETA AKU DH KENA BANJIR KAT OFIS. APA LAGI AKU PN BALIK LA KE OFIS DENGAN TEKAN MINYAK 180 KM SEJAM LA. MAKLUM DRIVER TU KAWAN AKU. DAH MACAM NK PEGI PERANG DIA TEKAN VAN KAMI NAIKI TU. SAMPAI JE KE OFIS LAGI BEST LALUAN MASUK KE PERKARANGAN PARKING OFIS SEMUANYA  DI LIMPAHI AIR BANJIR.YG LEBIH MENYAYAT HATI BILA AKU TGOK KETA AKU MASUKI AIR . BUKAN MAIN LAJU LAGI AIR NYE. AKU HANYA MAMPU TERSENYUM MELIHAT KEAADAAN ITU DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH YG MENURUNKAN HUJAN. TERPAKSA LAH BERJALAN KAKI DARI JAUH UTK SAMPAI KE KERETA AKU TU. MASA TU AKU TGOK KAWAN AKU YG ADA DI OFIS PN TAK SEMPAT NK ALIHKAN KERTA MEREKA KE TEMPAT YG SELAMAT. SO BANYAK LAH GENG KERETA KENA BANJIR HEHEHE..
APA LAGI DENGAN KERJASAMA YG KUKUH , AKU DAN 3 ORG KAWAN KU PN TOLAK KERETA YG DI MASUKI AIR KE TEMPAT YG SELAMAT, TERMASUK LAH KERETA AKU SEKALI. INI LAH DI NAMAKAN COBAAN...  SABOR JE LA.
ALHAMDULLILLAH KETA AKU BOLEH STAT...TAPI AKU RASA BILA DAH KERING MESTI BAU KAPET KETA TU MCAM BAU LONGKANG HATOOOOIII APA PN TAK BOLEH. MASA AKU TENGAH TAIP NI ARTIKEL NI , AKU PN TENGAH BASAH KUYUP.
SAMPAI DISINI SAHAJA CELOTEH AKU UTK HARI NI.

Monday, 5 December 2011

GELIGA BURUNG CENDERAWASIH


 GELIGA BATU BURUNG CENDERAWASIH UNTUK KEGUNAAN PELARISAN,PENGASIHAN DN KEWIBAWAAN. GELIGA ATAU PN BUNTAT BURUNG CENDERAWASIH INI, ADALAH HADIAH DARI KAWAN SEGURU SAYA.  SEKIRANYA DI IZINKAN ALLAH GELIGA INI MEMPUNYAI 1001 KHASIAT INSYALLAH. BUKAN UNTUK DIMAHARKAN.

CINCIN BATU MATA IKAN



Keistimewaan cincin ini jika digunakan adalah amat mujarab untuk memancing samaada di kolam atau laut, boleh juga masuk pertandingan joran (ikan dapat yg besar2 dan tak menghampakan ), ia juga sebagai penenang hati.
Jika di bawa berjudi memang menjadi, akan menang dan menang lagi sampai kena halau la..

di gunakan ya..sekiranye di izinkan Allah sebagai pemanis diri dan penunduk.kalau di wafak kan lagi 40 hari. boleh menjadi halimunan sekiranya duduk di dalam air yg jernih.
tapi aku pn tak suka memancing sebenarnye.

BATU DELIMA DAGING


Secara umum batu ini memiliki khasiat meningkatkan stamina tubuh, dengan warna merahnya yang dapat mempengaruhi cakra manusia di sisi pertahanan stamina.

BATU MUSTIKA ULAR / BATU SERI BULAN


SALAM, BUAT PEMBACA YG DI MULIAKAN, BATU DIATAS ADALAH DARI JENIS BATU GELIGA ATAU BUNTAT. MENURUT HIKAYAT BATU NI ADA BANYAK VERSI. BERIKUT SAYA HURAIKAN SEKADAR ILMU YG SAYA ADA DAN KETAHUI.


1. ADA YG MEMANGGIL BATU NI DENGAN NAMA BATU WALI SUCI, MENURUT HIKAYAT TERDAPAT ORG SOLEH ATAU WALI ALLAH YG BERZIKIR DI BANYAK TEMPAT. SETIAP KALI IA BERZIKIR DI ATAS BATU, IA AKAN MERUBAH BATU TERSEBUT MENJADI KEHIJAUAN DAN DI DALAM GELAP BATU INI BERCAHAYA.BERKAT HASIL ZIKIR DARI WALI ITU .NAMA WALI TERSEBUT TIDAK DAPATLAH DI PASTIKAN.
2. CERITA YG KEDUA BATU NI DINAMAKAN MUSTIKA ULAR. (BUKAN BATU GELIGA ULAR) KERANA MENURUT ILMU PATIK GELIGA ULAR TIDAK BOLEH MENGELUARKAN CAHAYA. KHASIAT GELIGA ULAR ADALAH UTK MENAWARKAN 1000 JENIS BISA. APA YG LEBIH RELEVEN TENTANG BATU INI ADALAH MUSTIKA ULAR. IAITU BATU YG BERADA DI KEPALA ULAR. ADA SEJENIS ULAR YG MEMANG MEMPUNYAI BATU MCAM NI DEKAT KEPALANYA.KEBANYAKAN SPESIS INI KALAU TAK SALAH BANYAK BERADA DI SELATAN KALIMANTAN DAN TIMUR LESTE.
3.BATU INI DI PANGGIL BATU MATA DEWA. KERANA MENGELUARKAN CAHAYA BILA BERADA DI TEMPAT YG GELAP. AGAK NYE MATA DEWA WARNA HIJAU KOT. APA YG JELAS KEWUJUDAN BATU INI MENAMBAHKAN LAGI PENYERI DUNIA MISTIK.


SEBENARNYE BATU INI ADA BANYAK LAGI PILIHAN  WARNA YG LAIN, SPT WARNA BIRU ,PURPLE,KUNING,PUTIH,PERANG,HIJAU TUA DAN PALING SUKAR DI DAPATI WARNA MERAH. INSYALLAH DALAM MASA TERDEKAT SEKIRANYA DI IZINKAN ALLAH AKAN SAYA PAMERKAN BATU GLOW IN THE DARK NI YG BERWARNA MERAH.

Sunday, 4 December 2011





batu ini adalah sejenis batu akik yg mana keunikan nye mempunyai kalimah Allah diatasnye . batu ni diberikan oleh guruku yg di muliakan. menurut ceritanya semasa mahu masuk ke perkarangan rumahnye batu ni jatuh ke atas kepalanye.setelah sekian lama beliau simpan batu ini. akhir telah di hadiah kepada ku sebagai tanda kasih sayang antara guru dan murid. Sesungguhnya sudah lama ku cari batu kalimah ini yg original. kalau di pasaran memang ada jual. tapi majoritinya kita panggil sebagai batu sintetik. amat mudah utk dibezakan antara batu sintetik dan batu yg asli. hanya untuk di pamerkan..sebagai menjadi ingatan kepada pembaca sekalian tentang uniknye batu ciptaan ALLAH. s.w.t (SESUNGGUHNYE TIDAK ALLAH JADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA,) pasti ada kelebihan dan berkatnye . kalau tak salah saya didalam kitab karangan tuan guru SYEIKH ALI AL-KELANTANI (tok guru tok kenali) ada menyatakan fadhilat yg besar tentang pemakaian cincin yg ada kalimah Allah. sila rujuk kitab tersebut untuk penerangan lanjut. bagi ku batu ini hanya sekadar batu tidak lebih dari itu. sekiranya ada khasiat dan fadhilatnye itu datang nye dari ALLAH yg maha berkuasa. jgn sekali-kali kita mensyirikkan |ALLAH YG MAHA KUASA.

Friday, 2 December 2011

KONSEP TAWASUL

Pada menyatakan bab TAWASSUL.


PERINGATAN=UTK SEMUA ANAK MURIDKU 
mestilah cuba memahami konsep tawassul ini kerana ia amat 
berkait rapat dengan ilmu haq & karomah.sekiranya anta semua
faham bab ni faham lah kamu apa itu konsep pinjam karomah.
jgn malas nk baca.. nanti org tanya sengal tak tau jawab. jadilah
manusia yg celik ilmu. biar sedikit ilmu didada. tetapi amalan kita
itu istiqomah.( khas buat anak didik dan kawan2 ku)




Tawassul  atau  wasilah ialah sesuatu yang menjadi penyebab
mendekati Allah atau pengantara kepada menyampaikan hajat.

Pertama:  Tawassul ialah salah satu cara berdoa dan satu daripada
pintu  tawajjuh (menghadap) Allah dengan menggunakan
pengantara.  Pengantara ini ialah semata-mata bagi mendekat atau
menyampaikan hajat kepada Allah.
Kedua:  Orang yang bertawassul, tidaklah menjadikan pengantara
itu melainkan semata-mata kerana cintanya kepada pengantara itu,
dan dengan keyakinan, bahawa Allah mencintai pengantara
tersebut.
Ketiga:  Orang yang bertawassul, sekiranya dia meyakini bahawa
sesiapa yang dijadikan pengantara kepada Allah boleh memberi
manfaat atau mudarat, sama seperti Allah, maka keyakinan atau
i‘tiqâdnya yang seperti itu adalah salah dan bahkan boleh
membawa syirik (menyekutukan Allah).
Keempat: Bertawassul  bukanlah suatu yang mesti
dibuat ketika berdoa,  dan bukan juga penerimaan suatu doa itu
tertakluk atau bergantung kepada tawassul itu. Hukum bertawassul
Bertawassul  dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah  Subhanahu
wa Ta‘ala dan bertawassul dengan amal shaleh adalah disyariatkan
oleh Islam. Demikian juga, harus bertawassul  dengan zat Nabi
Muhammad  Shallallahu ‘alaihi wasallam, para Nabi, wali dan
orang shaleh sama ada ketika  mereka hidup ataupun sesudah
kematian mereka.


Pengertian Tawassul

Pemahaman tawassul sebagaimana yang dipahami oleh umat islam selama ini adalah bahwa Tawassul adalah berdoa kepada Allah melalui suatu perantara, baik perantara tersebut berupa amal baik kita ataupun melalui orang sholeh yang kita anggap mempunyai posisi lebih dekat kepada Allah. Jadi tawassul merupakan pintu dan perantara doa untuk menuju Allah SWT.
  1. Orang yang bertawassul dalam berdoa kepada  Allah menjadikan perantaraan berupa sesuatu yang dicintainya dan dengan berkeyakinan bahwa Allah SWT juga mencintai perantaraan tersebut.
  2. Orang yang bertawassul tidak boleh berkeyakinan bahwa perantaranya kepada Allah BOLEH memberi manfaat dan mudharat kepadanya da. Jika ia berkeyakinan bahwa sesuatu yang dijadikan perantaraan menuju Allah SWT itu bisa memberi manfaat dan MUDHORAT, maka dia telah melakukan perbuatan syirik, karena yang BOLEH memberi manfaat dan MUDHORAT sesungguhnya hanyalah Allah semata.

  3. Tawassul merupakan salah satu cara dalam berdoa. Banyak sekali cara untuk berdo'a agar dikabulkan Allah, seperti berdoa di sepertiga malam terakhir, berdoa di Maqam Multazam, berdoa dengan mendahuluinya dengan bacaan alhamdulillah dan sholawat  dan meminta doa kepada orang sholeh. Demikian juga tawassul adalah salah satu usaha agar do'a yang kita panjatkan diterima dan dikabulkan Allah s.w.t.  Dengan demikian, tawasul adalah alternatif dalam berdoa dan bukan merupakan keharusan.


KALU ORG TANYA MANA DALIL NYE JAWAB JE 
PAKAI DALIL NI.

Tafsirnya:  “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya
dan berjuanglah pada jalanNya supaya kamu beroleh
kemenangan.”
(Surah al-Ma’idah: 35)



Makna  wasilah dalam  ayat di atas ialah sesuatu yang
menjadi penyebab mendekati Allah atau pengantara kepada
menyampaikan hajat.
Perkataan ‘wasilah’ tersebut adalah umum, mengandungi tawassul
dengan amal shaleh dan “zat yang mulia” seperti para Nabi, wali
dan orang-orang shaleh,Rijallul ghaib baik semasa mereka itu hidup ataupun
sesudah kematian mereka.
“Bertawassul dengan para
Nabi dan wali Allah pada masa mereka hidup ataupun mati adalah
harus pada pandangan syara‘.
Tatacara dan contoh bertawassul
Bertawassul itu dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (1) Bertawassul dengan nama Allah dan sifatNya
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
dalil nya.
Tafsirnya: “Dan bagi Allah asma’ulhusna (nama-nama yang
baik lagi mulia) maka bermohonlah (dengan berdoa)
kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan
tinggalkanlah orang-orang yang menyelewengkan (lafaz dan
makna) nama-namaNya. Mereka kelak akan mendapat
balasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan.”
(Surah al-A‘raf: 180)


Maksudnya: “Apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
disusahkan oleh sesuatu perkara, Baginda membaca: “Wahai
Tuhan yang Maha Hidup, wahai Tuhan yang  Maha Berdiri
Sendiri, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

PENERANGAN LEBIH LANJUT.

TAWASSUL DENGAN AMALAN KITA

Para ulama sepakat memperbolehkan tawassul terhadap Allah SWT dengan perantaraan perbuatan amal sholeh, sebagaimana orang yang sholat, puasa, membaca al-Qur’an, kemudian mereka bertawassul terhadap amalannya tadi. Seperti hadis yang sangat populer diriwayatkan dalam kitab-kitab sahih yang menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam goa, yang pertama bertawassul kepada Allah SWT atas amal baiknya terhadap kedua orang tuanya, yang kedua bertawassul kepada Allah SWT atas perbuatannya yang selalu menjahui perbuatan tercela walaupun ada kesempatan untuk melakukannya dan yang ketiga bertawassul kepada Allah SWT atas perbuatannya yang mampu menjaga amanat terhadap harta orang lain dan mengembalikannya dengan utuh, maka Allah SWT memberikan jalan keluar bagi mereka bertiga.. 



TAWASSUL DENGAN ORG SOLEH

CONTOH atau cara untuk bertawassul dengan  seseorang yang dianggap sholeh dan mempunyai MARTABAT dan derajat tinggi di depan Allah. sebagaimana ketika seseorang mengatakan : ya Allah aku bertawassul kepada-Mu melalui nabi-Mu Muhammmad atau Abu bakar atau Umar ,syeikh atau guruku ,dan lain-lain. 

paling senang kalau kita nak faham.
macam contoh kalau kita mintak kerja dengan gorverment, kita perlukan org nk rekemen kitakan..kenapa kita tak mintak trus dengan bos besar. jawapan nye org yg menjadi pengantara kita itu selalunye mestilah org yg ada nama,dikenali di hormati dan di sayangi oleh bos tersebut.so pemohonan kita jadi mudahlah nk dapat .

peluang nk dapat  kerja tu tinggi dan cepat.
begitu pula bila kita bermohon kepada Allah.siapa yg ada ranking di hadapan Allah ta,ala sbg contoh Nabi-nabi, sahabat nabi, wali2 Allah. Org soleh dan mukmin, serta org2 yg kita rasakan termasuk kedalam golongan yg suci.kita bertawassul lah kepada mereka dengan harapan dari berkat dan amalan yg pernah mereka lakukan.apa sahaja yg kita doa dan hajati tuhan makbulkan.. just simple as that je.. (jgn pening-pening).

BEGITU LAH SERBA SEDIKIT TENTANG KEFAHAMAN AKU BAB TAWASSUL NI. SEKIRANYA MASIH TAK FAHAM JUGA
SILA LAH MINUM AIR ZAM-ZAM BANYAK.LEPAS TU DOA KAT TUHAN SUPAYA DI BERIKAN KEFAHAMAN KEPADA DIRI MU. INSYALLAH BERSAMBUNG SETERUSNYA DI ARTIKEL YG LAIN.