kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Thursday, 11 July 2013

HARIMAU GHAIB

GAMBAR HIASAN
SALAM KEPADA SEMUA INSAN YANG MEMBACA BLOG KU INI,

CORETAN KU HARI ADALAH MENGENAI HARIMAU GHAIB, ATAU TUNGGANGAN
GHAIB SEKADAR  KEFAHAMAN DAN PENGALAMAN KU .

KALAU NAK DI IKUTKAN CERITA MENGENAI HARIMAU GHAIB INI ADA BANYAK VERSI YANG  BERBEZA.APA YG KU CORET KAN DISINI ADALAH HASIL DARI CERITA BIJAK PANDAI DAN  PENGALAMAN PERIBADIKU. SEKIRANYA ADA SEBARANG KESILAPAN HARAP MAAF KAN PATIK PACAR YG HINA.

BAGI MEMULAKAN BICARA  BERIKUT DI BAWAH ADALAH NAMA-NAMA HARIMAU GHAIB YANG KU KETAHUI.

1. TOK CEPOH  
2. TOK PUTEH ( TOK HARIMAU PUTEH)
3. TOK SAGOR
4. TOK BELIAN
5. KILAT SENJA
6. KILAT HITAM
7. SI TAMPOK MANGGIS
8. SI AMANG- AMANG
9. RINCHING EMAS
10. TOK RINGGO 

KALAU NK DI IKUTKAN BANYAK LAGI NAMA TIMANGAN MEREKA INI.
APA YG KU CORETKAN DISINI ADALAH SETAKAT KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN KU.

DALAM 10 NAMA HARIMAU GHAIB DI ATAS YG PALING TERKENAL DI KALANGAN PAWANG DAN AHLI PERUBATAN ADALAH TOK CEPOH. MENURUT SUMBER TOK CEPOH INI ADALAH HARIMAU GHAIB PENJAGA KETURUNAN LEBIH DARI 430 TAHUN. ADA JUGA YG MENGATAKAN INI ADALAH HARIMAU JADIAN TUNGGANGAN KETURUNAN RAJA MAJAPAHIT. DIZAMAN ERA TAHUN 50AN MASIH RAMAI LAGI KETURUNAN DARI SUSUR GALUR TOK CEPOH MENGGUNAKAN KHIDMAT NYA SEBAGAI KENDERAAN TUNGGANGAN . SEHINGGA KE HARI NI KHIDMAT TOK CEPOH MASIH DI GUNAKAN  UTK TUJUAN PERUBATAN.

KALAU NAK DI IKUTKAN ARWAH MOYANG SAYA PUN MENGGUNAKAN TOK CEPOH NI BILA BERUBAT DAN SEBAGAI TUNGGANGAN. MENGIKUT CARA  ORANG NEGERI PERAK. CARA UNTUK MEMANGGIL TOK CEPOH NI BILA HENDAK DI GUNAKAN UNTUK BERUBAT HENDAKLAH BERDIRI DI KAWASAN YANG TIADA ORANG LALU - LALANG DAN MENYERU NAMA TOK CEPOH SERTA MENTERA MEMANGGIL. TAPI SEBELUM ITU HARUS DI SEDIAKAN TELOR REBUS 3 BIJI  SERTA BERTIH DAN  ROKOK DAUN ATAU PUCUK  SEBESAR 3 JARI. UNTUK MENGETAHUI KEDATANG TOK CEPOH  TANDA NYE IALAH AKAN BANYAK NYAMUK MENGELILINGI BELIAU. KEDATANGAN TOK CEPOH INI AKAN DI SERTAI NYAMUK YG BANYAK DAN AKAN DATANG DALAM 3 KEADAAN. CONTOH NYE KEKADANG IA AKAN MENJELMA DALAM BENTUK KUCING. ADAKALANYE DALAM BENTUK HARIMAU BIASA DAN YG AGAK NGERI DALAM BENTUK HARIMAU YG SANGAT BESAR PALING KECIK BESAR BAS MINI. ADA TESTIMONI YG MENGATAKAN BELUKAR SETAHUN MASIH NAMPAK BONGGOL BELAKANG TOK CEPOH.

MENGIKUT KETERANGAN SALAH SEORANG GURU SAYA.  HARIMAU GHAIB YANG BERNAMA . KILAT SENJA, KILAT HITAM,SI TAMPOK MANGGIS, RINCHING EMAS, SI AMANG-AMANG. ADALAH DARI SALASILAH KAUM BUGIS , TERMASUKLAH TOK CEPOH.
CARA MEMANGGIL NYE HAMPIR SERUPA DENGAN CARA ORG PERAK MENYERU. BAHAN YG PERLU DISEDIAKAN ADALAH SEPERTI ROKOK PUCUK , SIRIH 3 PIAK , KEMEYAN DAN AIR DI DALAM LABU TANAH. JGN TERKEJUT SEKIRANYA AKU NYATAKAN BAHAWA TOK - TOK RIMAU PANDAI HISAP ROKOK DAUN HEHEH..
SIAP TARIK PANDAI BUAT BULAT LAGI ASAP NYE HEHEH.. GURAU JE..
TAPI BEGITULAH HAKIKATNYE. MEMANG DEPA NI PANDAI HISAP ROKOK , MAKAN SIRIH DAN MINUM AIR DARI BUYONG. KALAU FIRST TIME TGOK MESTI LEH PENGSAN PUNYA.

KEBANYAKAN HARIMAU GHAIB YG KU NYATAKAN DI SINI TELAH BERUSIA  SEKITAR 430 TAHUN ATAU LEBIH LAGI. IA ADALAH DARI KALANGAN JELMAAN BANSA JIN ATAU SILUMAN YANG BAIK.
KEHADIRAN MEREKA INI KEDALAM  ALAM MELAYU KITA. BUKAN LAH SUATU MITOS ATAU CERITA DONGENG SEMATA. IA TELAH BERAKAR UMBI DI DALAM SUSUR GALUR KETURUNAN KITA BERATUS TAHUN LAMANYE. PADA PANDANGAN KU TIDAK KISAH LAH DARI MANA DATANGNYE MEREKA INI. YANG PENTING SELAKU  HAMBA ALLAH YG  BERIMAN KITA TIDAK BOLEH MENSYIRIKAN ALLAH  DAN MELETAKAN KEBERGANTUNGAN HATI PADA TOK - TOK RIMAU NI.INGATLAH KITA DI JADIKAN ALLAH SEBAGAI KHALIFAH  DI MUKA BUMI INI. TETAPI ATAS IZIN ALLAH  ASBAB  HARIMAU GHAIB KITA BOLEH  MENGGUNAKAN KHIDMAT MEREKA BAGI  TUGAS2 YG PENTING SAHAJA. PERLU BELAJAR BAB HARIMAU GHAIB SECARA ZAHIR BATIN SUPAYA 
KITA TIDAK DIPERMAINKAN BANGSA JIN  YANG JAHAT. RAMAI JUGA JIN DAN SYAITAN YG MENYAMAR DIRI SEBAGAI HARIMAU GHAIB NI. JANGAN KITA MUDAH TERPEDAYA DGN TIPUAN MEREKA NI.

BERIKUT DI BAWAH ADALAH SALAH SATU CONTOH AYAT MENTERA SERU HARIMAU.
AYAT INI  DI SELINDUNGKAN TATA CARA PENGGUNAANYA DAN IJAZAH NYA DEMI KESELAMATAN DIRI AKU DAN JUGA PEMBACA SEKELIAN. AMARAN !!! JANGAN CUBE MEMANDAI-MANDAI NK GUNA AYAT NI YE. KALAU RIMAU DATANG  TAMPAR U ORG , LU TANGGUNG LA SENDIRI. AYAT NI HANYA SEBAGAI KHAZANAH ALAM MELAYU. NK IJAZAH KENA JUMPE SAYA LAH.

BISMILLAH....

DELI SEREP  
RAMA SEREP
MACAN PUTIH
STAN TAN TO THE SKAI
NGAKAN SEREP - SEREP -SEREP
BERKAT DOA LAILAHAILLAH....

AYAT NI BANYAK GUNANYE. UNTUK MEMANGGIL HARIMAU, UTK TESTING BARANG HARIMAU DAN PANGGIL SEMANGAT HARIMAU DAN MACAM-MACAM LAGI KEGUNAANYE. CUME PESANKU, MINTAK BAIK DAPAT BAIK. MINTAK JAHAT , JAHAT YG DATANG. BAK KATA ORG JAWA, BE CAREFUL WHAT U WISH FOR...

AKHIR KALAM. MAAF KAN DIRI INI ,SEKIRANYA ADA TERSALAH INFOMARSI DAN MENGGURIS HATI MANA2 PIHAK BERKENAAN POSTING KU KALI INI. TETAPI INI LAH KEFAHAMAN KU YG SEKELUMIT CUMA. TIADA YG LEBIH BENAR SELAIN ALLAH YG MAHA MENGETAHUI. SEMOGA KALIAN SEMUA DI RAHMATI DAN  DI NAIK KAN DARJAT DI BULAN PUASA YG MULIA INI. SELAMAT BERPUASA ZAHIR BATIN DAN JUGA SEMOGA  DI BERKATI ALLAH.















Monday, 11 March 2013

BURUNG CENDERAWASIH




SALAM KU UCAPKAN KEPADA YG MENGUCAPKAN KALIMAH TAUHID.

KEPADA PEMBACA SETIA BLOG KU INI. TERIMA KASIH KU UCAPKAN. PADA POST
KALI INI SAYA INGIN BERKONGSI SEDIKIT CERITA BERKENAAN BURUNG CENDERAWASIH ATAU PUN KALU ORG CINA PANGGIL PHEONIX.

MENGIKUT AMALAN PATIK  DAN HASIL CERITA SECARA LISAN DARI ORG2 YG ARIF TENTANG BURUNG INI. IA ADALAH TERMASUK DI DALAM SPESIS BINATANG AJAIB KERANA ASAL-USUL NYE TIDAK  DI KETAHUI  DAN BOLEH DI BUKTIKAN SECARA SAINTIFIK. KALU MENURUT HASIL RESEARCH SAYA. YG BOLEH KITA KATAKAN SPESIS BURUNG INI HANYA ADA 10 SPESIS SAHAJA YG LAYAK DI GELAR CENDERAWASIH. TAPI KALAU NK SAYA SENARAIKAN SATU PERSATU TAK LARAT NK TULIS LA KAT SINI.(SILA RUJUK CHANNEL ASTRO ATAU NATIONAL GEOGRAFI KAT UMAH MASING-MASING HEHE..)

BERBALIK KITA KE TOPIK SEBENAR, BURUNG INI DIKATAKAN HANYA MAKAN AWAN DI KAYANGAN DAN MINUM AIR EMBUN SAHAJA. KALAU IKUT KATA TOK AKU , CENDERAWASIH INI AKAN TURUN KE KAKI BUKIT DALAM MASA 7 TAHUN SEKALI.  ITU PUN BUKAN BURUNG NI KONVOI RAMAI-RAMAI TURUN. HANYA SEEKOR JE YG TURUN , TU PASAL LAH SUSAH NAK DAPAT BURUNG NI. KALAU TAK SALAH GAMBAR BURUNG DI ATAS DAN USIA 10 TAHUN , TELAH MATI BERAGAN DI KAKI GUNUNG. UNTUK DI MAHARKAN BAGI SESIAPA YG BERKENAN.

DI ANTARA FADHILAT BURUNG CENDERAWASIH INI ADALAH YG TERUTAMA SEKALI
SEBAGAI PELARIS DIRI & PERNIAGAAN. SEBAGAI MEDIUM PENYEMBUHAN  ATAU ORG PANGGIL PEMUTUS UBAT. BULU NYE BOLEH DI BUAT MINYAK , GELANG DAN PERHIASAN DI SONGKOK.WALAU APA PUN JGN SAMPAI KITA TAKSUB DAN SYIRIK. SEMUANYA DARI ALLAH... KITA HANYA AMBIL BERKAT DARI BURUNG INI YG KUAT BERZIKIR KEPADA ALLAH. ITU SAHAJA.

SEKIRANYA BERKENAN DAN BERMINAT DGN BURUNG INI UTK DI MILIKI. BOLEH LAH EMAIL SAYA.

SEMOGA PARA PEMBACA MENDAPAT MANFAAT DARI CORETAN KU INI. MOHON MAAF SEKIRANYA SAYA SALAH MENYATAKAN TENTANG BURUNG INI. ALLAH SAHAJA YG MAHA MENGETAHUI TENTANG SETIAP MAKHLUK NYE. KITA TIDAK DIBERIKAN ILMU MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA.

AKHIR KATA KALAMSAKTI. MENDOAKAN SEMUA PEMBACA  DI RAHMATI. INSYALLAH.

SEHINGGA KE POSTING YG LAIN.






Monday, 4 March 2013

TELOR DALAM TELOR




SALAM SAYA UCAPKAN KEPADA YANG MENGUCAPKAN KALIMAH TAUHID.
SETELAH LAMA SAYA TAK UPDATE BLOG INI  KERANA URUSAN DUNIA YG TIDAK
BERKESUDAHAN. SAYA MENDOAKAN SEMOGA PEMBACA BLOG SAYA INI MENDAPAT
RAHMAT DAN DI LINDUNGI SENTIASA OLEH ZAT WAJIBUL WUJUD YG ESA.
PADA POST SAYA KALI INI SAYA INGIN BERKONGSI INFO TENTANG TELOR INI.
MENGIKUT CERITA GURU SAYA TELOR INI DIDAPATI OLEH NYA KETIKA SEDANG  HENDAK  MEMECAH KAN TELOR UTK DI GORENG. APABILA BELIAU PECAH SEBIJI TELUR UTK DIMASAK, KELIHATAN ADA SEBIJI LAGI TELOR YG KECIL DIDALAM TELUR YG BESAR ITU. INI ADALAH TELUR AYAM TAU...

BEGITU LAH SERBA RINGKAS TENTANG POST KALI NI. TETAPI KHASIAT DAN BAROKAH NYE TELUR INI MASIH BELUM DI SELIDIKI DAN KUPAS . INSYALLAH SEKIRANYA DI BERIKAN PETUNJUK OLEH RABB YG MULIA. TENTANG FADHILAHT BARANGAN ALAMI INI. AKAN SAYA POST SEBAGAI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA..

SEHINGGA KE POST YG SETERUSNYA.