kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Monday 28 March 2016

ASAL USUL ORANG BUNIAN


Hari ini adalah hari isnin bersamaan 28/3/2016 moga hari ini kita mendapat keberkatan dan limpahan nikmat dari ALLAH yang maha esa.

Pada menyatakan perihal asal - usul orang bunian. hasil kajian dan penceritaan orang2 tua dan juga hasil pengalaman peribadi mereka. dapat saya rangkumkan disini berkenaan masyarakat orang bunian yg selalu menjadi bualan dan meniti dari mulut ke mulut masyarakat kita. terdapat berberapa teori atau cerita mengenai perihal orang bunian ini. akan saya lampirkan dalam penulisan ini dan para pembaca sekalian nilailah sendiri. apa yang bakal saya tuliskan ini , kesahihan nye Hanya milik Allah..

teori 1 : bunian adalah makhluk sebangsa dengan jin namun dari jenis spesis lain. pekara ini bermaksud bunian hanya mempunyai unsur angin dan api tidak spt manusia. mempunyai empat unsur yg utama ia itu air,api,angin dan tanah.

teori 2 : bunian bukan dari spesis jin , dari spesis manusia namun keturunan mendiami alam ghaib atau ghaib dari pandangan.

teori 3 : bunian adalah spesis seakan malaikat tapi bukan malaikat hanya sahaja ia sama unsur dengan malaikat iaitu dari cahaya.


CERITA PERTAMA ; cerita ini berlaku di zaman Nabi sulaiman alaihisalam. bermula kisah adalah ketika itu Nabi Sulaiman bertitah kepada rakyatnye barangsiapa boleh menangkap kijang putih untuk dijadikan santapan.kerana baginda teringin memakan kijang putih. jadi ramai lah yang cube mencari dan menangkap kijang putih. termasuk salah seorang keturunan bangsawan ini. menyuruh keturunan atau anak buah nye utk berburu kijang putih.tidak berapa lama kemudian anak muda ini berhasil menangkap kijang putih dan telah di sembelih untuk di jadikan santapan. setelah kijang putih tersebut di masak lalu di hidangkan lah kepada Nabi Sulaiman a.s . semasa Nabi sedang cube menikmati masakan daging kijang putih berkenaan, tidak semene-mene daging itu melompat keluar daripada bekas hidangan. maka tahulah Nabi Sulaiman bahawa daging itu adalah daging yang haram, iaitu anjing putih bukan kijang putih




maka marahlah bangsawan ini kepada anak buah nye kerana berani menipu dan memberi makanan yang haram kepada Nabi Sulaiman. demi menutup malunye yang teramat sangat kepada Nabi Sulaiman, maka bangsawan ini memohon supaya diri dan keturunanye di ghaibkan dari pada pandangan mata manusia. maka jawab Nabi tidak perlulah sampai begitu jadinye. namun bangsawan ini mendesak juga agar permintaanya di kabulkan juga. berkata Nabi Sulaiman bahawa sekiranya permintaan ni di makbul kan Allah , maka keturunannya akan ghaib dari pandangan manusia sehingga habis susur galur keturunan nya. dan dengan asbab ini lah terjadi nye keturunan bunian yang pertama. (sedikit pesan dari saya, anggap lah cerita ini sebagai cerita sahaja.. kerana tiada dalil dan bukti yg dapat menyokong kebenaran cerita ini. lebih lagi cerita ini berkait dengan Nabi Allah pula. boleh jadi benar berlaku dan boleh jadi sebaliknye. saya berlepas diri dari pada cerita yang salah dan memfitnah nabi pula. harap para pembaca faham maksud saya ini. ini adalah sekadar teori dan cerita dari mulut ke mulut sejak zaman berzaman. tidak dapat di sahihkan kebenaran cerita ini. sesungguh nye Nabi adalah insan yang pemaaf dan amat mulia disisi Allah rabul jalal.

 CERITA KE-DUA

Kisah ini berlaku di zaman Nabi kita yang mulia Muhammad Rasullullah. mengikut cerita yang saya dapat dari guru saya, ada suatu kaum ketika itu menjemput Nabi untuk datang jamuan makan. setelah nabi menerima undangan tersebut , maka tiba lah masa untuk acara jamuan makan. kalau tak silap saya, makanan yang di hidangkan adalah masakan kari daging.  maka ketika Nabi ingin menyantap makanan tersebut terdengar suara kuching mengiau. maka tahulah nabi bahawa daging  itu adalah daging kucing. buat pengetahuan pembaca budiman sekalian, kucing adalah binatang kesayangan nabi
maka bertapa hibanye hati nabi ketika itu, akibat dari tiada beradab dengan nabi pada ketika itu maka  kaum tersebut telah di ghaibkan Allah dari pandangan  mata manusia, boleh jadi sebagai kiffarah kepada mereka di atas perbuatan mereka yang mungkin saja secara sengaja atau tidak sengaja. jadi dari sinilah bermula kisah bunian yang pertama.(sedikit pesan dari saya, anggap lah cerita ini sebagai cerita sahaja.. kerana tiada dalil dan bukti yg dapat menyokong kebenaran cerita ini. lebih lagi cerita ini berkait dengan Nabi Allah pula. boleh jadi benar berlaku dan boleh jadi sebaliknye. saya berlepas diri dari pada cerita yang salah dan memfitnah nabi pula. harap para pembaca faham maksud saya ini. ini adalah sekadar teori dan cerita dari mulut ke mulut sejak zaman berzaman. tidak dapat di sahihkan kebenaran cerita ini. sesungguh nye Nabi adalah insan yang pemaaf dan amat mulia disisi Allah rabul jalal. boleh jadi juga ini cerita israelyat.)

CERITA KE-TIGA

Terdapat sumber yang menyatakan, bunian ini dijadikan Allah dari unsur cahaya, iaitu bersamaan dengan unsur malaikat. hanya sahaja mereka ini bukan maklaikat, tujuan di jadikan bunian adalah untuk membantu manusia dan juga  memegang rahsia ketuhanan. tetapi menurut sumber, ilmu agama mereka atau ulama mereka berada di bawah manusia. oleh kerana itulah banyak masyarakat bunian datang belajar agama di kelas guru-guru sufi dan syeikh tarikat untuk menimba pelajaran ilmu agama.
jika kita fikirkan ada jua kebenaran nye kerana, ramai juga golongan bunian bertindak membantu manusia dalam hal seharian sebagai contoh , selalu kita dengar orang sesat di hutan di tolong orang bunian menghantar pulang. tetapi ramai juga kita dengar kes yang berlaku di sesatkan orang bunian dan juga di culik oleh mereka. namum segala kebenaran dan kesahihan cerita mereka ini hanya Allah yang maha mengetahui.

kes-kes yang berlaku melibatkan orang bunian.

  • kes pertama - seorang  penduduk kampung masuk kehutan untuk mencari akar kayu, terserempak dengan seorang puteri. di jemput puteri ke istana utk melepaskan penat lelah dan di jemput tidur di atas tilam yg empuk semalaman . di jamu dengan santapan diraja.namun apabila keesokan paginye apabila terjaga dari tidur , rupanye telah tidur di atas tahi gajah sebagai tilam. makanan yang dimakan ialah ulat-ulat dan cacing tanah
  • kes kedua - seorang penduduk kampung telah masuk untuk mencari rotan, berjumpa dengan seorang orang tua dan di pelawa untuk tidur  di rumahnye didalam hutan itu. ke esokan hari nye pulang kerumah seperti biasa, namun rupenya apabila di beritahu orang kampung nye sudah 3 bulan tak balik kerumah. boleh kita katakan 1 hari bersamaan dengan 3 bulan di alam sana. apa pun boleh terjadi dengan izin Allah.
  • kes 3 -  daud bukan nama sebenar telah masuk ke hutan belakang rumah utk mencari kayu api, apabila masuk masih lagi di waktu pagi dan ia balik kerumah pada petang hari, tidak mengalami masalah sesat hanya sahaja  ia melawat kawasan kebun bunga yang amat cantik.dan terus pulang selepas itu.penduduk kampung dan anak bininye tidak dapat mengenalinye kerana badannye telah di tumbuhi bulu dan rambutnye telah panjang kukunye tidak pernah di potong pakaianye sudah amat lusuh dan tubuhnye itu nampak amat cengkung sekali. rupa-rupenye daud telah hilang selama 5 tahun. pekara ini menimbulkan persoalan  dan keajaiban yang masih belum terjawab hingga kini. dalam erti kata lain, daud pergi pagi dan balik petang sama dengan 5 tahun. apakah fenomena ini berkaitan dengan merentas masa. 
  • kes 4 -  pada tahun 50 -an  dulu masih lagi ramai rakyat di negara kita pergi menunaikan haji ke mekah dengan menaiki kapal laut haji. semasa dalam perjalanan mengerjakan haji, iaitu di dalam kapal haji 3 orang yang berkenalan didalam kapal itu saling bertukar alamat rumah dan berjanji akan saling menziarahi antara satu sama lain apabila sampai nye ke tanah air nnti , yakni setelah menunaikan ibadah haji. sekembalinye ke tanah air tercinta. seorang jemaah haji ini telah cube untuk menziarahi kenalan mereka  di rumahnye. namun apabila ia cube mencari alamat yg telah diberikan, ternyata hanya kawasan semak dan hutan belantara yang temui. semasa berada berhampiran dengan semak dan hutan belantara tersebut, jemaah ini terjatuh ke semak berhampiran dan apabila ia bangun berdiri , terpandang lah ia akan satu kawasan perkampungan yang amat tersusun rapi bersih lagi indah. tapi keadaan ini berterusan hanya sekitar berberapa minit, selepas itu kawasan tersebut kembali nampak seperti semak samun dan hutan belantara seperti sediakala. sedar lah jemaah ini bahawa kenalan yang bertukar alamat dengan itu adalah golongan orang bunian.
  • kes ke - 5 saya sendiri pernah berurusan dengan masyarakat bunian dalam masalah-masalah tertentu, dan dapat saya nyatakan disini bahawa golongan bunian ini memang wujud dan nyata adanye. hanya sahaja golongan mereka ini mempunyai syarat-syarat tertentu dan amat memilih untuk berkawan  atau bersosial dengan manusia. cuma dapat saya nyatakan disini bunian adalah kata nama bagi satu bangsa yang amat besar, seumpama kata nama seperti manusia.terdiri dari berbagai jenis dan kaum. kalau kita hanya pernah berjumpa dengan satu golongan masyarakat bunian ini jangan lah kita mendabik dada. banyak lagi rahsia dan hal berkenaan masyarakat bunian ini yang masih manusia tidak tahu. hanya sahaja saya sudah memegang rahsia yang tidak dapat saya ceritakan hanya di simpan dan akan terus menyimpan rahsia sehingga waris terpilih menjadi pemegang rahsia yang seterusnya. cuma nukilan ini saya coretkan sekadar pengetahuan umum, bagi menambah kefaham tentang misteri nusantara yang tercinta ini.
Sebagai penutup tirai, moga apa yang di coretkan di sini dapat memberi manfaat dan seterusnye memperkayakan lagi khazanah mesteri alam nusantara, maaf kan saya kiranye tersalah kata atau penulisan, yang benar hanya milik Allah, saya selaku hamba yg tidak punya apa-apa. namun apa yang dapat saya rumuskan, masyarakat bunian memang wujud. bukan nye mitos atau dongengan orang-orang tua.











Tuesday 15 March 2016

MAWAS EMAS.





Asalamualaikum kepada pembaca budiman, selamat bertemu kembali di tahun 2016 , moga tahun baru ini memberikan kita nafas baru azam yang baru dan juga rezeki yang melimpah ruah. saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog saya yg setia, tidak kira dimana berada di dalam atau di luar negara. moga tuan dan puan yang saya muliakan semua, terus memberi sokongan terhadap blog saya ni. maafkan saya sekiranya ada komen dan email yg tidak dapat saya balas, ini kerana terdapat sedikit kekangan masa dan juga tugas yang melanda diri saya. di tahun 2016 ini rasanye masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru dan juga saya mendoakan keselamatan dan kejayaan terhadap para pembaca dan khususnye kepada follower blog ini. tamat dengan kata-kata aluan. posting saya kali ini berkisarkan tentang makhluk  misteri bernama mawas emas.

Pada menyatakan kisah makhluk bernama MAWAS EMAS , sebenarnya saya berminat menulis kisah ini kerana cerita ini amat menarik dan amat jarang diketahui. menurut cerita teman sepeguruan saya kisah ini di alaminye sendiri sekitar 30 tahun yang lepas.ketika sedang bermain di halaman rumah nye di kampung iaitu di hutan melintang perak. datang sekumpulan mawas yg seakan gorila cuba untuk menggangu dan menculik nye ketika masih kecil, namun apa yg menariknye  ketua bagi sekumpulan mawas ini adalah seekor mawas yang berbulu berwarna keemasan. atas takdir Allah ketika kejadian itu berlaku telah di sedari oleh neneknya dan dengan pantas mencapai pisau lalu menghalau makhluk berkenaan. dan makhluk tersebut akur dan melarikan diri.

apa yang menjadi kemusykilan saya adalah status makhluk ini, adakah ianye semamangnye makhluk mawas seperti bigfoot atau ia adalah jelmaan jin yg ingin menggangu anak cucu Nabi Adam. mengikut cerita yang saya perolehi, muka mawas ini seperti manusia hanya sahaja seluruh tubuhnye berbulu seperti mawas dan berwarna keemasan. sekiranye mawas ini adalah makhluk seakan bigfoot atau gelaran orang melayu hantu jarang gigi yang mana kewujudannye di temui di negeri johor.

sedikit info berkenaan big foot (Di Amerika Utara, lembaga misteri ini dikenali sebagai Big Foot atau Sasquatch. Manakala di Asia, terutama di kawasan Himalaya, makhluk  ini digelar Yeti manakala di kawasan Amazon Amerika Selatan, nama jolokkanya adalah Mapinguari dan Yowie pula adalah nama panggilan bagi makhluk itu di Australia.hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segala yang ghaib dan zahir.

menurut pendapat makhluk ini adalah diantara makhluk siluman, iaitu makhluk yang tinggal di alam ghaib. hanya sahaja mereka ini jarang menampakkan diri pada alam manusia.satu lagi kisah lagenda yang agak terkenal adalah dewa monyet atau di alam melayu di gelar sebagai sang hanuman.kisah ni banyak tercatat dalam kitab hindu ramayana dan mahabrata ,dan juga kitab budha dalam kisah perjalanan ke barat(journey to the west). namun di dalam kisah2 israilayat atau hadis kalau tak salah saya terdapat , kisah yang menyatakan bahawa ada sekumpulan manusia dari bani israel pernah di sumpah menjadi kera. boleh jadi titih keturunan ini juga menjadi kesinambungan kepada makhluk-makhluk mawas yg selalu kita dengar kebelakangan ini.walau apa pun fakta sebenar mengenai mawas emas ini belum dapat saya rungkai dengan mendalam lagi. 

saya menyeru dan mengalu-alukan sekiranya para hadirin yang saya muliakan, mempunyai info atau fakta berkenaan mawas emas ini. sudilah kiranye dapat berkongsi fakta kepada saya. dan sila emailkan kepada saya di (grass432sandle@gmail.com)