PENGALAMAN BERUBAT UNTUK DI KONGSI BERSAMA ADALAH SEMASA, AKU SEDANG BERLATIH SILAT BERSAMA RAKAN-RAKAN, TIBA-TIBA DATANG 3 ORG WANITA YG BERUMUR SEKITAR 40 AN MENGADU MENGALAMI MASALAH DAN GANGGUAN MISTIK.SEORANG DARIPADANYA ADALAH MAK DATIN TINGGAL DI SHAH ALAM. PADA MASA ITU KELIHATAN RAUT WAJAH YG SEDIH TERPAMER DI MUKA MAK DATIN ITU RUPANYA MAK DATIN INI DAH 3 TAHUN MATANYE TAK BLEH BUKA, DENGAN LEBAR TANPA ADA SEBAB -MUSABAB YG KONKRIT. MAK CIK YG KEDUA NI MENGALAMI MASALAH KERAP LEBAM-LEBAM DEKAT ANGGOTA BADAN,KAKI DAN TANGAN.YG AMAT MENGERIKAN ,SELALUNYA KALAU KENA LEBAM NI SELEPAS BANGUN TIDO, BEKAS NYE HANYA SEBESAR IBU JARI TANGAN SAHAJA. TAPI MAKCIK NI KENA BESAR TAPAK TANGAN, BERAPA BESAR MAMBANG YG DOK GIGIT DIA NI. MAK CIK YG KETIGA MASALAHNYE SAKIT PADA TULANG PUNGGUNG.NAK DI JADIKAN CERITA AKU PUN MENJEMPUT MAKCIK DAN MAK DATIN KE RUMAH MAK ANGKAT AKU YG BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT KAMI BERLATIH,PADA MASA TU AKU PN TAK TAU APA AKU NAK BUAT UTK MENOLONG MENGUBATI SAKIT MAK DATIN DAN KAWAN2 NYA NI.AKU BERDOA KEPADA ALLAH AGAR DI BERIKAN PERTOLONGAN DAN ILHAM AGAR DAPAT AKU BERIKHTIAR MENOLONG PESAKIT. SAMBIL MEMUSATKAN ZIKIR DAN BERTAWAKAL KPD ALLAH S.W.T . AKU MENDAPAT GAMBARAN DAUN SEBAGAI CARA UNTUK BERUBAT . MASALAH NYE TAK TAU DAUN APE YG AKU KENA PAKAI, UTK UBAT MAK DATIN NI. TANPA BANYAK BICARA AKU MENYURUH ANAK MURID KU PERGI AMEK DAUN KAT LUAR RUMAH. TAK KESAH DAUN APE JANJI DAUN YG MASIH HIJAU. ANAK MURID AKU AMEK DAUN NANGKA RUPANYA. BERBEKAL KAN AIR SUAM DAN 2 HELAI DAUN NANGKA,SEBAGAI RAMUAN. AKU PN MEMBACAKAN SELAWAT KE ATAS NABI 3X DAN SETERUSNYA MENEKAPKAN DAUN NANGKA TERSEBUT KE MATA MAK DATIN SELAMA BERBERAPA MINIT, SEJURUS SELEPAS ITU KELIHATAN MAK DATIN DAPAT MEMBUKA MATANYA SPT SEDIAKALA . SELAMA NI INI SUDAH 3 TAHUN MATANYA TAK BISA BUKA DGN LEBAR. SUDAH BERIBU DUIT HABIS BERUBAT KESANA-SINI JELAS MAK DATIN ITU KEPADA KU.TERPANCAR SINAR BAHAGIA DAN KEGEMBIRAAN DI WAJAHNYA SAMBIL MELELEHKAN AIR MATA KESYUKURAN. SYUKUR KPD TUHAN YG MENYEMBUHKAN DAN MENGKABULKAN PEMINTAAN HAMBANYA YG KERDIL INI.SEINGAT AKU MAK DATIN TU NK BAGI DUIT PENGERAS 3 RIBU RINGGIT, NAMUN KU TOLAK KERANA AKU BUKAN CARI MAKAN BAB BERUBAT NI. ALLAH DAH BAGI AKU KERJA GORVERMENT UTK HIDUP PN DAH SERIBU RAHMAT.
SELEPAS SETTLE DGN MAK DATIN , AKU TERUSKAN DENGAN KWNNYA YG SAKIT MISTIK SLALU ANGGOTA BADAN LEBAM2 LEPAS BANGUN TDO. MENGIKUT AMALAN PATIK ADA SEBANGSA JIN YG SUKA BUAT KERJA NI. KLU ORG MELAYU PANGGIL HANTU RAYA KLU DALAM ISLAM KITA PANGGIL JIN IFRIT. SEDIKIT PENERANGAN TENTANG JIN IFRIT NI ADALAH DI ANTARA JIN YG PALING POWER DAN KUAT DI KALANGAN BANGSA JIN. TAPI SIFAT NYA LURUS BENDUL ,MACAM BENDUL RUMAH TOK WAN AKU KAT KAMPUNG.AKU MENJAMPI KAN BUAH LIMAU KASTURI UTK MAKCI NI GUNAKAN SBG SABUN UTK MENYAPU BEKAS TEMPAT YG LEBAM2 DI SELURUH ANGGOTA NYA. ALHAMDULLILAH SELEPAS 2 MGGU MAKCIK TU CALL AKU CAKAP DIA DAH TAK KENA GIGIT LAGI. SO MASALAH YG DI ALAMINYE SELAMA 5 TAHUN TU PUN SETTLE.MAK CIK YG KETIGA INI AGAK MUDA SKET DALAM LINGKUNGAN 37 TAHUN, PAKAI PN SEKSA AKU TGOK. MENGGANGU PANDANGAN MATA PATIK . AKU PN MINTAK KAIN BATIK KAT MAK ANGKAT AKU NI UTK KU BALUT MAKCIK SEKSI NI, YG KATANYA SAKIT TULANG BONTOT. PENING JUGA AKU FIKIR APA MACAM AKU NAK BUAT, TAK KAN AKU NK PEGANG BONTOT MAKCIK NI. LAIN MACAM JE RASANYE. NNTI ORG CAS AKU CABUL PLAK....OOOO BAHAYA.SETELAH MEMUSAT KAN ZIKIR DAN MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH YG ESA. AKU MENGGUNAKAN JURUS KEBATINAN ILMU HAQ DAN MENGALIRKAN ENERGI DARI JARAK JAUH DALAM PROSES MENGUBATI MAKCIK INI. ALHAMDULILLAH BILA DAH 3 KALI MAKCIK NI DATANG SAMBUNG BERUBAT , SAKIT PUNGGUNG NYA TELAH BERANSUR PULIH. BERTAMBAH LAGI KEIMANAN KU KEPADA ALLAH YG MAHA GAGAH. SEMENJAK PADA HARI ITU MAK DATIN DAN MAK CIK- MAK CIK NI BLEH PLAK BUAT MARKETING BAWA ORG LAIN DATANG BERUBAT KAT AKU DAN ANAK MURIDKU. NNTIKAN EPISOD SETERUSNYA.....
KATA PENGANTAR
SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.
Sunday, 30 October 2011
Wednesday, 19 October 2011
PENJELASAN ILMU
- ILMU KAROMAH = KEBANYAKAN PENGAMAL ILMU KAROMAH LEBIH MENJURUS KEPADA ILMU KANURAGAN ATAU PUN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI, KITA BOLEH MEMOHON APA SAHAJA KEPADA ALLAH TENTANG ILMU PERSILATAN. DAN SEKIRANYA DI IZINKAN ALLAH ,ILMU TERSEBUT AKAN KITA PEROLEHI. TANPA PERLU KITA PELAJARI. TETAPI INI BERGANTUNG KEPADA TAHAP SETIAP PELATIH, SAMA ADA MAMPU ATAU TIDAK UNTUK MENGUASAI ILMU TERBABIT.LATIHAN DEMI LATIHAN DIPERLUKAN UNTUK MENGUASAI ILMU SILAT YG DI MINTA.UNTUK MENDAPAT HASIL YANG MAKSIMUM. SEBAGAI CONTOH SEKIRANYA KITA MEMOHON SILAT SENI CHIMANDE,INSYALLAH KITA AKAN MENDAPAT GERAK SILAT CHEMANDE YANG PALING ASLI.POTENSI YANG PALING TINGGI ADALAH KEPADA PELATIH YG TELAH MENGUASAI ASAS ILMU PERSILATAN .INI KERANA APABILA KITA SEDANG DI RESAPI ATAU DI BERI ILHAM BERKENAAN ILMU PERSILATAN KITA AKAN SEGERA DAPAT MENGUASAI ILMU SILAT TERSEBUT.
- ILMU KEBATINAN JUGA TERMASUK DIDALAM ILMU KAROMAH, SESIAPA YG TELAH MENDAPAT ILMU KAROMAH AKAN JUGA DAPAT MENGUASAI ILMU KEBATINAN YG DIMILIKI OLEH SESEBUAH PERSILATAN YG DI MOHON .SEMUA INI BERLAKU DI ATAS KEIZINAN ALLAH YG MAHA KUASA.APABILA PELATIH TELAH DAPAT MENGUASAI ILMU KAROMAH INI, BIASANYA SEKIRANYA DI DALAM KEADAAN TERDESAK ATAU PUN DARURAT . ILMU INI AKAN BERFUNGSI SECARA AUTOMATIK TANPA PERLU MEMOHON LAGI KAROMAH ILMUNYA.PELATIH DI SARANKAN BANYAK BERZIKIR DAN MENJAGA PANTANG LARANG ATAU BATAS SYARIAT ISLAM. ILMU KAROMAH INI UMPAMA PARANG YG TUMPUL,SEMAKIN DI ASAH SEMAKIN TAJAM PARANG TERSEBUT.
- ILMU HAQ = ILMU HAQ ADALAH SAMA DENGAN ILMU KAROMAH DARI SEGI ILMU KANURAGAN. CUMA ILMU HAQ TERDAPAT CABANG ILMU PERUBATAN SECARA KEBATINAN. PELATIH YG BELAJAR ILMU HAQ KEBIASAANYA SUDAH MAHIR DENGAN ILMU PERSILATAN KAROMAH. DI DALAM ILMU HAQ KITA BOLEH MEMOHON KEPADA ALLAH S.W.T AKAN ILMU PERUBATAN ALTERNATIF.APA YG SAYA MAKSUDKAN PERUBATAN ALTERNATIF ADALAH SBG CONTOH ;BOLEH MENGURUT ORG TESELIUH DAN PATAH, MENGGUNAKAN JURUS-JURUS KEBATINAN UNTUK MENARIK PENYAKIT DI DALAM BADAN ,SAMA ADA BERKAITAN MAKHLUK HALUS ATAU PN PENYAKIT FIZIKAL .TANPA PERLU MEDIA BARANG SPT TELUR ,KAYU,KERIS KECIL DAN SEBAGAINYA SPT YG SELALU DI GUNAKAN OLEH PARANORMAL ATAU BOMOH YG LAIN.
- TETAPI UNTUK MENGUASAI ILMU HAQ INI, PERLULAH MENDAPAT BIMBINGAN DARI SEORANG GURU YG BERPENGALAMAN DAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN MENPUNYAI KEFAHAMAN AKIDAH TAUHID YG MANTAP. AGAR PELATIH TIDAK JATUH KE LEMBAH FASIQ DAN SYIRIK.SELALU SAYA TEKAN KAN DI DALAM ARTIKEL TULISAN SAYA ADALAH KERANA ,SEKIRANYA TIDAK MEMAHAMI TENTANG ILMU HAQ INI DENGAN SEBENAR-BENAR KEFAHAMAN ,PELATIH MUDAH TERJERUMUS KE LEMBAH SYIRIK.JANGAN LAH KITA MEMINTA KPD SESUATU YG LAIN SELAIN ALLAH YA RABBAL A'LAMIN.INI KERANA APABILA CARA KITA BERMOHON KEPADA ALLAH DENGAN CARA YG SALAH. SECARA TIDAK SEDAR KITA TELAH MENGELUARKAN PERKATAAN YG SYIRIK DAN TERKELUAR DARI AKIDAH ISLAM.
- KELIBIHAN ILMU HAQ TIADA BEZANYA DENGAN ILMU KAROMAH.CUMA TERDAPAT PENAMBAHAN DISIPLIN ILMU,JURUS-JURUS KEBATINAN DAN PERUBATAN SECARA ISLAM. SEKIRANYA DI IZINKAN ALLAH PELATIH AKAN MENDAPAT GERAK KEBATINAN PERUBATAN YG PERNAH DI REZEKIKAN KEPADA KETURUNANYA SENDIRI, DAN JUGA ILMU YG ALLAH TURUNKAN KHAS BUAT PELATIH TERSEBUT. ADA 3 CABANG ILMU UTAMA DI DALAM ILMU HAQ IAITU :
1) ILMU PERSILATAN
2) ILMU GERAK JURUS KEBATINAN (PERUBATAN)
3) ILMU KASYAF PEMBUKAN HIJAB. (SCANNING)
- ILMU GERAK JURUS KEBATINAN = INI MEMPUNYAI TINGKATAN YG BERBEZA-BEZA.BEGANTUNG KADAR YG ALLAH TA,ALA REZEKIKAN. WALAUPUN BEGITU SEKIRANYA MURID RAJIN BERLATIH SEMUA CABANG ILMU INI BOLEH DIKUASAI INSYALLAH.KEISTIMEWAAN ILMU HAQ INI , ADALAH SEKIRANYA PELATIH SUDAH MENDAPAT JURUS PERUBATAN, JURUS TERSEBUT SUDAH SERTA-MERTA BOLEH DI GUNA PAKAI UNTUK MENGUBAT PESAKIT.HANYA PERLU BERADA DI BAWAH PENGAWASAN TENAGA PENGAJAR.JURUS-JURUS PERUBATAN INI JUGA TERDIRI DARI PELBAGAI PERINGKAT.YG MANA SETIAP JENIS ATAU PERINGKAT JURUS MEMPUNYAI FUNSINYA YG TERSENDIRI.
- ILMU KASYAF = TERMASUK DI DALAM ILMU HAQ. APA YG DI MAKSUD KAN DISINI ADALAH PEMBUKAAN HIJAB TERHADAP PELATIH ILMU INI.OBJEKTIF ILMU INI ADALAH UNTUK DIGUNA PAKAI APABILA PARA PENGAMAL BERDEPAN DENGAN MASALAH YG BERSANGKUT PAUT DENGAN ALAM GHAIB DAN NYATA.BIZINILLAH SEKIRANYA DI REZEKIKAN PELATIH BOLEH BERKOMUNIKASI DENGAN MAHKLUK GHAIB TIDAK KIRA DARI ALAM MANA PUN MEREKA DATANG.KEBANYAKAN PELATIH AGAK SUKAR UNTUK SAMPAI KE TAHAP INI , SEKIRANYA TIDAK BANYAK BERZIKIR KEPADA ALLAH YG MAHA KUASA.TUJUAN UTAMA ILMU INI ADALAH UNTUK MENGESAN PERGERAKAN MAKHLUK HALUS DI DALAM TUBUH BADAN MANUSIA. DAN JUGA UNTUK MENGESAN TEMPAT YG SAKIT DI TUBUH TANPA MENYENTUH PESAKIT.
- PERINGATAN KEPADA PELATIH YANG SUDAH SAMPAI KETAHAP KASYAF(SCANNING). APA BILA BERURUSAN DENGAN ALAM GHAIB ATAU MAKHLUK HALUS,( JISIMUL LATIF). DI HARAM KAN SAMA SEKALI UNTUK MENCERITAKAN APA YG TELAH DILIHAT SEMASA SESI SCANNING. WALAU PN JELAS DAN TERANG APA YG KELIHATAN.INI ADA LAH KERANA UTK MENGELAKKAN FITNAH DAN DARI TERJERUMUS KE DALAM SYIRIK KHOFI.
- SEBAGAI CONTOH SEKIRANYA SEMASA SESI MERAWAT PESAKIT, KITA DAPAT MELIHAT MASA SILAM ATAU PN KESILAPAN YG PESAKIT LAKUKAN.ITU TIDAK BOLEH DI JADI KAN DALIL UNTUK MENUDUH ATAU MENYALAHKAN PESAKIT DARI DERITA YG DI HIDAPINYA.INI KERANA BUKANLAH SEMUA YG DILIHAT OLEH PELATIH ITU ADA LAH BENAR BELAKA. IA BOLEH JADI GAMBARAN YG DATANG ITU DARI JIN ATAU IBILIS YG INGIN MENGANGGU DAN MEMBUAT FITNAH SESAMA MANUSIA.MANAKALA SEKIRANYA GAMBARAN YG DILIHAT ITU BENAR,HENDAKLAH DI PASTIKAN DENGAN JELAS BAHAWA KEADAAN GAMBARAN ITU MEMANG BENAR-BENAR BERLAKU.BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH SEKIRANYA GAMBARAN ITU BENAR ITU BERMAKSUD BERTAMBAHLAH LAGI KEIMANAN KITA KEPADA ALLAH KERANA TELAH MEMAKBULKAN PEMOHONAN KITA .SMOGA APA YG SAYA CORETKAN DI SINI DAPAT MEMBUKA DAN MENAMBAH KEFAHAMAN TENTANG PERI PENTINGNYA ,TATA CARA PENGAMALAN ILMU HAQ YG MULIA INI. SELAMAT BERAMAL.
Monday, 17 October 2011
ISTILAH ILMU HAQ
- ISTILAH HAQ = DALAM ERTI KATA LAIN MENGANDUNGI BERBAGAI MAKNA. ANTARANYA ADALAH( KEBENARAN ). ILMU YG DATANG DARI SISI TUHAN RABBUL JALAL. ILMU YG HAQ YG SAYA CUBA BAHASKAN DISINI ADALAH, ILMU YG DI WARISI TURUN - TEMURUN DAN ILMU YG DI REZEKI KAN ALLAH DARI KETURUNAN SETIAP INDIVIDU . MALANG NYA RAMAI ORG TIDAK MENGETAHUI BAHAWA ILMU INI BOLEH DI AKTIF HANYA DENGAN ZIKRULLAH DAN MUNAJAT KEPADA ALLAH YG MAHA KUASA. INI BUKAN LAH BERMAKSUD SAKA KETURUNAN ATAU TURUN DATUK.
- ISTILAH ILMU KARAMAH = ADALAH MEMINJAM KARAMAH MANUSIA &MALAIKAT MULIA YG TERDIRI DARI NABI-NABI,MALAIKAT, WALI-WALI,RIZAL GHOIB,PANGLIMA, PENDEKAR DAN SEBAGAINYA.UTK MAKLUMAN PEMBACA BAGI PANDANGAN SAYA YG DHOIF INI, ILMU KARAMAH DAN ILMU HAQ ADALAH SUATU CABANG ILMU YG SAMA. HANYA DI BEZAKAN DENGAN ISTILAH SAHAJA.INI KERANA,PARA PENGAMAL ILMU HAQ DAN KAROMAH MENGGUNAKAN KAEDAH YG SAMA UNTUK MENGAKTIFKAN ILMU TERSEBUT.IAITU DENGAN BERTAWASUL DAN BERMOHON DI SERTAI DENGAN TINGKATAN ZIKIR YG TELAH DI IJAZAHKAN OLEH PERGURUAN MASING-MASING.
- PENERANGAN TENTANG KARAMAH = KARAMAH ADALAH ANUGERAH DARI PADA ALLAH S.W.T,YG DIBERIKAN KEPADA HAMBA2 NYA YG MUKMIN. IAITU PERKARA YG MENCARIK ADAT SPT DI BERIKAN KEPADA WALI-WALINYA. SBG CONTOH YG SELALU KITA DENGAR ,WALI ALLAH BOLEH BERJALAN DI ATAS AIR, BOLEH TERBANG , MELIPAT BUMI, MEMPUNYAI KARAMAH MASA DAN BANYAK LAGI YG TERSEBUT DI DALAM KITAB KARANGAN ALIM ULAMA SILAM.
- PERSOALANYA DISINI BAGAIMANA KITA SELAKU INSAN YG BUKAN BERTARAF WALI DAPAT MENGAPLIKASIKAN ATAU MENDAPATKAN KARAMAH INI ?KONSEP YG DIGUNAKAN ADALAH KITA MEMINJAM KAROMAH PARA INSAN MULIA INI.DENGAN BERTAWASUL DAN BERMOHON KEIZINAN KEPADA ALLAH YG MAHA BESAR.SEKIRANYA DI IZINKAN ALLAH KITA AKAN MENDAPAT BERKAH ILMU DARI INSAN ATAU PENGASAS ILMU YG KITA MOHON.SBG CONTOH, SEKIRANYA KITA MEMOHON UTK MENDAPATKAN PERSILATAN ATAU PERUBATAN, KITA HENDAKLAH MEMOHON MENDAPATKAN BERKAH DAN KARAMAH ILMU APA SAHAJA CABANG ILMU YG KITA MAHU DENGAN JALAN BERTAWASSUL KEPADA NABI ,WALI ,RIZAL GHOIB MALAIKAT DAN SEBAGAINYA. SEKIRANYA DI KABULKAN ALLAH KITA AKAN DI RESAPI ,BERKAH DAN KAROMAH ILMU YG KITA PINTA.
- PERKARA YG PALING PENTING DALAM MENGAMALKAN ILMU HAQ &KAROMAH INI, ADALAH DENGAN MENDEKAT KAN DIRI KEPADA PENCIPTA KITA DAN BERZIKIR HANYA SEMATA-MATA KERANA ALLAH YG AGUNG.PARA PELATIH HENDAKLAH ISTIQOMAH DALAM MENJALANI LATIHAN DAN RIADOH DAN MENDENGAR AKAN SEGALA PENERANGAN YG DIBERIKAN OLEH GURU YG MENGAJARKAN ILMU INI.JANGAN SESEKALI BERBURUK SANGKA KEPADA GURU, MELAINKAN GURU ITU TELAH MELANGGAR HUKUM SYARIAT ISLAM DENGAN NYATA DAN JELAS.
- SALAH SATU PERINGATAN DAN PERKARA YANG AMAT PENTING KEPADA PENGAMAL ILMU HAQ DAN KAROMAH INI ADALAH SEKIRANYA TIDAK MEMAHAMI TENTANG KONSEP ILMU INI ,BAGAIMANA CARA BERMOHON BERTAWASSUL DAN MENGAMALKANYA.DI KHUATIRI AKAN TERJERUMUS KE LEMBAH SYIRIK SECARA TIDAK SEDAR.PERLU DINGATKAN BAHAWA SEGALA PEMOHONAN ATAU PERMINTAAN HENDAKLAH LANGSUNG KEPADA ALLAH YG MAHA BERKUASA.
Friday, 14 October 2011
SEJARAH
SEJARAH BELAJAR ILMU HAQ
- BERMULA KISAH AKU MENDAPAT ILMU HAK INI , 7 TAHUN LALU AKU MENGENALI SEORANG PEREMPUAN MERANGKAP GURUKU NAMA NYA KU PANGGIL KAK G.
- ASAL CERITANYA AKU SEDANG MENCARI BATU DELIMA MERAH UNTUK DI MAHARKAN.KAWAN KU YG BERNAMA ATAN TELAH MEMBAWAKU KE RUMAH KAK G UNTUK MELIHAT BATU TERSEBUT. KIRA-KIRA HARGA BATU DELIMA YG ASLI PADA WAKTU MENCECAH KE 25 JUTA RM.APABILA SAMPAI WAKTU YG TELAH DITETAPKAN
- KAMI PUN BERANGKAT KE RUMAH KAK G UNTUK TEST BATU DELIMA TERSEBUT.
- DALAM PROSES MENGUJI BATU TERSEBUT, SECARA TIBA-TIBA TANGAN KU MENGGELETAR DENGAN SANGAT KUAT,SEHINGGA TAHAP MENGHEMPAS MEJA BERADA DI HADAPAN KU. PERASAAN KU DI WAKTU ITU HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAU, BISIK HATI KU INI ADAKAH AKU TELAH MELAKUKAN KESILAPAN SEHINGGA TANGAN KU JADI BERGINI.AKU PN MEMINTA MAAF KEPADA KAK G SEKIRANYA AKU ADA MELAKUKAN KESALAHAN ATAU PN TERSALAH ADAB DALAM PROSES MENGUJI BATUNYA. NAMUN GURUKU ITU HANYA TERSENYUM SAHAJA.
- TANPA DISANGKA-SANGKA KAK G TERUS BERKOMUNIKASI DENGAN KHADAM BATU DELIMA ,
- DIALOG NYE LEBIH KURANG BERGINI :
- KENAPA KO DATANG SINI DIA TAK GANGU KO NAPE KO MASUK KAT TANGAN DIA.
- PADA MASA ITU AKU BERADA DALAM KEADAAN 100% SEDAR, CUMA TANGAN KU SAHAJA YG MENGGELETAR TAK TENTU PASAL.YANG AKU INGAT TANGAN SEBELAH KANAN YG MENGGELETAR TANPA HALUAN.PADA MASA ITU BARU KU TAHU ,PEREMPUAN DI HADAPAN KU INI MEMPUNYAI ILMU YG TINGGI. SELEPAS KAK G BERKOMUNIKASI DGN KHADAM TERSEBUT TANGAN KU PULIH DAN TIDAK MENGGELETAR LAGI. PERASAAN KU DIKALA ITU BERASA AMAT TAKJUB DAN TAKUT SEKALI.BERMACAM-MACAM PERSOALAN BERMAIN DI MINDA.AKU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PULANG KERUMAH,KERANA WAKTU SUDAH MENCECAH JAM 12 MLM.
- SELEPAS PULANG DARI RUMAH KAK G, DIRI INI TIDAK BISA TIDUR HINGGA KE WAKTU SUBUH. APABILA AZAN BERKUMANDANG AKU SEGERA KE MASJID UTK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH. SELEPAS SOLAT SUBUH DAN BERWIRID DI MASJID, IAITU SEKITAR JAM 7.15 AKU TERUS PERGI KE KEDAI MAMAK BERHAMPIRAN MASJID UNTUK KENA TEH TARIK DAN SARAPAN PAGI.SELESAI SARAPAN TIBA-TIBA TANGAN KANAN KU MENGGELETAR TIDAK KERUAN, APABILA DITAHAN DARI MENGGELETAR TANGAN KIRI PULAK MENGGELETAR. KU TAHAN LAGI KEDUA TANGAN DARI MENGIGIL, TIBA-TIBA KAKI KANAN KU PULAK YG MENGIGIL ,SEHINGGA KEDUA-DUA KAKI KU MENGGELETAR KUAT.APA BILA KU TAHAN KEDUA KAKI DAN TANGAN KU. BADAN KU PULAK YG BERGONCANG, SAMPAI ORG DI SEKITAR MEMANDANG DAN PELIK KENAPA AKU MENGGIGIL MACAM ORG KENA PARKINSON... LAWAK JUGA BILA AKU KENANG SEMULA. PERKARA INI BERLARUTAN DARI PAGI SAMPAI LAH JAM 2 PTG, CUBA BAYANG KAN BETAPA LETIH NYA BADAN KU APABILA NK CONTROL BADAN INI PASAL NK COVER LINE , BUKAN APA TAK NAK ORG CHOP AKU NI GILA .
- KIRA-KIRA JAM 2.30 PTG MEMBERKU ATAN, PUN DATANG KE KEDAI MAMAK TERSEBUT(SRI SHAZZ). TANPA BERLENGAH LAGI AKU PUN MENCERITAKAN KEPADANYA TENTANG MASALAH YANG KU HADAPI DI KALA ITU.ATAN MENYARANKAN AGAR AKU BERJUMPA KAK G UNTUK MEMASTIKAN APA YG SEDANG BERLAKU KEPADA DIRIKU.
- KAMI TERUS KE RUMAH KAK G BERADA DI SEK 24 SHAH ALAM, UNTUK MERUJUK MASALAH KU INI.SESAMPAI SAHAJA DI RUMAH GURUKU ITU.APABILA AKU MELANGKAH KAKI KE DALAM RUMAH NYA IA TERSENYUM MEMANDANG DIRIKU. AKU SEGERA MEMINTA MAAF SEKIRANYA ADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN SETERUSNYA MENCERITAKAN MASALAH YG BERLAKU. KAK G MENYURUH KU DUDUK BERSILA BERSANDAR PADA DINDING RUMAH NYA ,SAMBIL MELENTANGKAN KEDUA TAPAK TANGAN DI ATAS PEHA, SEPERTI SEORANG PERTAPA YG SEDANG MENJALANKAN RITUAL SEMEDI
- KAK G MENURUNKAN BEBERAPA AYAT AL-QURAN DAN TATA CARA MEMBACANYE TATKALA AKU BERSANDAR PADA DINDING,SELEPAS HABIS MEBACA SURAH -SURAH YG DI AJARKAN, KAK G MENYURUHKU BERZIKIR, TAK SAMPAI 5 MINIT TANGAN KU BERGERAK DENGAN SENDIRINYA MELAKUKAN JURUS YG TAK PERNAH AKU BELAJAR SEUMUR HIDUP KU. PESAN KAK G ,IKUT SAHAJA GERAK ITU JANGAN DI LAWAN. AKU PN LAYANKAN AJE ARAHAN GURUKU ITU. PENDEK KATA HAMPIR 3 JAM AKU MEMBUAT JURUS-JURUS KEBATINAN YG PELIK .TETAPI KEUNIKAN JURUS INI IA DAPAT MEMBUANG PENYAKIT BATIN DAN ZAHIR DI DALAM BADANKU. SEHINGGA APABILA AKU BERHENTI BERJURUS BADAN TERASA RINGAN DAN SEGAR.
- SEMENJAK HARI ITU AKU BERGURU DENGAN KAK G, SEHINGGA LAH GURUKU PINDAH KE KAWASAN LAIN. NASIB BAIK LAH AKU SEMPAT KHATAM DENGAN KAK G.
- BERGITULAH SERBA RINGKAS PENGALAMAN KU DI REZEKIKAN DENGAN ILMU HAQ INI.
Subscribe to:
Posts (Atom)