kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Friday, 14 October 2011

SEJARAH

SEJARAH BELAJAR ILMU HAQ

  • BERMULA KISAH AKU MENDAPAT ILMU HAK INI , 7 TAHUN LALU AKU MENGENALI SEORANG PEREMPUAN MERANGKAP GURUKU NAMA NYA KU PANGGIL KAK G.
  • ASAL CERITANYA AKU SEDANG MENCARI BATU DELIMA MERAH UNTUK DI MAHARKAN.KAWAN KU YG BERNAMA ATAN TELAH MEMBAWAKU KE RUMAH KAK G UNTUK MELIHAT BATU TERSEBUT. KIRA-KIRA HARGA BATU DELIMA YG ASLI PADA WAKTU MENCECAH KE 25 JUTA RM.APABILA SAMPAI WAKTU YG TELAH DITETAPKAN
  • KAMI PUN BERANGKAT KE RUMAH KAK G UNTUK TEST BATU DELIMA TERSEBUT.
  • DALAM PROSES MENGUJI BATU TERSEBUT, SECARA TIBA-TIBA TANGAN KU MENGGELETAR DENGAN SANGAT KUAT,SEHINGGA TAHAP MENGHEMPAS MEJA BERADA DI HADAPAN KU. PERASAAN KU DI WAKTU ITU HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAU, BISIK HATI KU INI ADAKAH AKU TELAH MELAKUKAN KESILAPAN SEHINGGA TANGAN KU JADI BERGINI.AKU PN MEMINTA MAAF KEPADA KAK G SEKIRANYA AKU ADA MELAKUKAN KESALAHAN ATAU PN TERSALAH ADAB DALAM PROSES MENGUJI BATUNYA. NAMUN GURUKU ITU HANYA TERSENYUM SAHAJA.
  • TANPA DISANGKA-SANGKA KAK G TERUS BERKOMUNIKASI DENGAN KHADAM BATU DELIMA ,
    • DIALOG NYE LEBIH KURANG BERGINI :
    •  KENAPA KO DATANG SINI                                                                              DIA TAK GANGU KO NAPE KO MASUK KAT TANGAN DIA.                                                                               
  • PADA MASA ITU AKU BERADA DALAM KEADAAN 100% SEDAR, CUMA TANGAN KU SAHAJA YG MENGGELETAR TAK TENTU PASAL.YANG AKU INGAT TANGAN SEBELAH KANAN YG MENGGELETAR TANPA HALUAN.PADA MASA ITU BARU KU TAHU ,PEREMPUAN DI HADAPAN KU INI MEMPUNYAI ILMU YG TINGGI. SELEPAS KAK G BERKOMUNIKASI DGN KHADAM TERSEBUT TANGAN KU PULIH DAN TIDAK MENGGELETAR LAGI. PERASAAN KU DIKALA ITU BERASA AMAT TAKJUB DAN TAKUT SEKALI.BERMACAM-MACAM PERSOALAN BERMAIN DI MINDA.AKU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK PULANG KERUMAH,KERANA WAKTU SUDAH MENCECAH JAM 12 MLM.
  • SELEPAS PULANG DARI RUMAH KAK G, DIRI INI TIDAK BISA TIDUR HINGGA KE WAKTU SUBUH. APABILA AZAN BERKUMANDANG  AKU SEGERA KE MASJID UTK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH. SELEPAS SOLAT SUBUH DAN BERWIRID DI MASJID, IAITU SEKITAR JAM 7.15 AKU TERUS PERGI KE KEDAI MAMAK BERHAMPIRAN MASJID UNTUK KENA TEH TARIK DAN SARAPAN PAGI.SELESAI SARAPAN TIBA-TIBA TANGAN KANAN KU MENGGELETAR TIDAK KERUAN, APABILA DITAHAN DARI MENGGELETAR TANGAN KIRI PULAK MENGGELETAR. KU TAHAN LAGI  KEDUA TANGAN DARI MENGIGIL, TIBA-TIBA KAKI KANAN KU PULAK YG MENGIGIL ,SEHINGGA KEDUA-DUA KAKI KU MENGGELETAR KUAT.APA BILA KU TAHAN KEDUA KAKI DAN TANGAN KU. BADAN KU PULAK YG BERGONCANG, SAMPAI ORG DI SEKITAR MEMANDANG DAN PELIK  KENAPA AKU MENGGIGIL  MACAM ORG KENA PARKINSON... LAWAK JUGA BILA AKU KENANG SEMULA. PERKARA INI BERLARUTAN DARI PAGI SAMPAI LAH JAM 2 PTG, CUBA BAYANG KAN BETAPA LETIH NYA BADAN KU APABILA NK CONTROL BADAN INI PASAL NK COVER LINE , BUKAN APA TAK NAK ORG CHOP  AKU NI  GILA .
  • KIRA-KIRA JAM 2.30 PTG MEMBERKU ATAN, PUN DATANG KE KEDAI MAMAK TERSEBUT(SRI SHAZZ). TANPA BERLENGAH LAGI AKU PUN MENCERITAKAN KEPADANYA TENTANG MASALAH YANG KU HADAPI DI KALA ITU.ATAN MENYARANKAN AGAR AKU BERJUMPA KAK G UNTUK MEMASTIKAN APA YG SEDANG BERLAKU KEPADA DIRIKU.
  • KAMI TERUS KE RUMAH KAK G BERADA DI SEK 24 SHAH ALAM, UNTUK MERUJUK MASALAH KU INI.SESAMPAI SAHAJA DI RUMAH GURUKU ITU.APABILA AKU MELANGKAH KAKI KE DALAM RUMAH NYA IA TERSENYUM MEMANDANG DIRIKU. AKU SEGERA MEMINTA MAAF SEKIRANYA ADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN SETERUSNYA MENCERITAKAN MASALAH YG BERLAKU. KAK G MENYURUH KU DUDUK BERSILA BERSANDAR PADA DINDING RUMAH NYA ,SAMBIL MELENTANGKAN KEDUA TAPAK TANGAN DI ATAS PEHA, SEPERTI SEORANG  PERTAPA YG  SEDANG MENJALANKAN RITUAL SEMEDI
  •  KAK G MENURUNKAN BEBERAPA AYAT AL-QURAN DAN TATA CARA MEMBACANYE TATKALA AKU BERSANDAR PADA DINDING,SELEPAS HABIS MEBACA SURAH -SURAH YG DI AJARKAN, KAK G MENYURUHKU BERZIKIR, TAK SAMPAI 5 MINIT TANGAN KU BERGERAK DENGAN SENDIRINYA MELAKUKAN  JURUS YG TAK PERNAH AKU BELAJAR SEUMUR HIDUP KU. PESAN KAK G ,IKUT SAHAJA GERAK ITU JANGAN DI LAWAN. AKU PN LAYANKAN AJE ARAHAN GURUKU ITU. PENDEK KATA HAMPIR 3 JAM AKU MEMBUAT JURUS-JURUS KEBATINAN YG PELIK .TETAPI KEUNIKAN JURUS INI IA DAPAT MEMBUANG PENYAKIT BATIN DAN ZAHIR DI DALAM BADANKU. SEHINGGA APABILA AKU BERHENTI BERJURUS BADAN TERASA RINGAN DAN SEGAR.
  • SEMENJAK HARI ITU AKU BERGURU DENGAN KAK G, SEHINGGA LAH GURUKU PINDAH KE KAWASAN LAIN. NASIB BAIK LAH AKU SEMPAT KHATAM DENGAN KAK G.
  • BERGITULAH SERBA RINGKAS PENGALAMAN KU DI REZEKIKAN DENGAN ILMU HAQ INI.




No comments:

Post a Comment