kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Saturday, 18 April 2015

CINCIN GAMBAR SUKARNO


ASSALAMUALAIKUM KEPADA PEMBACA BLOG INI. PADA POSTING KALI INI SAYA MENAMPILKAN CINCIN BUNGKARNO ATAU SUKARNO. CINCIN INI DI HADIAHKAN KEPADA SAYA DARI PERSANTREN INDONESIA. KHASIAT DAN KEINDAHANYA IALAH
KEBAL KULIT, DAN BOLEH BERTUKAR MENJADI KEBAL UMUM ATAS IZIN ALLAH S.W.T

BERCERITA PASAL KEBAL ATAU ILMU KEBAL INI RAMAI TOKOH2 AGAMA MEMANDANG IANYA SYIRIK DAN SEBAGAINYA. NAMUN BAGI SAYA PENERANGAN YG LEBIH BAIK ADALAH, KEBAL ATAU ILMU KEBAL SEMEMANGNYA WUJUD DAN BOLEH DIGUNAKAN JIKA MEMENUHI SYARIAT ISLAM, 

APA MAKSUD KEBAL, SECARA UMUM KEBAL YG DIMAKSUDKAN IALAH, SESEORANG INSAN APABILA DI TETAK, DI TIKAM, DI TEMBAK ,DI BOM ATAU DI GERGAJI SEKALI PUN, TIDAK MENDATANGKAN KESAN PADA DIRI NYA. PERKARA INI BOLEH BERLAKU KERANA  IZIN ALLAH S.W.T, SEKIRANYA TIADA KEIZINANYA MAKA SUDAH BARANG TENTU  BADAN KITA LUKA ATAU BINASA.

APAKAH KITA SELAKU MAKHLUK ALLAH INGIN MENAFIKAN PERKARA KEBAL INI, SEDANGKAN TIADA DAYA DAN UPAYA TANPA IZIN ALLAH . APAKAH ALLAH TIDAK BERDAYA UTK MEMBERI KEKEBALAN KEPADA HAMBANYA. DAN APAKAH KIRANYA ALLAH MEMBERI KEKEBALAN KPD HAMBANYA, KITA PULAK CAKAP PERKARA TU SYIRIK. TIDAK ALLAH JADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA. KITA SELAKU HAMBA YG FAKIR HENDAK LAH BERSANGKA BAIK PADA INSAN YG BERILMU. SELAGI MANA IA MASIH MENGIKUTI BATAS2 AGAMA.

SAYA SIMPULKAN DISINI PERIHAL KEBAL AGAR PARA PEMBACA DAPAT MEMBUKA MINDA DAN AKAN MENJADI SESEORANG YG BERJIWA BESAR.

KEBAL BOLEH TERJADI KERANA KEKERAMATAN SESEORANG ITU, HASIL DARI PERBUATAN AMAL YG BAIK DAN BELAJAR ILMU KEBAL. 

KEBAL JUGA BOLEH BERLAKU TANPA BELAJAR ILMU KEBAL. KEBAL JENIS INI KITA GELARKAN KURNIA ALLAH. BOLEH JADI ALLAH KURNIAKAN KEKEBALAN INI UTK MENJADI PELAJARAN KEPADA INSAN LAIN. SEBAGAI BUKTI KEKUASAAN ALLAH.

UNTUK LEBIH JELAS LAGI SUKA SAYA JELASKAN DISINI, BAHAWA ILMU KEBAL, ATAU ORG KEBAL,BUKAN BERMAKSUD TIDAK BOLEH MATI, HANYA SAHAJA PADA KETIKA DAN MASA TERTENTU KEBAL ITU BERLAKU .SEMUANYA ATAS TAKDIR DAN KEHENDAK ALLAH S.W.T, JADI ADAKAH IANYA SYIRIK ?

SELALUNYA APABILA DIKATAKAN SYIRIK BERAMAL ILMU KEBAL, APABILA AMALAN ILMU KEBAL ITU MENGANDUNGI PERKARA YG MENSYIRIKAN ALLAH. SEBAGAI CONTOH JAMPI MENTERA YANG TIDAK DI KETAHUI MAKSUDNYE. ATAU TERPAKSA MEMBERI MAKAN KHADAM2 ILMU PADA TARIKH ATAU BULAN YG TERTENTU. PENGAMAL ILMU KEBAL PERLU MENGGUNAKAN NAJIS SEBAGAI SALAH SATU SYARAT BERAMAL ILMU KEBAL DAN BANYAK LAGI CARA CARA YG KUFUR.
KEBAL JENIS INI LAH YG SYIRIK DAN MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM.

BAGI SAYA SELAKU HAMBA YG FAKIR, TIDAK SALAH RASANYA KALAU KITA BERMOHON DIBERIKAN KEKEBALAN OLEH ALLAH , DEMI MENEGAKKAN ISLAM.
DAN APABILA SAMPAI WAKTU SYAHID , MEREKA YG KEBAL PUN PASTI AKAN HILANG KEKEBALANYA. HANYA SAHAJA KEKEBALAN INI ADALAH SATU PROSES SEMENTARA, SAMPAI WAKTU SYAHID ATAU AJAL.

SEBELUM SAYA TERLUPA INGIN SAYA KONGSIKAN  SATU CERITA TENTANG KEBAL INI PADA HADIRIN SEMUA. KISAH INI BERLAKU KETIKA SAYA BERADA DI KAMPUNG
KETIKA ITU SAYA DAN 2 ORG ABANG SAYA SEDANG BERJALAN DI DALAM DUSUN DURIAN.  TIBA-TIBA SEBIJI DURIAN YG AGAK BESAR TELAH GUGUR  DAN JATUH TERUS MENIMPA SALAH SEORANG ABANG SAYA. BUAH TERSEBUT  JATUH TEPAT DI BELAKANG BADAN ABANG SAYA. CUBA PEMBACA BAYANGKAN, POKOK DURIAN YG TINGGI  DAN KULIT BUAH DURIAN YG AMAT KERAS ITU TERKENA TUAN,PUAN APAKAH YG AKAN BERLAKU ?
AJAIBNYA BADAN ABANG SAYA LANGSUNG TIDAK BERDARAH DAN LUKA. BUKANKAH INI SATU PERKARA ATAU PERIHAL KEBAL. ABG SAYA PADA WAKTU TERSEBUT MASIH LAGI DARJAH 5 KALAU TAK SALAH SAYA. DAN TAK BELAJAR ILMU KEBAL PUN . JADI KEKEBALAN INI BERLAKU ATAS KURNIA DAN IZIN ALLAH S.W.T

SETELAH SAYA RUJUK PADA ORG2 TUA ( ARWAH OPAH), DIA MENERANGKAN ITU ADALAH  DINAMAKAN  (KEBAL SEHARI) MENURUT KATA ORG BERILMU, DALAM MASA 24 JAM SEHARI ADA SATU MASA  DAN KETIKA SETIAP MANUSIA DIBERIKAN KEKEBALAN OLEH ALLAH. JADI JIKA TAKDIRNYA PADA WAKTU  KITA DISERANG ATAU MENGALAMI KEMALANGAN , INSYALLAH KITA AKAN KEBAL. ITU LAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN KURNIA. WALLAHUALAM. 
PERKARA YG SAYA KONGSIKAN INI BUKAN REKAAN SAYA, INI ADALAH PENGALAMAN PERIBADI SENDIRI, DAN SAYA PERCAYA RAMAI PARA PEMBACA PUN PERNAH MENGALAMI PENGALAMAN YG HAMPIR SERUPA JUGA.

BEGITULAH PENERANGAN RINGKAS  TENTANG KEBAL.
BANYAK LAGI PENERANGAN TENTANG KEBAL YG BELUM SAYA CERITAKAN, INSYALLAH JIKA RAJIN SAYA AKAN POSTING LAGI BERKENAAN KEBAL INI DI MASA AKAN DATANG.







Thursday, 16 April 2015

TASBIH TERAS DELIMA


TASBIH TERAS DELIMA ASLI



TASBIH KAYU TERAS DELIMA ASLI 
TASBIH KAYU TERAS DELIMA INI DIHASILKAN DARI KAYU TERAS DELIMA ASLI,KAYU TERAS DELIMA ADALAH KAYU YANG MEMANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN TASBIH BAGI PROSES PERUBATAN TRADISIONAL DAN ALTERNATIF .KHASIAT AIR RENDAMAN KAYU INI ADALAH UNTUK MENYEJUKKAN BADAN DAN HATI,KEREDAAN DEMAM,MENGHALAU GANGGUAN MAKHLUK HALUS,MENGHILANGKAN SANTAU DAN MENGHILANGKAN KESAKITAN AKIBAT KECEDERAAN DALAMAN DENGAN IZIN ALLAH.


KAEDAH AMALAN DAN PENYEDIAAN :
 

1.SELAWAT KEATAS NABI S.A.W SEBANYAK 3 KALI..

2.RENDAMKAN DALAM AIR SELAMA BEBERAPA MINIT SEHINGGA AIR MENJADI MERAH..

3.SELAWAT KEATAS NABI 3 KALI DAN HEMBUSKAN KEPADA AIR..

4. BACA SURAH AL-FATIHAH SEKALI (HEMBUSKAN  PADA AIR)

5. BACA SURAH ALAM- NASHRAH 7 KALI ( HEMBUS PADA AIR)

   

6.ARAHKAN PESAKIT MENGUCAPKAN BISMILLAH DAN SELAWAT KEATAS NABI SEMULA DAN MINUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT...INSYAALLAH MUJARAB...

DALAM MASA YANG SAMA BERDOA DAN BERTAWAKAL PADA ALLAH SERTA BERMOHON AGAR SEGALA PENYAKIT DAN MASALAH DIRI DI SEMBUHKAN DENGAN SEBENAR BENAR KESEMBUHAN OLEH TUHAN YG MAHA SEMPURNA.

MAHAR UNTUK TASBIH INI ADALAH SEBANYAK RM100 TUNAI SAHAJA. HASIL JUALAN SEBAHAGIAN NYA AKAN DI DERMAKAN KEPADA JALAN ALLAH. KIRANYA BERMINAT PARA PEMBACA SILA LAH 

HUBUNGI SAYA DI NO INI : 01234 999 28 / 013 211 22 33
KIRANYA SAYA TAK ANGKAT SILA SMS DULU ATAU WHATSAPP DAN NYATAKAN HAJAT .

INSYALLAH MEMBELI SAMBIL MENDERMA BANYAK KEBERKATAN NYA. SELAMAT BERAMAL DAN SAYA DOAKAN PEMBACA BLOG INI AKAN SENENTIASA BERADA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGASIHANI.

SAMPAI DISINI SAHAJA BUAT MASA INI. 












BATU RAJA JAMBI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T KEPADA YANG MENGUCAPKAN KALIMAH TAUHID.
BERTEMU KITA LAGI DALAM POSTING KALI INI IA ITU BATU RAJA JAMBI.

BATU RAJA JAMBI MEMPUNYAI KEINDAHAN YG AMAT UNIK. INI KERANA BATU INI SENTIASA BASAH APABILA DI SENTUH. MENGIKUT HASIL PENGAMATAN SAYA FADHILAT DAN KHASIAT BATU INI ADALAH ATAS IZIN ALLAH MEMBERIKAN AURA KETENANGAN  DAN AMPUH UNTUK MENGUBATI SAKIT DALAMAN AKIBAT KERACUNAN DAN JUA SANTAU. MASIH BANYAK LAGI KEISTIMEWAAN YG BELUM DI GALI LAGI. WALAU APA PUN KEINDAHAN BATU INI YG JELAS BATU INI ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG BEZIKIR SIANG DAN MALAM KEPADA ALLAH. TUJUAN SAYA PAMERKAN DISINI ADALAH UNTUK PARA HADIRIN DAPAT MELIHAT KEKUASAAN ALLAH DAN HASIL CIPTAAN NYE YG BERANEKA MACAM.
JAUH SEKALI UTK TAKSUB KEPADA BATU. SESUNGGUH NYA TIDAK ALLAH S.W.T MENJADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA. HANYA MANUSIA YANG DI BERIKAN ALLAH MAKRIFAT DAN ILMU DAPAT MENGAMBIL PELAJARAN DI SETIAP CIPTAAN ALLAH. MOGA BERMANFAAT.




SEBAGAI TANDA KASIH SAYANG KITA KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
KITA SEBAGAI UMATNYE HARUSLAH TAHU TENTANG KRONOLOGY NABI KITA. MOGA INFO YANG RINGKAS INI DAPAT LAGI KITA MENGENALI NABI MUHAMMAD YANG TERCINTA. RAHMAT SEKALIAN ALAM. MOGA BERMANFAAT.



BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)



SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’



Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

PETUA IBU DUIT

IBU DUIT
ASSALAMUALAIKUM KEPADA PARA PEMBACA BUDIMAN.
SUDAH LAMA SAYA TIDAK MENULIS DI BLOG INI, KERANA KESIBUKAN YANG
MENCENGKAM DIRI.

PADA POST KALI INI SAYA AKAN MEMBERI SEDIKIT PETUA RINGKAS DAN SETERUSNYA MENGIJAZAHKAN KEPADA SEMUA PARA PEMBACA BLOG INI.
SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI BLOG DAN JUGA PEMBACA YG SINGGAH KERANA SUDI MEMBACA BLOG KALAMSAKTI INI. SAYA MEMOHON AMPUN DAN MAAF KIRANYA ADA KESALAHAN DAN LAMBAT REPLY ATAU PUN TAK REPLY LAGI EMAIL TUAN, PUAN.DATO DAN PARA HADIRIN YG AMAT SAYA MULIAKAN.

OK UTK TIDAK MELERET PANJANG DISINI SAYA PERTURUNKAN ILMU IBU DUIT LEVEL 1, CARA NYA IALAH PADA SETIAP KALI KITA DAPAT GAJI ATAU PUN PADA SETIAP KALI KITA MEMILIKI WANG YG BANYAK. SAYA BAGI CONTOH DUIT 50RM,
SUSUNKAN DUIT TERSEBUT YAKNI KEPALA AGUNG TU SAMA JE SEDERET DALAM DOMPET, SELEPAS PADA ITU SENTUH DUIT YANG BANYAK ITU DI DALAM DOMPET SAMBIL BERDOA :
 (AYAT NYE SPT DI BAWAH)

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH AKU BERMOHON ENGKAU BERILAH REZEKI DARI SEGI WANG RINGGIT TIDAK PUTUS-PUTUS DAN MELIMPAH RUAH DAN JADIKAN AKU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG BERSYUKUR. 
BERKAT DOA LAILLAHAILLAH MUHAMAD RASULLULLAH.

SAMBIL MENYENTUH DUIT-DUIT YG ADA DALAM DOMPET TUAN PUAN.

INSYALLAH BERKAT
ILMU DAN PETUA SERTA DOA INI ALLAH S.W.T AKAN  SENTIASA MELIMPAH SEGALA KURNIANYA PADA PENGAMAL ILMU INI. PENGALAMAN SAYA DUIT SAYA HAMPIR TIDAK PERNAH PUTUS SEJAK SAYA MENGAMALKAN PETUA INI.
MOGA BERMANFAAT PADA HADIRIN SEKALIAN.

CUMA PESAN KU ADALAH SEGALA REZEKI DAN NIKMAT TELAH ALLAH TETAPKAN SEJAK AZALI, NAMUN KITA SELAKU INSAN BIASA TIDAK TAHU TENTANG PERKARA YANG ALLAH TETAPKAN KEPADA KITA, ANGGAP LAH INI SEBAGAI JALAN IBADAH YAKNI DOA DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH YG MAHA KAYA. KERANA DOA ITU SATU IBADAH.

SELAMAT BERAMAL.