kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Saturday, 18 April 2015

CINCIN GAMBAR SUKARNO


ASSALAMUALAIKUM KEPADA PEMBACA BLOG INI. PADA POSTING KALI INI SAYA MENAMPILKAN CINCIN BUNGKARNO ATAU SUKARNO. CINCIN INI DI HADIAHKAN KEPADA SAYA DARI PERSANTREN INDONESIA. KHASIAT DAN KEINDAHANYA IALAH
KEBAL KULIT, DAN BOLEH BERTUKAR MENJADI KEBAL UMUM ATAS IZIN ALLAH S.W.T

BERCERITA PASAL KEBAL ATAU ILMU KEBAL INI RAMAI TOKOH2 AGAMA MEMANDANG IANYA SYIRIK DAN SEBAGAINYA. NAMUN BAGI SAYA PENERANGAN YG LEBIH BAIK ADALAH, KEBAL ATAU ILMU KEBAL SEMEMANGNYA WUJUD DAN BOLEH DIGUNAKAN JIKA MEMENUHI SYARIAT ISLAM, 

APA MAKSUD KEBAL, SECARA UMUM KEBAL YG DIMAKSUDKAN IALAH, SESEORANG INSAN APABILA DI TETAK, DI TIKAM, DI TEMBAK ,DI BOM ATAU DI GERGAJI SEKALI PUN, TIDAK MENDATANGKAN KESAN PADA DIRI NYA. PERKARA INI BOLEH BERLAKU KERANA  IZIN ALLAH S.W.T, SEKIRANYA TIADA KEIZINANYA MAKA SUDAH BARANG TENTU  BADAN KITA LUKA ATAU BINASA.

APAKAH KITA SELAKU MAKHLUK ALLAH INGIN MENAFIKAN PERKARA KEBAL INI, SEDANGKAN TIADA DAYA DAN UPAYA TANPA IZIN ALLAH . APAKAH ALLAH TIDAK BERDAYA UTK MEMBERI KEKEBALAN KEPADA HAMBANYA. DAN APAKAH KIRANYA ALLAH MEMBERI KEKEBALAN KPD HAMBANYA, KITA PULAK CAKAP PERKARA TU SYIRIK. TIDAK ALLAH JADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA. KITA SELAKU HAMBA YG FAKIR HENDAK LAH BERSANGKA BAIK PADA INSAN YG BERILMU. SELAGI MANA IA MASIH MENGIKUTI BATAS2 AGAMA.

SAYA SIMPULKAN DISINI PERIHAL KEBAL AGAR PARA PEMBACA DAPAT MEMBUKA MINDA DAN AKAN MENJADI SESEORANG YG BERJIWA BESAR.

KEBAL BOLEH TERJADI KERANA KEKERAMATAN SESEORANG ITU, HASIL DARI PERBUATAN AMAL YG BAIK DAN BELAJAR ILMU KEBAL. 

KEBAL JUGA BOLEH BERLAKU TANPA BELAJAR ILMU KEBAL. KEBAL JENIS INI KITA GELARKAN KURNIA ALLAH. BOLEH JADI ALLAH KURNIAKAN KEKEBALAN INI UTK MENJADI PELAJARAN KEPADA INSAN LAIN. SEBAGAI BUKTI KEKUASAAN ALLAH.

UNTUK LEBIH JELAS LAGI SUKA SAYA JELASKAN DISINI, BAHAWA ILMU KEBAL, ATAU ORG KEBAL,BUKAN BERMAKSUD TIDAK BOLEH MATI, HANYA SAHAJA PADA KETIKA DAN MASA TERTENTU KEBAL ITU BERLAKU .SEMUANYA ATAS TAKDIR DAN KEHENDAK ALLAH S.W.T, JADI ADAKAH IANYA SYIRIK ?

SELALUNYA APABILA DIKATAKAN SYIRIK BERAMAL ILMU KEBAL, APABILA AMALAN ILMU KEBAL ITU MENGANDUNGI PERKARA YG MENSYIRIKAN ALLAH. SEBAGAI CONTOH JAMPI MENTERA YANG TIDAK DI KETAHUI MAKSUDNYE. ATAU TERPAKSA MEMBERI MAKAN KHADAM2 ILMU PADA TARIKH ATAU BULAN YG TERTENTU. PENGAMAL ILMU KEBAL PERLU MENGGUNAKAN NAJIS SEBAGAI SALAH SATU SYARAT BERAMAL ILMU KEBAL DAN BANYAK LAGI CARA CARA YG KUFUR.
KEBAL JENIS INI LAH YG SYIRIK DAN MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM.

BAGI SAYA SELAKU HAMBA YG FAKIR, TIDAK SALAH RASANYA KALAU KITA BERMOHON DIBERIKAN KEKEBALAN OLEH ALLAH , DEMI MENEGAKKAN ISLAM.
DAN APABILA SAMPAI WAKTU SYAHID , MEREKA YG KEBAL PUN PASTI AKAN HILANG KEKEBALANYA. HANYA SAHAJA KEKEBALAN INI ADALAH SATU PROSES SEMENTARA, SAMPAI WAKTU SYAHID ATAU AJAL.

SEBELUM SAYA TERLUPA INGIN SAYA KONGSIKAN  SATU CERITA TENTANG KEBAL INI PADA HADIRIN SEMUA. KISAH INI BERLAKU KETIKA SAYA BERADA DI KAMPUNG
KETIKA ITU SAYA DAN 2 ORG ABANG SAYA SEDANG BERJALAN DI DALAM DUSUN DURIAN.  TIBA-TIBA SEBIJI DURIAN YG AGAK BESAR TELAH GUGUR  DAN JATUH TERUS MENIMPA SALAH SEORANG ABANG SAYA. BUAH TERSEBUT  JATUH TEPAT DI BELAKANG BADAN ABANG SAYA. CUBA PEMBACA BAYANGKAN, POKOK DURIAN YG TINGGI  DAN KULIT BUAH DURIAN YG AMAT KERAS ITU TERKENA TUAN,PUAN APAKAH YG AKAN BERLAKU ?
AJAIBNYA BADAN ABANG SAYA LANGSUNG TIDAK BERDARAH DAN LUKA. BUKANKAH INI SATU PERKARA ATAU PERIHAL KEBAL. ABG SAYA PADA WAKTU TERSEBUT MASIH LAGI DARJAH 5 KALAU TAK SALAH SAYA. DAN TAK BELAJAR ILMU KEBAL PUN . JADI KEKEBALAN INI BERLAKU ATAS KURNIA DAN IZIN ALLAH S.W.T

SETELAH SAYA RUJUK PADA ORG2 TUA ( ARWAH OPAH), DIA MENERANGKAN ITU ADALAH  DINAMAKAN  (KEBAL SEHARI) MENURUT KATA ORG BERILMU, DALAM MASA 24 JAM SEHARI ADA SATU MASA  DAN KETIKA SETIAP MANUSIA DIBERIKAN KEKEBALAN OLEH ALLAH. JADI JIKA TAKDIRNYA PADA WAKTU  KITA DISERANG ATAU MENGALAMI KEMALANGAN , INSYALLAH KITA AKAN KEBAL. ITU LAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN KURNIA. WALLAHUALAM. 
PERKARA YG SAYA KONGSIKAN INI BUKAN REKAAN SAYA, INI ADALAH PENGALAMAN PERIBADI SENDIRI, DAN SAYA PERCAYA RAMAI PARA PEMBACA PUN PERNAH MENGALAMI PENGALAMAN YG HAMPIR SERUPA JUGA.

BEGITULAH PENERANGAN RINGKAS  TENTANG KEBAL.
BANYAK LAGI PENERANGAN TENTANG KEBAL YG BELUM SAYA CERITAKAN, INSYALLAH JIKA RAJIN SAYA AKAN POSTING LAGI BERKENAAN KEBAL INI DI MASA AKAN DATANG.







No comments:

Post a Comment