kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Friday, 27 May 2016

ILMU DENYUTAN & GETARAN TUBUH




BERTEMU KEMBALI  PADA POSTING KALI INI, DI SINI SAYA TURUNKAN ILMU DAN PETUA ORANG TUA-TUA. BERKENAAN GETARAN ATAU DENYUTAN YANG BERLAKU DI SETIAP TUBUH KITA. KEBANYAKAN DENYUTAN  ATAU GETARAN INI BERLAKU MEMPUNYAI MAKSUD-MAKSUD YANG TERTENTU DAN SEKIRANYA KITA FAHAM AKAN MAKSUDNYE MEMBUATKAN KITA MENJADI LEBIH BERHATI-HATI DAN PEKA TERHADAP BANYAK PEKARA YANG AKAN BERLAKU. BERANI SAYA NYATAKAN DI SINI, KETEPATAN PETANDA INI SEKITAR 70 % TEPAT. SAYA SAJIKAN ILMU PETUA INI BUAT PEMBACA DAN ANAK MURID SAYA SEKIRANYA BERMINAT MENGAMALKAN NYA. BAK KATA ORG TUA-TUA, SESUNGGUHNYE PETUA ADALAH LEBIH LAMA DARI PADA ILMU, DAN RAHSIA ADALAH LEBIH LAMA DARI PETUA.

UNTUK NAMPAK HASIL NYE ILMU INI, PARA PEMBACA SEKALIAN PERLU LAH MENGAMALKANNYE SECARA ISTIQOMAH.  DAN KENA SELALU PEKA TERHADAP SETIAP PETANDA ATAU DENYUTAN DAN JUGA KEADAAN SEKELILING. INI ADALAH SEKELUMIT ILMU YANG MOGA DENGANYA DAPATLAH MENJADI SEDIKIT AMAL JARIAH SAYA, SEPERTI YANG SAYA KATAKAN TADI KETEPATAN NYA HANYALAH 70% SAHAJA. BOLEH JADI IANYA SALAH ATAU TIDAK TEPAT DENGAN KEADAAN YANG PIHAK PEMBACA ALAMI. WALAU APA PUN ILMU INI SUDAH BELASAN TAHUN SAYA AMALKAN , SUKA SAYA NYATAKAN ILMU INI JARANG MENGHAMPAKAN. SELEBIHNYA SAYA SERAHKAN KEPADA PEMBACA UNTUK MERASAI DAN MENGKAJINYE SENDIRI.

PADA MENYATAKAN ILMU DENYUTAN & GETARAN TUBUH..

KETERANGAN TENTANG ALAMAT  ATAU PETANDA DENYUTAN & GETARN TUBUH


  1. JIKA BERDENYUT PADA SELURUH BADAN, MAKA ALAMAT MELIHAT ORANG.
  2. JIKA BERDENYUT PADA SEMUA BAHAGIAN KEPALA, MAKA MAKSUDNYE AKAN MENDAPAT HARTA DAN DI SAYANGI ORANG LAIN
  3. JIKA BERDENYUT PADA DAHI BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT MEMPEROLEHI HARTA HALAL.
  4. JIKA BERDENYUT PADA DAHI BAHAGIAN KIRI, MAKA ALAMAT MENDAPAT KEBAGUSAN DAN KEBAIKAN DARI SAHABAT HANDAI DAN TAULAN DAN MERASA SENANG.
  5. JIKA BERDENYUT PADA  UBUN-UBUN  ALAMAT JADI MENTERI
  6. JIKA BERDENYUT PADA ALIS BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MELIHAT KASIHNYE.
  7. JIKA BERDENYUT PADA KELOPAK MATA KANAN, MAKA ALAMAT MEMPEROLEH HARTA HALAL
  8. JIKA BERDENYUT PADA KELOPAK MATA KIRI, MAKA ALAMAT AKAN BERTEMU DENGAN ORANG TUANYE DARI JAUH. BOLEH JADI JUGA ADA PERKARA YANG TIDAK BAIK AKAN BERLAKU. PASTIKAN PEKA DENGAN KEADAAN KETIKA ITU.
  9. JIKA BERDENYUT PADA ALIS KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DAPAT MELIHAT KEKASIHNYA.
  10. JIKA BERDENYUT PADA TEMPAT KELUAR AIR MATA BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENANGIS.
  11. JIKA BERDENYUT PADA TEMPAT KELUAR AIR MATA BAHAGIAN KIRI MAKA ALAMAT AKAN PERIHATIN.
  12. JIKA BERKEDUT PADA TELINGA SEBELAH KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MEMPEROLEH HARTA BAGUS
  13. JIKA BERDENYUT PADA TELINGA SEBELAH KIRI, MAKA ALAMAT KELUARGA JAUH DATANG
  14. JIKA BERDENYUT PADA DAUN TELINGA KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPATKAN HARTA
  15. JIKA BERDENYUT PADA DAUN TELINGA KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DISINDIR OLEH ORANG LAIN.
  16. JIKA BERDENYUT PADA PILINGAN KIRI, MAKA ALAMAT BENCI DAN KEHILANGAN
  17. JIKA BERDENYUT PADA PIPI KIRI,MAKA ALAMAT SAKIT DARI PERANTAUNAN
  18. JIKA BERDENYUT PADA LAMBUNG KANAN, MAKA ALAMAT MENDAPATKAN PEKERJAAN.
  19. JIKA BERDENYUT PADA LAMBUNG KIRI, ALAMAT AKAN BERBICARA JELEK.
  20. JIKA BERDENYUT PADA JANGGUT KANAN, ALAMAT AKAN DIMULIAKAN OLEH ORANG TUA ATAU MENDAPATKAN HARTA.
  21. JIKA BERDENYUT PADA JANGGUT KIRI,MAKA ALAMAT AKAN MENDAPATKAN PEKERJAAN DARI PEJABAT
  22. JIKA BERDENYUT PADA TENGGOROKAN BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT SUSAH SEKADARNYE.
  23. JIKA BERDENYUT PADA LEHER BAHAGIAN KIRI,MAKA ALAMAT BERSENANG-SENANG ATAU AKAN BEPERGIAN JAUH.
  24. JIKA BERDENYUT PADA BAWAH KETIAK KANAN,MAKA ALAMAT KEHILANGAN SEKADARNYA.
  25. JIKA BERDENYUT PADA KETIAK KIRI, MAKA ALAMAT AKAN ADA BERITA DARI JAUH.
  26. JIKA BERDENYUT PADA BAHU KANAN, MAKA ALAMAT MENGHINDAR
  27. JIKA BERDENYUT PADA BAHU KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DI HARGAI OLEH ORANG LAIN.
  28. JIKA BERDENYUT PADA BELIKAT KANAN, MAKA ALAMAT AKAN BERSENANG-SENANG.
  29. JIKA BERDENYUT PADA  BELIKAT KIR, MAKA ALAMAT DI MULIAKAN OLEH ORANG LAIN
  30. JIKA BERDENYUT PADA PERUT BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPAT REZEKI BANYAK.
  31. JIKA BERDENYUT PADA PERUT BAHAGIAN KIRI, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPAT KEBAGUSAN
  32. JIKA BERDENYUT PADA LENGAN KANAN ALAMAT AKAN BERTEMU DENGAN KEKASIHNYA.
  33. JIKA BERDENYUT PADA SIKU KANAN ALAMAT AKAN MARAH
  34. JIKA BERDENYUT PADA SIKU KIRI ALAMAT KEKASIHNYA AKAN DATANG
  35. JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK TANGAN KANAN ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA
  36. JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK TANGAN KIRI, ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA DARI ORANG LAIN.
  37. JIKA BERDENYUT PADA PUNGGUNG BAHAGIAN KIRI, ALAMAT AKAN BERBUAT JELEK.
  38. JIKA BERDENYUT PADA PUNGGUNG BAHAGIAN KANAN, ALAMAT AKAN KEDATANGAN PENGHULU.
  39. JIKA BERDENYUT PADA BAHAGIAN PANGKAL PEHA DI SEBELAH BELAKANG BAHAGIAN KANAN(YANG MENGAPIT DUBUR) MAKA ALAMAT AKAN KEDATANGAN SANAK DAN SAUDARA KELUARGA.
  40. JIKA BERDENYUT PADA BAHAGIAN PANGKAL PEHA DI SEBELAH BELAKANG BAHAGIAN KIRI ALAMAT AKAN BERTEMU JODOH DAN AKAN BERKAHWIN
  41. JIKA BERDENYUT PADA TUMIT KIRI, ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA.
  42. JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK KAKI KANAN ALAMAT AKAN PERIHATIN
  43. JIKA BERDENYUT PADA  TELAPAK KAKI KIRI, MAKA ALAMAT AKAN BEPERGIAN.


WALLAHU A'LAMU = ALLAH LEBIH MENGETAHUI.


PESAN SAYA KEPADA PEMBACA BUDIMAN SEKALIAN, INI ADALAH PETANDA DAN ALAMAT SEKADAR INGATAN KEPADA KITA, BOLEH JADI BENAR BOLEH JADI TIDAK, JANGANLAH DI TERLALU MEMEGANG PETANDA INI AGAR KITA TIDAK TERJATUH KELEMBAH SYIRIK. SEGALA APA YANG BERLAKU ADALAH SUDAH MENJADI KETETAPAN  DAN TAKDIR KITA SEMENJAK AZALI LAGI. WALAU BAGAIMANA PUN ILMU INI BOLEH DI JADIKAN SEBAGAI ILMU PELANGKAHAN DAN GERAK GERI BAGI AKTIVI SEHARIAN. INSYALLAH ADA KEBERKATAN NYE... 










Sunday, 22 May 2016

PERMAINAN ILMU TUTUP KEDAI


KEPADA PEMBACA SETIA BLOG SAYA. BERTEMU LAGI DENGAN POSTING KITA PADA KALI INI, MEMBICARAKAN  TENTANG PERMAINAN ILMU TUTUP KEDAI.
SEBELUM ITU SEBAGAI PERINGATAN SAYA SUKA SAYA MAKLUMKAN BAHAWA RAMADHAN BAKAL MENJELMA LAGI DALAM MASA 15 HARI LAGI. MOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MENAMBAH AMAL DAN MEMPERBAIKI AMALAN KITA DI BULAN BONUS YANG ALLAH BERI TERHADAP KITA PADA SETIAP TAHUN.

KISAH INI TERJADI BARU SEHARI YANG LEPAS, AL-KISAH SAYA DALAM PERJALANAN PERGI MENEMUI SEORANG RAKAN LAMA, YANG BERADA DI DAERAH KELANG. TEMAN SAYA INI MEMPUNYAI SEBUAH RESTORAN KEDAI MAKAN,TUJUAN SAYA PERGI KESANA HANYALAH UNTUK BERJUMPA DENGANYA MENZIARAH DAN MENYAMBUNG TALI SILLATURRAHIM. BUAT PENGETAHUAN PEMBACA YANG DI HORMATI SAYA PERGI KESANA BERDUA, DENGAN SEORANG LAGI RAKAN SAYA. NAMUN APA YANG PELIKNYA APABILA KAMI BARU SAMPAI KE KAWASAN KEDAI TESEBUT ,DARI JAUH KAMI LIHAT TEMAN YANG BERSAMA SAYA MENGATAKAN KEDAI ITU TUTUP , TAPI SAYA MELIHAT KEDAI ITU PENUH DENGAN PELANGGAN YANG SEDANG DUDUK.

APABILA KAMI KELUAR DARI KERETA  DAN MENUJU KE RESTORAN TERSEBUT , SEBENARNYA KEDAI ITU BUKA SEPERTI BIASA DAN PELANGGAN YANG BERADA DI DALAM KEDAI TERSEBUT HANYA ADA SEKITAR 2 KE 3 ORANG SAHAJA. TIDAK SEPERTI  APA YANG KAMI LIHAT SEBELUMNYA. PERKARA INI MENGUNDANG TANDA TANYA DAN JUGA  KEGELISAHAN BAGI SAYA KERANA SUDAH NAMPAK UNSUR-UNSUR BLACK MAGIC DI KENAKAN  KE ATAS RESTORAN INI. APABILA SUDAH MASUK KE RESTORAN, SAYA TERUS CALL MEMBER SAYA NI MENYATAKAN SAYA SUDAH SAMPAI KE KEDAI NYA. DALAM MASA YANG SAMA BERLAKU SATU KEJADIAN YANG AGAK PELIK, IAITU KELKATU  MEMENUHI DAN MENGHURUNGI LAMPU KEDAI DENGAN SANGAT BANYAK, SEHINGGA MENGGANGU TUMPUAN PELANGGAN YANG HADIR. 

MENGAPA SAYA KATAKAN PELIK KERANA , TERDAPAT BERBERAPA KEDAI MAKAN LAGI YANG BERADA DI SEKITAR, TAPI TIDAK SEEKOR PUN KELKATU MASUK DAN BERADA DI KEDAI BERHAMPIRAN . HANYA KEDAI TEMAN SAYA NI YANG PENUH DENGAN KELKATU. UNTUK MEMASTIKAN SAMA ADA KELKATU YANG SAYA LIHAT ADALAH , MEMANG KELKATU SEBENAR ATAU HANYA PERMAINAN MANUSIA BERHATI SYAITAN. SAYA MENGAKTIFKAN JURUS ILMU YANG ADA BAGI MEMULIHKAN KEADAAN TIDAK SELESA INI. BERKAT PERTOLONGAN ALLAH, TAK SAMPAI 5 MINIT SEMUA KELKATU ITU GHAIB ENTAH KEMANA, TIDAK ADA SEEKOR PUN YANG TINGGAL  ATAU MATI DI KEDAI ITU. SEPERTINYA TIDAK PERNAH ADA KELKATU DI DALAM KEDAI ITU. MAKA TAHULAH SAYA INI ADALAH PERMAINAN ILMU UNTUK MENGANGU PERNIAGAAN.

SEBAIK SAHAJA HILANG KELKATU TERSEBUT DI DALAM KEDAI, TEMAN SAYA YANG SELAKU TOKEY KEDAI ITU PUN SAMPAI KEDAI NYA UNTUK BERTEMU DENGAN SAYA.SETELAH BERSALAMAN DAN BERTANYA KHABAR DAN CERITA DIRI MASING-MASING SAYA MEMULAKAN BICARA DENGAN BERTANYA ADA APA YANG TAK KENA DENGAN KEDAI NYA INI. TANPA SEGAN SILU TEMAN SAYA MEMBERITAHU BAHAWA KEDAINYA INI TELAH DI BUAT ORANG DAN MENCERITAKAN BERMACAM PEKARA PELIK BELAKU DI KEDAI NYA INI. DALAM SEDANG SESI BERBUAL ,TIBA - TIBA JATUH BELALANG HIJAU (BELALANG PELESIT) DI ATAS BAHU KAWAN SAYA INI. DENGAN TINDAKAN REFLEKS YANG PANTAS TEMAN SAYA ITU MENANGKAP BELALANG TERSEBUT, SAYA MENYURUH NYA  MEMASUKKAN KEDALAM PLASTIK BELALANG TESEBUT.

TIDAK SAMPAI 2 MINIT TIBA-TIBA DATANG LAGI SEEKOR BELALANG, TERBANG KE ARAH KAMI NAMUN DENGAN IZIN ALLAH, BELALANG TESEBUT TERPANTUL KE BELAKANG DAN HILANG DI DEPAN MATA. KEJADIAN YANG ANEH DI SAKSIKAN OLEH KAMI BETIGA DAN JUGA PELANGGAN YANG BERADA DI DALAM KEDAI TESEBUT. SEKIRANYA BELALANG YANG KEDUA INI TERKENA KULIT ATAU WANITA, PASTI AKAN ADA YANG KENA SAMPUK ATAU KESURUPAN...
SETELAH BELALANG ITU GHAIB DARI PANDANGAN MATA, TIBA-TIBA BUNYI HUJAN LEBAT MENIMPA BUMBUNG RESTORAN. TETAPI HUJAN TIDAK JUGA KELIHATAN, PEKARA  INI BERLAKU SEKITAR 30 SECOND. SAYA KATAKAN PADA KAWAN SAYA, ITU ADALAH BUNYI PASIR DI CAMPAK DARI ATAS BUMBUNG, BUKAN BUNYI HUJAN. ITU ADALAH PERMAINAN MEREKA YANG ADA MEMBELA HANTU RAYA .HAMPIR SAJA KAWAN SAYA MAHU MENGAMUK DI DALAM KEDAINYA ITU, NAMUN SAYA BERJAYA MENENANGKAN KEADAAN DAN MENYATAKAN SUPAYA BERSABAR INI ADALAH ASAM GARAM DALAM BERNIAGA.

SETELAH KEADAAN REDA SAYA, MEMINTANYA BELALANG YANG TELAH DI TANGKAP ITU UNTUK DI SERAHKAN KEPADA SAYA. AGAR DAPAT SAYA MENOLONG MEMBUAT IKHTIAR TERHADAP KEDAINYA. SAYA MEMBERIKAN TEMAN SAYA ITU SEDIKIT, PETUA DAN RAHSIA BUAT SEMENTARA WAKTU UNTUK IA GUNAKAN SEHARIAN DALAM MASA BERNIAGA SEHINGGA KEDATANGAN SAYA BUAT KALI KEDUA. SAYA BERJANJI AKAN DATANG LAGI UNTUK CUBA MENCARI JALAN IKHTIAR AGAR KEDAI NYA ITU DAPAT DI PULIH KAN SEPERTI SEDIA KALA. SEJURUS SELEPAS ITU SAYA MEMOHON DIRI DAN BERANGKAT PULANG BERSAMA BELALANG YANG TELAH DI TANGKAP ITU.

DALAM PERJALAN PULANG KE RUMAH SAYA DI SHAH ALAM, SAYA MEMBUANGKAN BELALANG TERSEBUT KE SUNGAI YANG BERDEKATAN. SO PESAN SAYA SEKIRANYA TERJUMPA DENGAN BOTOL AIR MINERAL KOSONG ATAU PLASTIK YANG BERBUNGKUS JANGAN LAH PARA PEMBACA SEKALIAN MEMBUKANYE. DI KHUATIRI ADA MAMBANG ATAU JIN YG TELAH DI KURUNG DI DALAM BEKAS TERSEBUT. KELAK MENDATANGKAN MALAPETAKA KEPADA PEMBACA SEKALIAN.. INSYALLAH BERSAMBUNG DI EPISOD SETERUSNYA.

SAYA SUDAHI DENGAN ASSALAMUALAIKUM W.B.T