kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Friday, 27 May 2016

ILMU DENYUTAN & GETARAN TUBUH




BERTEMU KEMBALI  PADA POSTING KALI INI, DI SINI SAYA TURUNKAN ILMU DAN PETUA ORANG TUA-TUA. BERKENAAN GETARAN ATAU DENYUTAN YANG BERLAKU DI SETIAP TUBUH KITA. KEBANYAKAN DENYUTAN  ATAU GETARAN INI BERLAKU MEMPUNYAI MAKSUD-MAKSUD YANG TERTENTU DAN SEKIRANYA KITA FAHAM AKAN MAKSUDNYE MEMBUATKAN KITA MENJADI LEBIH BERHATI-HATI DAN PEKA TERHADAP BANYAK PEKARA YANG AKAN BERLAKU. BERANI SAYA NYATAKAN DI SINI, KETEPATAN PETANDA INI SEKITAR 70 % TEPAT. SAYA SAJIKAN ILMU PETUA INI BUAT PEMBACA DAN ANAK MURID SAYA SEKIRANYA BERMINAT MENGAMALKAN NYA. BAK KATA ORG TUA-TUA, SESUNGGUHNYE PETUA ADALAH LEBIH LAMA DARI PADA ILMU, DAN RAHSIA ADALAH LEBIH LAMA DARI PETUA.

UNTUK NAMPAK HASIL NYE ILMU INI, PARA PEMBACA SEKALIAN PERLU LAH MENGAMALKANNYE SECARA ISTIQOMAH.  DAN KENA SELALU PEKA TERHADAP SETIAP PETANDA ATAU DENYUTAN DAN JUGA KEADAAN SEKELILING. INI ADALAH SEKELUMIT ILMU YANG MOGA DENGANYA DAPATLAH MENJADI SEDIKIT AMAL JARIAH SAYA, SEPERTI YANG SAYA KATAKAN TADI KETEPATAN NYA HANYALAH 70% SAHAJA. BOLEH JADI IANYA SALAH ATAU TIDAK TEPAT DENGAN KEADAAN YANG PIHAK PEMBACA ALAMI. WALAU APA PUN ILMU INI SUDAH BELASAN TAHUN SAYA AMALKAN , SUKA SAYA NYATAKAN ILMU INI JARANG MENGHAMPAKAN. SELEBIHNYA SAYA SERAHKAN KEPADA PEMBACA UNTUK MERASAI DAN MENGKAJINYE SENDIRI.

PADA MENYATAKAN ILMU DENYUTAN & GETARAN TUBUH..

KETERANGAN TENTANG ALAMAT  ATAU PETANDA DENYUTAN & GETARN TUBUH


  1. JIKA BERDENYUT PADA SELURUH BADAN, MAKA ALAMAT MELIHAT ORANG.
  2. JIKA BERDENYUT PADA SEMUA BAHAGIAN KEPALA, MAKA MAKSUDNYE AKAN MENDAPAT HARTA DAN DI SAYANGI ORANG LAIN
  3. JIKA BERDENYUT PADA DAHI BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT MEMPEROLEHI HARTA HALAL.
  4. JIKA BERDENYUT PADA DAHI BAHAGIAN KIRI, MAKA ALAMAT MENDAPAT KEBAGUSAN DAN KEBAIKAN DARI SAHABAT HANDAI DAN TAULAN DAN MERASA SENANG.
  5. JIKA BERDENYUT PADA  UBUN-UBUN  ALAMAT JADI MENTERI
  6. JIKA BERDENYUT PADA ALIS BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MELIHAT KASIHNYE.
  7. JIKA BERDENYUT PADA KELOPAK MATA KANAN, MAKA ALAMAT MEMPEROLEH HARTA HALAL
  8. JIKA BERDENYUT PADA KELOPAK MATA KIRI, MAKA ALAMAT AKAN BERTEMU DENGAN ORANG TUANYE DARI JAUH. BOLEH JADI JUGA ADA PERKARA YANG TIDAK BAIK AKAN BERLAKU. PASTIKAN PEKA DENGAN KEADAAN KETIKA ITU.
  9. JIKA BERDENYUT PADA ALIS KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DAPAT MELIHAT KEKASIHNYA.
  10. JIKA BERDENYUT PADA TEMPAT KELUAR AIR MATA BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENANGIS.
  11. JIKA BERDENYUT PADA TEMPAT KELUAR AIR MATA BAHAGIAN KIRI MAKA ALAMAT AKAN PERIHATIN.
  12. JIKA BERKEDUT PADA TELINGA SEBELAH KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MEMPEROLEH HARTA BAGUS
  13. JIKA BERDENYUT PADA TELINGA SEBELAH KIRI, MAKA ALAMAT KELUARGA JAUH DATANG
  14. JIKA BERDENYUT PADA DAUN TELINGA KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPATKAN HARTA
  15. JIKA BERDENYUT PADA DAUN TELINGA KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DISINDIR OLEH ORANG LAIN.
  16. JIKA BERDENYUT PADA PILINGAN KIRI, MAKA ALAMAT BENCI DAN KEHILANGAN
  17. JIKA BERDENYUT PADA PIPI KIRI,MAKA ALAMAT SAKIT DARI PERANTAUNAN
  18. JIKA BERDENYUT PADA LAMBUNG KANAN, MAKA ALAMAT MENDAPATKAN PEKERJAAN.
  19. JIKA BERDENYUT PADA LAMBUNG KIRI, ALAMAT AKAN BERBICARA JELEK.
  20. JIKA BERDENYUT PADA JANGGUT KANAN, ALAMAT AKAN DIMULIAKAN OLEH ORANG TUA ATAU MENDAPATKAN HARTA.
  21. JIKA BERDENYUT PADA JANGGUT KIRI,MAKA ALAMAT AKAN MENDAPATKAN PEKERJAAN DARI PEJABAT
  22. JIKA BERDENYUT PADA TENGGOROKAN BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT SUSAH SEKADARNYE.
  23. JIKA BERDENYUT PADA LEHER BAHAGIAN KIRI,MAKA ALAMAT BERSENANG-SENANG ATAU AKAN BEPERGIAN JAUH.
  24. JIKA BERDENYUT PADA BAWAH KETIAK KANAN,MAKA ALAMAT KEHILANGAN SEKADARNYA.
  25. JIKA BERDENYUT PADA KETIAK KIRI, MAKA ALAMAT AKAN ADA BERITA DARI JAUH.
  26. JIKA BERDENYUT PADA BAHU KANAN, MAKA ALAMAT MENGHINDAR
  27. JIKA BERDENYUT PADA BAHU KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DI HARGAI OLEH ORANG LAIN.
  28. JIKA BERDENYUT PADA BELIKAT KANAN, MAKA ALAMAT AKAN BERSENANG-SENANG.
  29. JIKA BERDENYUT PADA  BELIKAT KIR, MAKA ALAMAT DI MULIAKAN OLEH ORANG LAIN
  30. JIKA BERDENYUT PADA PERUT BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPAT REZEKI BANYAK.
  31. JIKA BERDENYUT PADA PERUT BAHAGIAN KIRI, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPAT KEBAGUSAN
  32. JIKA BERDENYUT PADA LENGAN KANAN ALAMAT AKAN BERTEMU DENGAN KEKASIHNYA.
  33. JIKA BERDENYUT PADA SIKU KANAN ALAMAT AKAN MARAH
  34. JIKA BERDENYUT PADA SIKU KIRI ALAMAT KEKASIHNYA AKAN DATANG
  35. JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK TANGAN KANAN ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA
  36. JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK TANGAN KIRI, ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA DARI ORANG LAIN.
  37. JIKA BERDENYUT PADA PUNGGUNG BAHAGIAN KIRI, ALAMAT AKAN BERBUAT JELEK.
  38. JIKA BERDENYUT PADA PUNGGUNG BAHAGIAN KANAN, ALAMAT AKAN KEDATANGAN PENGHULU.
  39. JIKA BERDENYUT PADA BAHAGIAN PANGKAL PEHA DI SEBELAH BELAKANG BAHAGIAN KANAN(YANG MENGAPIT DUBUR) MAKA ALAMAT AKAN KEDATANGAN SANAK DAN SAUDARA KELUARGA.
  40. JIKA BERDENYUT PADA BAHAGIAN PANGKAL PEHA DI SEBELAH BELAKANG BAHAGIAN KIRI ALAMAT AKAN BERTEMU JODOH DAN AKAN BERKAHWIN
  41. JIKA BERDENYUT PADA TUMIT KIRI, ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA.
  42. JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK KAKI KANAN ALAMAT AKAN PERIHATIN
  43. JIKA BERDENYUT PADA  TELAPAK KAKI KIRI, MAKA ALAMAT AKAN BEPERGIAN.


WALLAHU A'LAMU = ALLAH LEBIH MENGETAHUI.


PESAN SAYA KEPADA PEMBACA BUDIMAN SEKALIAN, INI ADALAH PETANDA DAN ALAMAT SEKADAR INGATAN KEPADA KITA, BOLEH JADI BENAR BOLEH JADI TIDAK, JANGANLAH DI TERLALU MEMEGANG PETANDA INI AGAR KITA TIDAK TERJATUH KELEMBAH SYIRIK. SEGALA APA YANG BERLAKU ADALAH SUDAH MENJADI KETETAPAN  DAN TAKDIR KITA SEMENJAK AZALI LAGI. WALAU BAGAIMANA PUN ILMU INI BOLEH DI JADIKAN SEBAGAI ILMU PELANGKAHAN DAN GERAK GERI BAGI AKTIVI SEHARIAN. INSYALLAH ADA KEBERKATAN NYE... 










No comments:

Post a Comment