kalam sakti

Thursday, 11 July 2013

HARIMAU GHAIB

GAMBAR HIASAN
SALAM KEPADA SEMUA INSAN YANG MEMBACA BLOG KU INI,

CORETAN KU HARI ADALAH MENGENAI HARIMAU GHAIB, ATAU TUNGGANGAN
GHAIB SEKADAR  KEFAHAMAN DAN PENGALAMAN KU .

KALAU NAK DI IKUTKAN CERITA MENGENAI HARIMAU GHAIB INI ADA BANYAK VERSI YANG  BERBEZA.APA YG KU CORET KAN DISINI ADALAH HASIL DARI CERITA BIJAK PANDAI DAN  PENGALAMAN PERIBADIKU. SEKIRANYA ADA SEBARANG KESILAPAN HARAP MAAF KAN PATIK PACAR YG HINA.

BAGI MEMULAKAN BICARA  BERIKUT DI BAWAH ADALAH NAMA-NAMA HARIMAU GHAIB YANG KU KETAHUI.

1. TOK CEPOH  
2. TOK PUTEH ( TOK HARIMAU PUTEH)
3. TOK SAGOR
4. TOK BELIAN
5. KILAT SENJA
6. KILAT HITAM
7. SI TAMPOK MANGGIS
8. SI AMANG- AMANG
9. RINCHING EMAS
10. TOK RINGGO 

KALAU NK DI IKUTKAN BANYAK LAGI NAMA TIMANGAN MEREKA INI.
APA YG KU CORETKAN DISINI ADALAH SETAKAT KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN KU.

DALAM 10 NAMA HARIMAU GHAIB DI ATAS YG PALING TERKENAL DI KALANGAN PAWANG DAN AHLI PERUBATAN ADALAH TOK CEPOH. MENURUT SUMBER TOK CEPOH INI ADALAH HARIMAU GHAIB PENJAGA KETURUNAN LEBIH DARI 430 TAHUN. ADA JUGA YG MENGATAKAN INI ADALAH HARIMAU JADIAN TUNGGANGAN KETURUNAN RAJA MAJAPAHIT. DIZAMAN ERA TAHUN 50AN MASIH RAMAI LAGI KETURUNAN DARI SUSUR GALUR TOK CEPOH MENGGUNAKAN KHIDMAT NYA SEBAGAI KENDERAAN TUNGGANGAN . SEHINGGA KE HARI NI KHIDMAT TOK CEPOH MASIH DI GUNAKAN  UTK TUJUAN PERUBATAN.

KALAU NAK DI IKUTKAN ARWAH MOYANG SAYA PUN MENGGUNAKAN TOK CEPOH NI BILA BERUBAT DAN SEBAGAI TUNGGANGAN. MENGIKUT CARA  ORANG NEGERI PERAK. CARA UNTUK MEMANGGIL TOK CEPOH NI BILA HENDAK DI GUNAKAN UNTUK BERUBAT HENDAKLAH BERDIRI DI KAWASAN YANG TIADA ORANG LALU - LALANG DAN MENYERU NAMA TOK CEPOH SERTA MENTERA MEMANGGIL. TAPI SEBELUM ITU HARUS DI SEDIAKAN TELOR REBUS 3 BIJI  SERTA BERTIH DAN  ROKOK DAUN ATAU PUCUK  SEBESAR 3 JARI. UNTUK MENGETAHUI KEDATANG TOK CEPOH  TANDA NYE IALAH AKAN BANYAK NYAMUK MENGELILINGI BELIAU. KEDATANGAN TOK CEPOH INI AKAN DI SERTAI NYAMUK YG BANYAK DAN AKAN DATANG DALAM 3 KEADAAN. CONTOH NYE KEKADANG IA AKAN MENJELMA DALAM BENTUK KUCING. ADAKALANYE DALAM BENTUK HARIMAU BIASA DAN YG AGAK NGERI DALAM BENTUK HARIMAU YG SANGAT BESAR PALING KECIK BESAR BAS MINI. ADA TESTIMONI YG MENGATAKAN BELUKAR SETAHUN MASIH NAMPAK BONGGOL BELAKANG TOK CEPOH.

MENGIKUT KETERANGAN SALAH SEORANG GURU SAYA.  HARIMAU GHAIB YANG BERNAMA . KILAT SENJA, KILAT HITAM,SI TAMPOK MANGGIS, RINCHING EMAS, SI AMANG-AMANG. ADALAH DARI SALASILAH KAUM BUGIS , TERMASUKLAH TOK CEPOH.
CARA MEMANGGIL NYE HAMPIR SERUPA DENGAN CARA ORG PERAK MENYERU. BAHAN YG PERLU DISEDIAKAN ADALAH SEPERTI ROKOK PUCUK , SIRIH 3 PIAK , KEMEYAN DAN AIR DI DALAM LABU TANAH. JGN TERKEJUT SEKIRANYA AKU NYATAKAN BAHAWA TOK - TOK RIMAU PANDAI HISAP ROKOK DAUN HEHEH..
SIAP TARIK PANDAI BUAT BULAT LAGI ASAP NYE HEHEH.. GURAU JE..
TAPI BEGITULAH HAKIKATNYE. MEMANG DEPA NI PANDAI HISAP ROKOK , MAKAN SIRIH DAN MINUM AIR DARI BUYONG. KALAU FIRST TIME TGOK MESTI LEH PENGSAN PUNYA.

KEBANYAKAN HARIMAU GHAIB YG KU NYATAKAN DI SINI TELAH BERUSIA  SEKITAR 430 TAHUN ATAU LEBIH LAGI. IA ADALAH DARI KALANGAN JELMAAN BANSA JIN ATAU SILUMAN YANG BAIK.
KEHADIRAN MEREKA INI KEDALAM  ALAM MELAYU KITA. BUKAN LAH SUATU MITOS ATAU CERITA DONGENG SEMATA. IA TELAH BERAKAR UMBI DI DALAM SUSUR GALUR KETURUNAN KITA BERATUS TAHUN LAMANYE. PADA PANDANGAN KU TIDAK KISAH LAH DARI MANA DATANGNYE MEREKA INI. YANG PENTING SELAKU  HAMBA ALLAH YG  BERIMAN KITA TIDAK BOLEH MENSYIRIKAN ALLAH  DAN MELETAKAN KEBERGANTUNGAN HATI PADA TOK - TOK RIMAU NI.INGATLAH KITA DI JADIKAN ALLAH SEBAGAI KHALIFAH  DI MUKA BUMI INI. TETAPI ATAS IZIN ALLAH  ASBAB  HARIMAU GHAIB KITA BOLEH  MENGGUNAKAN KHIDMAT MEREKA BAGI  TUGAS2 YG PENTING SAHAJA. PERLU BELAJAR BAB HARIMAU GHAIB SECARA ZAHIR BATIN SUPAYA 
KITA TIDAK DIPERMAINKAN BANGSA JIN  YANG JAHAT. RAMAI JUGA JIN DAN SYAITAN YG MENYAMAR DIRI SEBAGAI HARIMAU GHAIB NI. JANGAN KITA MUDAH TERPEDAYA DGN TIPUAN MEREKA NI.

BERIKUT DI BAWAH ADALAH SALAH SATU CONTOH AYAT MENTERA SERU HARIMAU.
AYAT INI  DI SELINDUNGKAN TATA CARA PENGGUNAANYA DAN IJAZAH NYA DEMI KESELAMATAN DIRI AKU DAN JUGA PEMBACA SEKELIAN. AMARAN !!! JANGAN CUBE MEMANDAI-MANDAI NK GUNA AYAT NI YE. KALAU RIMAU DATANG  TAMPAR U ORG , LU TANGGUNG LA SENDIRI. AYAT NI HANYA SEBAGAI KHAZANAH ALAM MELAYU. NK IJAZAH KENA JUMPE SAYA LAH.

BISMILLAH....

DELI SEREP  
RAMA SEREP
MACAN PUTIH
STAN TAN TO THE SKAI
NGAKAN SEREP - SEREP -SEREP
BERKAT DOA LAILAHAILLAH....

AYAT NI BANYAK GUNANYE. UNTUK MEMANGGIL HARIMAU, UTK TESTING BARANG HARIMAU DAN PANGGIL SEMANGAT HARIMAU DAN MACAM-MACAM LAGI KEGUNAANYE. CUME PESANKU, MINTAK BAIK DAPAT BAIK. MINTAK JAHAT , JAHAT YG DATANG. BAK KATA ORG JAWA, BE CAREFUL WHAT U WISH FOR...

AKHIR KALAM. MAAF KAN DIRI INI ,SEKIRANYA ADA TERSALAH INFOMARSI DAN MENGGURIS HATI MANA2 PIHAK BERKENAAN POSTING KU KALI INI. TETAPI INI LAH KEFAHAMAN KU YG SEKELUMIT CUMA. TIADA YG LEBIH BENAR SELAIN ALLAH YG MAHA MENGETAHUI. SEMOGA KALIAN SEMUA DI RAHMATI DAN  DI NAIK KAN DARJAT DI BULAN PUASA YG MULIA INI. SELAMAT BERPUASA ZAHIR BATIN DAN JUGA SEMOGA  DI BERKATI ALLAH.















13 comments:

  1. Salam kenal dari saya,
    Saya mau tau...masihkah ada ketika ini mereka2 yg berdamping dg Harimau Ghaib ini?
    Jika ada...siapakah orangnya yg masih hidup,alamat,no Tel/HP? (Jika saudara sudi berkongsi rahasia alam melayu/nusantara ini).
    Menunggu balasan ikhlas dari saudara.
    T Kasih

    ReplyDelete
  2. Kilat senja. Paroi. Labuh.

    ReplyDelete
  3. Salamm mullah qadammullah. .tuan cerita ini yang tuan ceritakan adalah benar..sehingga kini keluarga kami adalah pewarisnya.

    ReplyDelete
  4. Salam saudara Mohd Noor.........saya ada kirim beberapa email peribadi kp saudara dan sehingga kini masih menunggu balas .
    Sila maklum dan terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Sy pening...klahiran sy plik xsme mcm yg lain..skrg sy yg mnerima bnde ni..di tolak,sy yg jtuh skit..trpkse mnerima..n kesihatn pn dh ok blk....

    ReplyDelete
  6. Ms Farah, sudi kiranya bercerita lebih dalam peristiwa yg telah dialami. Jika tidak ingin berkongsi cerita secara umum...sila email saya secara peribadi : nikmohdzarininikhussain@gmail.com
    Salam kenal

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum saudara satu leluhur saya Nik Ya'omar Nik Man ingin kongsikan pengalaman saya dengan apa yang dituliskan oleh saudara kita itu sebenarnya berkait rapat dengan keturunan itu sendiri.perbezaannya ialah saka dan keturunan.jika saka hidangan ancak dilakukan seperti yang sedia maklum..dihanyutkan melalui aliran air..jika keturunan pula sering dikaitkan dengan kenduri tahlil dengan 7 jenis kueh mueh yang kesemuanya 7 biji.termasuk pulut kuning dan sebagainya..hanya keturunan sahaja yang akan didatangi oleh penjaga keturunan.sebab keturunan ini akan ada pertanda pada tubuh badan masing masing.itu adalah rahsia keturunan.kalau diPerak utara disebut Tok Cepoh,jika diPerak Tengah disebut Tok Tepok dan jika di Selatan Thailand atau mudah disebut Pattani ianya disebut Tok Halloo.semuanya adalah sama sahaja.saya pernah menulis dalam blog saya dulu Kerabat Tunku Long Putra Shah tetapi saya telah padamkan disebabkan perkara perkara yang tidak dapat saya elakkan.untuk makluman harimau ini dikaitkan dalam sebutan bahasa siam.kalau diIndonesia disebut Macan..berarti harimau.ingin saya katakan sebenarnya jika ada pihak yang tahu kisah harimau ini sering kali berkait rapat dengan kisah Majapahit dalam kisah Prabu Siliwangi dan Sabdo Palon.saya mempunyai ramai kenalan sama leluhur diIndonesia yang menceritakan perihal ini..jika hendak mengetahuinya sila hubungi saya melalui akaun fb Nik Ya Omar Nik Man.yang mempunyai gambar wall harimau hitam putih ...kita boleh berkongsi maklumat nanti..terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Salam nik ya omar..lama saya dok tungu respond dari pemegang rahasia..maaf boleh tahu posisi anda dimana? ..saya tidak ada fb ..hanya email ni.
    Posisi saya di kelantan.
    Ikhlas dari kb

    ReplyDelete
  9. Ingin belajar ilmu ni .. dan saya ingin blajar ilmu perubatan islam.. mencari guru.. guru pun x dak. Spa sudi nk ajar atau trun kn ilmu .. saya trima..
    012 5662471 fiq

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.saudara Nik Mohd Zaini.
    ini adalah e-mail saya yaomarman@gmail.com dan no whatsapp saya ialah019-5474443

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum... saya mahu mengetahui lagi mendalam ...bole whatsapp saya di +6593708704 atau email ke afaidiesel@gmail.com

    ReplyDelete
  12. tok cepoh kaki dia cacat, nk blajar, setiap malam baca ayat ni sebelum tido dan hafal, bismilah, sumum bukmum mukamum kumyum fahum yarajiun :-) cuba la nnti smpai masa akan dtg petanda dan akan belajar macam2 ilmu sendiri

    ReplyDelete
  13. Salam Fiq 019300.....maaf ya, saya mencelah dikit...Pusaka harimau ghaib adalah sejenis "makhlok dialam ghaib nusantara" dan biasanya di warisi dari keturunan ke keturunan dg bacaan mentera rahasia tertentu/sajian@ritual tertentu!
    Ayat "somunbukmun..." adalah petikan dari Al-Quran untuk pengunci/pembungkam/cerca musoh ...tidak ada kena mengena dg tatacara mewarisi Harimau Ghaib!
    Harimau Ghaib bukan jenis Khadam ayat..ia adalah sejenis makhlok ghaib@Jin.dan oleh kerana itu rahasia untuk mendapat dampingan ini sejak zaman dulu lagi sebelum masuknya islam ke nusantara lagi maka itu menteranya pasti dari mentera melayu tua/kejawen/jangowokan/thai bukan dari ayat al-quran !
    Ini adalah hanya pendapat peribadi dari pengalaman selama cuba membongkar rahasia nusantara ini.
    Harap maaf

    ReplyDelete