kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Tuesday, 15 March 2016

MAWAS EMAS.





Asalamualaikum kepada pembaca budiman, selamat bertemu kembali di tahun 2016 , moga tahun baru ini memberikan kita nafas baru azam yang baru dan juga rezeki yang melimpah ruah. saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog saya yg setia, tidak kira dimana berada di dalam atau di luar negara. moga tuan dan puan yang saya muliakan semua, terus memberi sokongan terhadap blog saya ni. maafkan saya sekiranya ada komen dan email yg tidak dapat saya balas, ini kerana terdapat sedikit kekangan masa dan juga tugas yang melanda diri saya. di tahun 2016 ini rasanye masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru dan juga saya mendoakan keselamatan dan kejayaan terhadap para pembaca dan khususnye kepada follower blog ini. tamat dengan kata-kata aluan. posting saya kali ini berkisarkan tentang makhluk  misteri bernama mawas emas.

Pada menyatakan kisah makhluk bernama MAWAS EMAS , sebenarnya saya berminat menulis kisah ini kerana cerita ini amat menarik dan amat jarang diketahui. menurut cerita teman sepeguruan saya kisah ini di alaminye sendiri sekitar 30 tahun yang lepas.ketika sedang bermain di halaman rumah nye di kampung iaitu di hutan melintang perak. datang sekumpulan mawas yg seakan gorila cuba untuk menggangu dan menculik nye ketika masih kecil, namun apa yg menariknye  ketua bagi sekumpulan mawas ini adalah seekor mawas yang berbulu berwarna keemasan. atas takdir Allah ketika kejadian itu berlaku telah di sedari oleh neneknya dan dengan pantas mencapai pisau lalu menghalau makhluk berkenaan. dan makhluk tersebut akur dan melarikan diri.

apa yang menjadi kemusykilan saya adalah status makhluk ini, adakah ianye semamangnye makhluk mawas seperti bigfoot atau ia adalah jelmaan jin yg ingin menggangu anak cucu Nabi Adam. mengikut cerita yang saya perolehi, muka mawas ini seperti manusia hanya sahaja seluruh tubuhnye berbulu seperti mawas dan berwarna keemasan. sekiranye mawas ini adalah makhluk seakan bigfoot atau gelaran orang melayu hantu jarang gigi yang mana kewujudannye di temui di negeri johor.

sedikit info berkenaan big foot (Di Amerika Utara, lembaga misteri ini dikenali sebagai Big Foot atau Sasquatch. Manakala di Asia, terutama di kawasan Himalaya, makhluk  ini digelar Yeti manakala di kawasan Amazon Amerika Selatan, nama jolokkanya adalah Mapinguari dan Yowie pula adalah nama panggilan bagi makhluk itu di Australia.hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segala yang ghaib dan zahir.

menurut pendapat makhluk ini adalah diantara makhluk siluman, iaitu makhluk yang tinggal di alam ghaib. hanya sahaja mereka ini jarang menampakkan diri pada alam manusia.satu lagi kisah lagenda yang agak terkenal adalah dewa monyet atau di alam melayu di gelar sebagai sang hanuman.kisah ni banyak tercatat dalam kitab hindu ramayana dan mahabrata ,dan juga kitab budha dalam kisah perjalanan ke barat(journey to the west). namun di dalam kisah2 israilayat atau hadis kalau tak salah saya terdapat , kisah yang menyatakan bahawa ada sekumpulan manusia dari bani israel pernah di sumpah menjadi kera. boleh jadi titih keturunan ini juga menjadi kesinambungan kepada makhluk-makhluk mawas yg selalu kita dengar kebelakangan ini.walau apa pun fakta sebenar mengenai mawas emas ini belum dapat saya rungkai dengan mendalam lagi. 

saya menyeru dan mengalu-alukan sekiranya para hadirin yang saya muliakan, mempunyai info atau fakta berkenaan mawas emas ini. sudilah kiranye dapat berkongsi fakta kepada saya. dan sila emailkan kepada saya di (grass432sandle@gmail.com)













No comments:

Post a Comment