KATA PENGANTAR
SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.
Tuesday, 28 March 2017
PETUA MENDAPATKAN ZURIAT
ASSALAMUALAIKUM KEPADA KAUM ADAM DAN HAWA, SEMOGA TUAN PUAN SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DI DALAM HIDUP.
WARKAH KALI INI MEMBERI SEDIKIT AMALAN PETUA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT BAGI PEMBACA YANG MASIH DALAM IKHTIAR UNTUK MENDAPATKAN ANAK. DI NASIHATKAN UNTUK BERAMAL SECARA ISTIQOMAH INSYALLAH BERHASIL.
SILA SEDIAKAN BAHAN BAHAN BERIKUT SEPERTI YANG TERMAKTUB DI BAWAH :
BUAH KURMA YANG LIAT DAN KERING 1 KG
SUSU KAMBING YANG SEGAR 1 LITER.
PIHAK SUAMI MENGAMBIL SEGENGAM KURMA DARI SATU KILO KURMA TADI.
DAN
PIHAK ISTERI MENGAMBIL SEGENGAM KURMA DARI SATU KILO KURMA TADI
BUANG BIJI KURMA TERSEBUT, DAN MASUKKAN KEDALAM TEMPAT BLENDER KEMUDIAN MASUK SUSU KAMBING 1 LITER TADI DAN BELENDER SEHINGGA SEBATI
SILA BAHAGIKAN SEPARUH AIR TADI UNTUK DI MINUM OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI. BERMAKSUD SUAMI PERLU MINUM 500ML DAN ISTERI PERLU MINUM 500ML
PERKARA INI HANYA PERLU DI LAKUKAN SEKALI SEUMUR HIDUP. TIDAK PERLU BUAT AMALAN HARIAN.
SETELAH MELAKUKAN AMALAN DIATAS, PASANGAN SUAMI ISTERI PERLU MELAKUKAN AMALAN DI BAWAH SECARA ISTIQOMAH.
AMALAN DI BAWAH INI PERLU DI LAKUKAN SETIAP HARI SEHINGGA MENDAPATKAN HASIL YANG DI IDAMKAN :
PASANGAN SUAMI ISTERI PERLU MEMAKAN 7 BIJI BUAH KURMA KERING DAN LIAT
(ISTERI MAKAN 7 BIJI & SUAMI MAKAN 7 BIJI ) ( MAKAN SETIAP PAGI )
PASANGAN PERLU MINUM SEGELAS SUSU KAMBING SEGAR (SETIAP PAGI )
(ISTERI MINUM SEGELAS & SUAMI MINUM SEGELAS)
SUAMI ISTERI PERLU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH MARYAM :
AYAT 1 SEHINGGA AYAT 12 SETIAP HARI.
TESTIMONI PASANGAN YANG MENGAMALKAN PETUA INI, INSYALLAH DALAM MASA 3 KE 4 BULAN AKAN NAMPAK HASIL YANG DI IDAMKAN.
SILA AMALKAN DALAM MASA SETAHUN INSYALLAH BERKATNYA KESABARAN DALAM PENGAMALAN AKAN DI ANUGERAHI ZURIAT OLEH ALLAH YANG MAHA PENYAYANG.
SESUNGGUHNYE PETUA ITU LEBIH TUA DARIPADA ILMU, ORANG TERDAHULU SUDAH PUN MENGAMALKAN DAN BERHASIL. MAKA KITA TIDAK SALAH UNTUK BERAMAL DAN MENCUBA KERANA SEGALA ILMU DAN PETUA BERASAL DARI ILMU ALLAH JUA. DI SAMPING DOA DAN TAWAKAL INSYALLAH MUDAH MUDAHAN PARA PEMBACA YANG BERHAJAT AKAN DI KABULKAN SEGALA CITA CITA DAN DOA.
Friday, 27 May 2016
ILMU DENYUTAN & GETARAN TUBUH
UNTUK NAMPAK HASIL NYE ILMU INI, PARA PEMBACA SEKALIAN PERLU LAH MENGAMALKANNYE SECARA ISTIQOMAH. DAN KENA SELALU PEKA TERHADAP SETIAP PETANDA ATAU DENYUTAN DAN JUGA KEADAAN SEKELILING. INI ADALAH SEKELUMIT ILMU YANG MOGA DENGANYA DAPATLAH MENJADI SEDIKIT AMAL JARIAH SAYA, SEPERTI YANG SAYA KATAKAN TADI KETEPATAN NYA HANYALAH 70% SAHAJA. BOLEH JADI IANYA SALAH ATAU TIDAK TEPAT DENGAN KEADAAN YANG PIHAK PEMBACA ALAMI. WALAU APA PUN ILMU INI SUDAH BELASAN TAHUN SAYA AMALKAN , SUKA SAYA NYATAKAN ILMU INI JARANG MENGHAMPAKAN. SELEBIHNYA SAYA SERAHKAN KEPADA PEMBACA UNTUK MERASAI DAN MENGKAJINYE SENDIRI.
PADA MENYATAKAN ILMU DENYUTAN & GETARAN TUBUH..
KETERANGAN TENTANG ALAMAT ATAU PETANDA DENYUTAN & GETARN TUBUH
- JIKA BERDENYUT PADA SELURUH BADAN, MAKA ALAMAT MELIHAT ORANG.
- JIKA BERDENYUT PADA SEMUA BAHAGIAN KEPALA, MAKA MAKSUDNYE AKAN MENDAPAT HARTA DAN DI SAYANGI ORANG LAIN
- JIKA BERDENYUT PADA DAHI BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT MEMPEROLEHI HARTA HALAL.
- JIKA BERDENYUT PADA DAHI BAHAGIAN KIRI, MAKA ALAMAT MENDAPAT KEBAGUSAN DAN KEBAIKAN DARI SAHABAT HANDAI DAN TAULAN DAN MERASA SENANG.
- JIKA BERDENYUT PADA UBUN-UBUN ALAMAT JADI MENTERI
- JIKA BERDENYUT PADA ALIS BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MELIHAT KASIHNYE.
- JIKA BERDENYUT PADA KELOPAK MATA KANAN, MAKA ALAMAT MEMPEROLEH HARTA HALAL
- JIKA BERDENYUT PADA KELOPAK MATA KIRI, MAKA ALAMAT AKAN BERTEMU DENGAN ORANG TUANYE DARI JAUH. BOLEH JADI JUGA ADA PERKARA YANG TIDAK BAIK AKAN BERLAKU. PASTIKAN PEKA DENGAN KEADAAN KETIKA ITU.
- JIKA BERDENYUT PADA ALIS KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DAPAT MELIHAT KEKASIHNYA.
- JIKA BERDENYUT PADA TEMPAT KELUAR AIR MATA BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENANGIS.
- JIKA BERDENYUT PADA TEMPAT KELUAR AIR MATA BAHAGIAN KIRI MAKA ALAMAT AKAN PERIHATIN.
- JIKA BERKEDUT PADA TELINGA SEBELAH KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MEMPEROLEH HARTA BAGUS
- JIKA BERDENYUT PADA TELINGA SEBELAH KIRI, MAKA ALAMAT KELUARGA JAUH DATANG
- JIKA BERDENYUT PADA DAUN TELINGA KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPATKAN HARTA
- JIKA BERDENYUT PADA DAUN TELINGA KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DISINDIR OLEH ORANG LAIN.
- JIKA BERDENYUT PADA PILINGAN KIRI, MAKA ALAMAT BENCI DAN KEHILANGAN
- JIKA BERDENYUT PADA PIPI KIRI,MAKA ALAMAT SAKIT DARI PERANTAUNAN
- JIKA BERDENYUT PADA LAMBUNG KANAN, MAKA ALAMAT MENDAPATKAN PEKERJAAN.
- JIKA BERDENYUT PADA LAMBUNG KIRI, ALAMAT AKAN BERBICARA JELEK.
- JIKA BERDENYUT PADA JANGGUT KANAN, ALAMAT AKAN DIMULIAKAN OLEH ORANG TUA ATAU MENDAPATKAN HARTA.
- JIKA BERDENYUT PADA JANGGUT KIRI,MAKA ALAMAT AKAN MENDAPATKAN PEKERJAAN DARI PEJABAT
- JIKA BERDENYUT PADA TENGGOROKAN BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT SUSAH SEKADARNYE.
- JIKA BERDENYUT PADA LEHER BAHAGIAN KIRI,MAKA ALAMAT BERSENANG-SENANG ATAU AKAN BEPERGIAN JAUH.
- JIKA BERDENYUT PADA BAWAH KETIAK KANAN,MAKA ALAMAT KEHILANGAN SEKADARNYA.
- JIKA BERDENYUT PADA KETIAK KIRI, MAKA ALAMAT AKAN ADA BERITA DARI JAUH.
- JIKA BERDENYUT PADA BAHU KANAN, MAKA ALAMAT MENGHINDAR
- JIKA BERDENYUT PADA BAHU KIRI, MAKA ALAMAT AKAN DI HARGAI OLEH ORANG LAIN.
- JIKA BERDENYUT PADA BELIKAT KANAN, MAKA ALAMAT AKAN BERSENANG-SENANG.
- JIKA BERDENYUT PADA BELIKAT KIR, MAKA ALAMAT DI MULIAKAN OLEH ORANG LAIN
- JIKA BERDENYUT PADA PERUT BAHAGIAN KANAN, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPAT REZEKI BANYAK.
- JIKA BERDENYUT PADA PERUT BAHAGIAN KIRI, MAKA ALAMAT AKAN MENDAPAT KEBAGUSAN
- JIKA BERDENYUT PADA LENGAN KANAN ALAMAT AKAN BERTEMU DENGAN KEKASIHNYA.
- JIKA BERDENYUT PADA SIKU KANAN ALAMAT AKAN MARAH
- JIKA BERDENYUT PADA SIKU KIRI ALAMAT KEKASIHNYA AKAN DATANG
- JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK TANGAN KANAN ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA
- JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK TANGAN KIRI, ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA DARI ORANG LAIN.
- JIKA BERDENYUT PADA PUNGGUNG BAHAGIAN KIRI, ALAMAT AKAN BERBUAT JELEK.
- JIKA BERDENYUT PADA PUNGGUNG BAHAGIAN KANAN, ALAMAT AKAN KEDATANGAN PENGHULU.
- JIKA BERDENYUT PADA BAHAGIAN PANGKAL PEHA DI SEBELAH BELAKANG BAHAGIAN KANAN(YANG MENGAPIT DUBUR) MAKA ALAMAT AKAN KEDATANGAN SANAK DAN SAUDARA KELUARGA.
- JIKA BERDENYUT PADA BAHAGIAN PANGKAL PEHA DI SEBELAH BELAKANG BAHAGIAN KIRI ALAMAT AKAN BERTEMU JODOH DAN AKAN BERKAHWIN
- JIKA BERDENYUT PADA TUMIT KIRI, ALAMAT AKAN MENDAPAT HARTA.
- JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK KAKI KANAN ALAMAT AKAN PERIHATIN
- JIKA BERDENYUT PADA TELAPAK KAKI KIRI, MAKA ALAMAT AKAN BEPERGIAN.
WALLAHU A'LAMU = ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
PESAN SAYA KEPADA PEMBACA BUDIMAN SEKALIAN, INI ADALAH PETANDA DAN ALAMAT SEKADAR INGATAN KEPADA KITA, BOLEH JADI BENAR BOLEH JADI TIDAK, JANGANLAH DI TERLALU MEMEGANG PETANDA INI AGAR KITA TIDAK TERJATUH KELEMBAH SYIRIK. SEGALA APA YANG BERLAKU ADALAH SUDAH MENJADI KETETAPAN DAN TAKDIR KITA SEMENJAK AZALI LAGI. WALAU BAGAIMANA PUN ILMU INI BOLEH DI JADIKAN SEBAGAI ILMU PELANGKAHAN DAN GERAK GERI BAGI AKTIVI SEHARIAN. INSYALLAH ADA KEBERKATAN NYE...
Sunday, 22 May 2016
PERMAINAN ILMU TUTUP KEDAI
SEBELUM ITU SEBAGAI PERINGATAN SAYA SUKA SAYA MAKLUMKAN BAHAWA RAMADHAN BAKAL MENJELMA LAGI DALAM MASA 15 HARI LAGI. MOGA KITA SAMA-SAMA DAPAT MENAMBAH AMAL DAN MEMPERBAIKI AMALAN KITA DI BULAN BONUS YANG ALLAH BERI TERHADAP KITA PADA SETIAP TAHUN.
SETELAH BELALANG ITU GHAIB DARI PANDANGAN MATA, TIBA-TIBA BUNYI HUJAN LEBAT MENIMPA BUMBUNG RESTORAN. TETAPI HUJAN TIDAK JUGA KELIHATAN, PEKARA INI BERLAKU SEKITAR 30 SECOND. SAYA KATAKAN PADA KAWAN SAYA, ITU ADALAH BUNYI PASIR DI CAMPAK DARI ATAS BUMBUNG, BUKAN BUNYI HUJAN. ITU ADALAH PERMAINAN MEREKA YANG ADA MEMBELA HANTU RAYA .HAMPIR SAJA KAWAN SAYA MAHU MENGAMUK DI DALAM KEDAINYA ITU, NAMUN SAYA BERJAYA MENENANGKAN KEADAAN DAN MENYATAKAN SUPAYA BERSABAR INI ADALAH ASAM GARAM DALAM BERNIAGA.
Monday, 28 March 2016
ASAL USUL ORANG BUNIAN
Hari ini adalah hari isnin bersamaan 28/3/2016 moga hari ini kita mendapat keberkatan dan limpahan nikmat dari ALLAH yang maha esa.
Pada menyatakan perihal asal - usul orang bunian. hasil kajian dan penceritaan orang2 tua dan juga hasil pengalaman peribadi mereka. dapat saya rangkumkan disini berkenaan masyarakat orang bunian yg selalu menjadi bualan dan meniti dari mulut ke mulut masyarakat kita. terdapat berberapa teori atau cerita mengenai perihal orang bunian ini. akan saya lampirkan dalam penulisan ini dan para pembaca sekalian nilailah sendiri. apa yang bakal saya tuliskan ini , kesahihan nye Hanya milik Allah..
teori 1 : bunian adalah makhluk sebangsa dengan jin namun dari jenis spesis lain. pekara ini bermaksud bunian hanya mempunyai unsur angin dan api tidak spt manusia. mempunyai empat unsur yg utama ia itu air,api,angin dan tanah.
teori 2 : bunian bukan dari spesis jin , dari spesis manusia namun keturunan mendiami alam ghaib atau ghaib dari pandangan.
teori 3 : bunian adalah spesis seakan malaikat tapi bukan malaikat hanya sahaja ia sama unsur dengan malaikat iaitu dari cahaya.
CERITA PERTAMA ; cerita ini berlaku di zaman Nabi sulaiman alaihisalam. bermula kisah adalah ketika itu Nabi Sulaiman bertitah kepada rakyatnye barangsiapa boleh menangkap kijang putih untuk dijadikan santapan.kerana baginda teringin memakan kijang putih. jadi ramai lah yang cube mencari dan menangkap kijang putih. termasuk salah seorang keturunan bangsawan ini. menyuruh keturunan atau anak buah nye utk berburu kijang putih.tidak berapa lama kemudian anak muda ini berhasil menangkap kijang putih dan telah di sembelih untuk di jadikan santapan. setelah kijang putih tersebut di masak lalu di hidangkan lah kepada Nabi Sulaiman a.s . semasa Nabi sedang cube menikmati masakan daging kijang putih berkenaan, tidak semene-mene daging itu melompat keluar daripada bekas hidangan. maka tahulah Nabi Sulaiman bahawa daging itu adalah daging yang haram, iaitu anjing putih bukan kijang putih
maka marahlah bangsawan ini kepada anak buah nye kerana berani menipu dan memberi makanan yang haram kepada Nabi Sulaiman. demi menutup malunye yang teramat sangat kepada Nabi Sulaiman, maka bangsawan ini memohon supaya diri dan keturunanye di ghaibkan dari pada pandangan mata manusia. maka jawab Nabi tidak perlulah sampai begitu jadinye. namun bangsawan ini mendesak juga agar permintaanya di kabulkan juga. berkata Nabi Sulaiman bahawa sekiranya permintaan ni di makbul kan Allah , maka keturunannya akan ghaib dari pandangan manusia sehingga habis susur galur keturunan nya. dan dengan asbab ini lah terjadi nye keturunan bunian yang pertama. (sedikit pesan dari saya, anggap lah cerita ini sebagai cerita sahaja.. kerana tiada dalil dan bukti yg dapat menyokong kebenaran cerita ini. lebih lagi cerita ini berkait dengan Nabi Allah pula. boleh jadi benar berlaku dan boleh jadi sebaliknye. saya berlepas diri dari pada cerita yang salah dan memfitnah nabi pula. harap para pembaca faham maksud saya ini. ini adalah sekadar teori dan cerita dari mulut ke mulut sejak zaman berzaman. tidak dapat di sahihkan kebenaran cerita ini. sesungguh nye Nabi adalah insan yang pemaaf dan amat mulia disisi Allah rabul jalal.
CERITA KE-DUA
Kisah ini berlaku di zaman Nabi kita yang mulia Muhammad Rasullullah. mengikut cerita yang saya dapat dari guru saya, ada suatu kaum ketika itu menjemput Nabi untuk datang jamuan makan. setelah nabi menerima undangan tersebut , maka tiba lah masa untuk acara jamuan makan. kalau tak silap saya, makanan yang di hidangkan adalah masakan kari daging. maka ketika Nabi ingin menyantap makanan tersebut terdengar suara kuching mengiau. maka tahulah nabi bahawa daging itu adalah daging kucing. buat pengetahuan pembaca budiman sekalian, kucing adalah binatang kesayangan nabi
maka bertapa hibanye hati nabi ketika itu, akibat dari tiada beradab dengan nabi pada ketika itu maka kaum tersebut telah di ghaibkan Allah dari pandangan mata manusia, boleh jadi sebagai kiffarah kepada mereka di atas perbuatan mereka yang mungkin saja secara sengaja atau tidak sengaja. jadi dari sinilah bermula kisah bunian yang pertama.(sedikit pesan dari saya, anggap lah cerita ini sebagai cerita sahaja.. kerana tiada dalil dan bukti yg dapat menyokong kebenaran cerita ini. lebih lagi cerita ini berkait dengan Nabi Allah pula. boleh jadi benar berlaku dan boleh jadi sebaliknye. saya berlepas diri dari pada cerita yang salah dan memfitnah nabi pula. harap para pembaca faham maksud saya ini. ini adalah sekadar teori dan cerita dari mulut ke mulut sejak zaman berzaman. tidak dapat di sahihkan kebenaran cerita ini. sesungguh nye Nabi adalah insan yang pemaaf dan amat mulia disisi Allah rabul jalal. boleh jadi juga ini cerita israelyat.)
CERITA KE-TIGA
Terdapat sumber yang menyatakan, bunian ini dijadikan Allah dari unsur cahaya, iaitu bersamaan dengan unsur malaikat. hanya sahaja mereka ini bukan maklaikat, tujuan di jadikan bunian adalah untuk membantu manusia dan juga memegang rahsia ketuhanan. tetapi menurut sumber, ilmu agama mereka atau ulama mereka berada di bawah manusia. oleh kerana itulah banyak masyarakat bunian datang belajar agama di kelas guru-guru sufi dan syeikh tarikat untuk menimba pelajaran ilmu agama.
jika kita fikirkan ada jua kebenaran nye kerana, ramai juga golongan bunian bertindak membantu manusia dalam hal seharian sebagai contoh , selalu kita dengar orang sesat di hutan di tolong orang bunian menghantar pulang. tetapi ramai juga kita dengar kes yang berlaku di sesatkan orang bunian dan juga di culik oleh mereka. namum segala kebenaran dan kesahihan cerita mereka ini hanya Allah yang maha mengetahui.
kes-kes yang berlaku melibatkan orang bunian.
- kes pertama - seorang penduduk kampung masuk kehutan untuk mencari akar kayu, terserempak dengan seorang puteri. di jemput puteri ke istana utk melepaskan penat lelah dan di jemput tidur di atas tilam yg empuk semalaman . di jamu dengan santapan diraja.namun apabila keesokan paginye apabila terjaga dari tidur , rupanye telah tidur di atas tahi gajah sebagai tilam. makanan yang dimakan ialah ulat-ulat dan cacing tanah
- kes kedua - seorang penduduk kampung telah masuk untuk mencari rotan, berjumpa dengan seorang orang tua dan di pelawa untuk tidur di rumahnye didalam hutan itu. ke esokan hari nye pulang kerumah seperti biasa, namun rupenya apabila di beritahu orang kampung nye sudah 3 bulan tak balik kerumah. boleh kita katakan 1 hari bersamaan dengan 3 bulan di alam sana. apa pun boleh terjadi dengan izin Allah.
- kes 3 - daud bukan nama sebenar telah masuk ke hutan belakang rumah utk mencari kayu api, apabila masuk masih lagi di waktu pagi dan ia balik kerumah pada petang hari, tidak mengalami masalah sesat hanya sahaja ia melawat kawasan kebun bunga yang amat cantik.dan terus pulang selepas itu.penduduk kampung dan anak bininye tidak dapat mengenalinye kerana badannye telah di tumbuhi bulu dan rambutnye telah panjang kukunye tidak pernah di potong pakaianye sudah amat lusuh dan tubuhnye itu nampak amat cengkung sekali. rupa-rupenye daud telah hilang selama 5 tahun. pekara ini menimbulkan persoalan dan keajaiban yang masih belum terjawab hingga kini. dalam erti kata lain, daud pergi pagi dan balik petang sama dengan 5 tahun. apakah fenomena ini berkaitan dengan merentas masa.
- kes 4 - pada tahun 50 -an dulu masih lagi ramai rakyat di negara kita pergi menunaikan haji ke mekah dengan menaiki kapal laut haji. semasa dalam perjalanan mengerjakan haji, iaitu di dalam kapal haji 3 orang yang berkenalan didalam kapal itu saling bertukar alamat rumah dan berjanji akan saling menziarahi antara satu sama lain apabila sampai nye ke tanah air nnti , yakni setelah menunaikan ibadah haji. sekembalinye ke tanah air tercinta. seorang jemaah haji ini telah cube untuk menziarahi kenalan mereka di rumahnye. namun apabila ia cube mencari alamat yg telah diberikan, ternyata hanya kawasan semak dan hutan belantara yang temui. semasa berada berhampiran dengan semak dan hutan belantara tersebut, jemaah ini terjatuh ke semak berhampiran dan apabila ia bangun berdiri , terpandang lah ia akan satu kawasan perkampungan yang amat tersusun rapi bersih lagi indah. tapi keadaan ini berterusan hanya sekitar berberapa minit, selepas itu kawasan tersebut kembali nampak seperti semak samun dan hutan belantara seperti sediakala. sedar lah jemaah ini bahawa kenalan yang bertukar alamat dengan itu adalah golongan orang bunian.
- kes ke - 5 saya sendiri pernah berurusan dengan masyarakat bunian dalam masalah-masalah tertentu, dan dapat saya nyatakan disini bahawa golongan bunian ini memang wujud dan nyata adanye. hanya sahaja golongan mereka ini mempunyai syarat-syarat tertentu dan amat memilih untuk berkawan atau bersosial dengan manusia. cuma dapat saya nyatakan disini bunian adalah kata nama bagi satu bangsa yang amat besar, seumpama kata nama seperti manusia.terdiri dari berbagai jenis dan kaum. kalau kita hanya pernah berjumpa dengan satu golongan masyarakat bunian ini jangan lah kita mendabik dada. banyak lagi rahsia dan hal berkenaan masyarakat bunian ini yang masih manusia tidak tahu. hanya sahaja saya sudah memegang rahsia yang tidak dapat saya ceritakan hanya di simpan dan akan terus menyimpan rahsia sehingga waris terpilih menjadi pemegang rahsia yang seterusnya. cuma nukilan ini saya coretkan sekadar pengetahuan umum, bagi menambah kefaham tentang misteri nusantara yang tercinta ini.
Sebagai penutup tirai, moga apa yang di coretkan di sini dapat memberi manfaat dan seterusnye memperkayakan lagi khazanah mesteri alam nusantara, maaf kan saya kiranye tersalah kata atau penulisan, yang benar hanya milik Allah, saya selaku hamba yg tidak punya apa-apa. namun apa yang dapat saya rumuskan, masyarakat bunian memang wujud. bukan nye mitos atau dongengan orang-orang tua.
Tuesday, 15 March 2016
MAWAS EMAS.
Asalamualaikum kepada pembaca budiman, selamat bertemu kembali di tahun 2016 , moga tahun baru ini memberikan kita nafas baru azam yang baru dan juga rezeki yang melimpah ruah. saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca blog saya yg setia, tidak kira dimana berada di dalam atau di luar negara. moga tuan dan puan yang saya muliakan semua, terus memberi sokongan terhadap blog saya ni. maafkan saya sekiranya ada komen dan email yg tidak dapat saya balas, ini kerana terdapat sedikit kekangan masa dan juga tugas yang melanda diri saya. di tahun 2016 ini rasanye masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru dan juga saya mendoakan keselamatan dan kejayaan terhadap para pembaca dan khususnye kepada follower blog ini. tamat dengan kata-kata aluan. posting saya kali ini berkisarkan tentang makhluk misteri bernama mawas emas.
Pada menyatakan kisah makhluk bernama MAWAS EMAS , sebenarnya saya berminat menulis kisah ini kerana cerita ini amat menarik dan amat jarang diketahui. menurut cerita teman sepeguruan saya kisah ini di alaminye sendiri sekitar 30 tahun yang lepas.ketika sedang bermain di halaman rumah nye di kampung iaitu di hutan melintang perak. datang sekumpulan mawas yg seakan gorila cuba untuk menggangu dan menculik nye ketika masih kecil, namun apa yg menariknye ketua bagi sekumpulan mawas ini adalah seekor mawas yang berbulu berwarna keemasan. atas takdir Allah ketika kejadian itu berlaku telah di sedari oleh neneknya dan dengan pantas mencapai pisau lalu menghalau makhluk berkenaan. dan makhluk tersebut akur dan melarikan diri.
apa yang menjadi kemusykilan saya adalah status makhluk ini, adakah ianye semamangnye makhluk mawas seperti bigfoot atau ia adalah jelmaan jin yg ingin menggangu anak cucu Nabi Adam. mengikut cerita yang saya perolehi, muka mawas ini seperti manusia hanya sahaja seluruh tubuhnye berbulu seperti mawas dan berwarna keemasan. sekiranye mawas ini adalah makhluk seakan bigfoot atau gelaran orang melayu hantu jarang gigi yang mana kewujudannye di temui di negeri johor.
sedikit info berkenaan big foot (Di Amerika Utara, lembaga misteri ini dikenali sebagai Big Foot atau Sasquatch. Manakala di Asia, terutama di kawasan Himalaya, makhluk ini digelar Yeti manakala di kawasan Amazon Amerika Selatan, nama jolokkanya adalah Mapinguari dan Yowie pula adalah nama panggilan bagi makhluk itu di Australia.hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segala yang ghaib dan zahir.
menurut pendapat makhluk ini adalah diantara makhluk siluman, iaitu makhluk yang tinggal di alam ghaib. hanya sahaja mereka ini jarang menampakkan diri pada alam manusia.satu lagi kisah lagenda yang agak terkenal adalah dewa monyet atau di alam melayu di gelar sebagai sang hanuman.kisah ni banyak tercatat dalam kitab hindu ramayana dan mahabrata ,dan juga kitab budha dalam kisah perjalanan ke barat(journey to the west). namun di dalam kisah2 israilayat atau hadis kalau tak salah saya terdapat , kisah yang menyatakan bahawa ada sekumpulan manusia dari bani israel pernah di sumpah menjadi kera. boleh jadi titih keturunan ini juga menjadi kesinambungan kepada makhluk-makhluk mawas yg selalu kita dengar kebelakangan ini.walau apa pun fakta sebenar mengenai mawas emas ini belum dapat saya rungkai dengan mendalam lagi.
saya menyeru dan mengalu-alukan sekiranya para hadirin yang saya muliakan, mempunyai info atau fakta berkenaan mawas emas ini. sudilah kiranye dapat berkongsi fakta kepada saya. dan sila emailkan kepada saya di (grass432sandle@gmail.com)
Saturday, 18 April 2015
CINCIN GAMBAR SUKARNO |
ASSALAMUALAIKUM KEPADA PEMBACA BLOG INI. PADA POSTING KALI INI SAYA MENAMPILKAN CINCIN BUNGKARNO ATAU SUKARNO. CINCIN INI DI HADIAHKAN KEPADA SAYA DARI PERSANTREN INDONESIA. KHASIAT DAN KEINDAHANYA IALAH
KEBAL KULIT, DAN BOLEH BERTUKAR MENJADI KEBAL UMUM ATAS IZIN ALLAH S.W.T
BERCERITA PASAL KEBAL ATAU ILMU KEBAL INI RAMAI TOKOH2 AGAMA MEMANDANG IANYA SYIRIK DAN SEBAGAINYA. NAMUN BAGI SAYA PENERANGAN YG LEBIH BAIK ADALAH, KEBAL ATAU ILMU KEBAL SEMEMANGNYA WUJUD DAN BOLEH DIGUNAKAN JIKA MEMENUHI SYARIAT ISLAM,
APA MAKSUD KEBAL, SECARA UMUM KEBAL YG DIMAKSUDKAN IALAH, SESEORANG INSAN APABILA DI TETAK, DI TIKAM, DI TEMBAK ,DI BOM ATAU DI GERGAJI SEKALI PUN, TIDAK MENDATANGKAN KESAN PADA DIRI NYA. PERKARA INI BOLEH BERLAKU KERANA IZIN ALLAH S.W.T, SEKIRANYA TIADA KEIZINANYA MAKA SUDAH BARANG TENTU BADAN KITA LUKA ATAU BINASA.
APAKAH KITA SELAKU MAKHLUK ALLAH INGIN MENAFIKAN PERKARA KEBAL INI, SEDANGKAN TIADA DAYA DAN UPAYA TANPA IZIN ALLAH . APAKAH ALLAH TIDAK BERDAYA UTK MEMBERI KEKEBALAN KEPADA HAMBANYA. DAN APAKAH KIRANYA ALLAH MEMBERI KEKEBALAN KPD HAMBANYA, KITA PULAK CAKAP PERKARA TU SYIRIK. TIDAK ALLAH JADIKAN SESUATU ITU DENGAN SIA-SIA. KITA SELAKU HAMBA YG FAKIR HENDAK LAH BERSANGKA BAIK PADA INSAN YG BERILMU. SELAGI MANA IA MASIH MENGIKUTI BATAS2 AGAMA.
SAYA SIMPULKAN DISINI PERIHAL KEBAL AGAR PARA PEMBACA DAPAT MEMBUKA MINDA DAN AKAN MENJADI SESEORANG YG BERJIWA BESAR.
KEBAL BOLEH TERJADI KERANA KEKERAMATAN SESEORANG ITU, HASIL DARI PERBUATAN AMAL YG BAIK DAN BELAJAR ILMU KEBAL.
KEBAL JUGA BOLEH BERLAKU TANPA BELAJAR ILMU KEBAL. KEBAL JENIS INI KITA GELARKAN KURNIA ALLAH. BOLEH JADI ALLAH KURNIAKAN KEKEBALAN INI UTK MENJADI PELAJARAN KEPADA INSAN LAIN. SEBAGAI BUKTI KEKUASAAN ALLAH.
UNTUK LEBIH JELAS LAGI SUKA SAYA JELASKAN DISINI, BAHAWA ILMU KEBAL, ATAU ORG KEBAL,BUKAN BERMAKSUD TIDAK BOLEH MATI, HANYA SAHAJA PADA KETIKA DAN MASA TERTENTU KEBAL ITU BERLAKU .SEMUANYA ATAS TAKDIR DAN KEHENDAK ALLAH S.W.T, JADI ADAKAH IANYA SYIRIK ?
SELALUNYA APABILA DIKATAKAN SYIRIK BERAMAL ILMU KEBAL, APABILA AMALAN ILMU KEBAL ITU MENGANDUNGI PERKARA YG MENSYIRIKAN ALLAH. SEBAGAI CONTOH JAMPI MENTERA YANG TIDAK DI KETAHUI MAKSUDNYE. ATAU TERPAKSA MEMBERI MAKAN KHADAM2 ILMU PADA TARIKH ATAU BULAN YG TERTENTU. PENGAMAL ILMU KEBAL PERLU MENGGUNAKAN NAJIS SEBAGAI SALAH SATU SYARAT BERAMAL ILMU KEBAL DAN BANYAK LAGI CARA CARA YG KUFUR.
KEBAL JENIS INI LAH YG SYIRIK DAN MEROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM.
BAGI SAYA SELAKU HAMBA YG FAKIR, TIDAK SALAH RASANYA KALAU KITA BERMOHON DIBERIKAN KEKEBALAN OLEH ALLAH , DEMI MENEGAKKAN ISLAM.
DAN APABILA SAMPAI WAKTU SYAHID , MEREKA YG KEBAL PUN PASTI AKAN HILANG KEKEBALANYA. HANYA SAHAJA KEKEBALAN INI ADALAH SATU PROSES SEMENTARA, SAMPAI WAKTU SYAHID ATAU AJAL.
SEBELUM SAYA TERLUPA INGIN SAYA KONGSIKAN SATU CERITA TENTANG KEBAL INI PADA HADIRIN SEMUA. KISAH INI BERLAKU KETIKA SAYA BERADA DI KAMPUNG
KETIKA ITU SAYA DAN 2 ORG ABANG SAYA SEDANG BERJALAN DI DALAM DUSUN DURIAN. TIBA-TIBA SEBIJI DURIAN YG AGAK BESAR TELAH GUGUR DAN JATUH TERUS MENIMPA SALAH SEORANG ABANG SAYA. BUAH TERSEBUT JATUH TEPAT DI BELAKANG BADAN ABANG SAYA. CUBA PEMBACA BAYANGKAN, POKOK DURIAN YG TINGGI DAN KULIT BUAH DURIAN YG AMAT KERAS ITU TERKENA TUAN,PUAN APAKAH YG AKAN BERLAKU ?
AJAIBNYA BADAN ABANG SAYA LANGSUNG TIDAK BERDARAH DAN LUKA. BUKANKAH INI SATU PERKARA ATAU PERIHAL KEBAL. ABG SAYA PADA WAKTU TERSEBUT MASIH LAGI DARJAH 5 KALAU TAK SALAH SAYA. DAN TAK BELAJAR ILMU KEBAL PUN . JADI KEKEBALAN INI BERLAKU ATAS KURNIA DAN IZIN ALLAH S.W.T
SETELAH SAYA RUJUK PADA ORG2 TUA ( ARWAH OPAH), DIA MENERANGKAN ITU ADALAH DINAMAKAN (KEBAL SEHARI) MENURUT KATA ORG BERILMU, DALAM MASA 24 JAM SEHARI ADA SATU MASA DAN KETIKA SETIAP MANUSIA DIBERIKAN KEKEBALAN OLEH ALLAH. JADI JIKA TAKDIRNYA PADA WAKTU KITA DISERANG ATAU MENGALAMI KEMALANGAN , INSYALLAH KITA AKAN KEBAL. ITU LAH YG DIMAKSUDKAN DENGAN KURNIA. WALLAHUALAM.
PERKARA YG SAYA KONGSIKAN INI BUKAN REKAAN SAYA, INI ADALAH PENGALAMAN PERIBADI SENDIRI, DAN SAYA PERCAYA RAMAI PARA PEMBACA PUN PERNAH MENGALAMI PENGALAMAN YG HAMPIR SERUPA JUGA.
BEGITULAH PENERANGAN RINGKAS TENTANG KEBAL.
BANYAK LAGI PENERANGAN TENTANG KEBAL YG BELUM SAYA CERITAKAN, INSYALLAH JIKA RAJIN SAYA AKAN POSTING LAGI BERKENAAN KEBAL INI DI MASA AKAN DATANG.
Thursday, 16 April 2015
TASBIH TERAS DELIMA |
TASBIH TERAS DELIMA ASLI |
TASBIH KAYU TERAS DELIMA ASLI
TASBIH
KAYU TERAS DELIMA INI DIHASILKAN DARI KAYU TERAS DELIMA ASLI,KAYU TERAS
DELIMA ADALAH KAYU YANG MEMANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN TASBIH BAGI
PROSES PERUBATAN TRADISIONAL DAN ALTERNATIF .KHASIAT AIR RENDAMAN KAYU
INI ADALAH UNTUK MENYEJUKKAN BADAN DAN HATI,KEREDAAN DEMAM,MENGHALAU
GANGGUAN MAKHLUK HALUS,MENGHILANGKAN SANTAU DAN MENGHILANGKAN KESAKITAN
AKIBAT KECEDERAAN DALAMAN DENGAN IZIN ALLAH.
KAEDAH AMALAN DAN PENYEDIAAN :
1.SELAWAT KEATAS NABI S.A.W SEBANYAK 3 KALI..
2.RENDAMKAN DALAM AIR SELAMA BEBERAPA MINIT SEHINGGA AIR MENJADI MERAH..
3.SELAWAT KEATAS NABI 3 KALI DAN HEMBUSKAN KEPADA AIR..
4. BACA SURAH AL-FATIHAH SEKALI (HEMBUSKAN PADA AIR)
5. BACA SURAH ALAM- NASHRAH 7 KALI ( HEMBUS PADA AIR)
6.ARAHKAN PESAKIT MENGUCAPKAN BISMILLAH DAN SELAWAT KEATAS NABI SEMULA DAN MINUM SEDIKIT DEMI SEDIKIT...INSYAALLAH MUJARAB...
DALAM MASA YANG SAMA BERDOA DAN BERTAWAKAL PADA ALLAH SERTA BERMOHON AGAR SEGALA PENYAKIT DAN MASALAH DIRI DI SEMBUHKAN DENGAN SEBENAR BENAR KESEMBUHAN OLEH TUHAN YG MAHA SEMPURNA.
MAHAR UNTUK TASBIH INI ADALAH SEBANYAK RM100 TUNAI SAHAJA. HASIL JUALAN SEBAHAGIAN NYA AKAN DI DERMAKAN KEPADA JALAN ALLAH. KIRANYA BERMINAT PARA PEMBACA SILA LAH
HUBUNGI SAYA DI NO INI : 01234 999 28 / 013 211 22 33
KIRANYA SAYA TAK ANGKAT SILA SMS DULU ATAU WHATSAPP DAN NYATAKAN HAJAT .
INSYALLAH MEMBELI SAMBIL MENDERMA BANYAK KEBERKATAN NYA. SELAMAT BERAMAL DAN SAYA DOAKAN PEMBACA BLOG INI AKAN SENENTIASA BERADA DALAM PERLINDUNGAN ALLAH YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGASIHANI.
SAMPAI DISINI SAHAJA BUAT MASA INI.
Subscribe to:
Posts (Atom)