kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Wednesday, 2 November 2011

BERUBAT EPISOD 2

KU MULAKAN CORETAN KU YG KEDUA INI DENGAN AL KISAH. AKU MENDAPAT PANGGILAN TELEFON SEKITAR JAM 5 PTG. SEORANG INSAN YG NAMANYE AKU PUN DAH LUPA. BERTANYAKAN ADAKAH INI TEMPAT BERUBAT DAN MENCARI DIRIKU YG BERNAMA (USTAZ S BUKAN NAMA SEBENAR) . ACCTUALLY AKU NI BUKAN  USTAZ ,MENGAJI MUQQADAM PN TAK HABIS CAMNER NK JADI USTAZ. TAPI ORG DAH PANGGIL AKU LAYAN KAN AJE LAH...WALAU PN SEDAR DIRI NI HNYA LAH INSAN YG DHOIF DAN KURANG ILMU..SAMBUNG BALIK CERITA AKU TADI. MINTA IZIN UTK DATANG KERUMAH KU UNTUK BERUBAT. AKU PN DENGAN HATI YG IKHLAS MENETAPKAN TIME YG PATUT CUSTOMER NI DATANG.IA ITU LEPAS ISYAK. SEBELUM CERITA LEBIH LANJUT AKU NK SHARE SATU PETUA TOK GURU AKU AJAR. KALU ADA ORG NK JUMPA KITA TAK KISAH LAH HARI APA PUN. KITA KENA JARAK KAN MASA SATU WAKTU SEMBAHYANG FARDHU. INI KERANA SEKIRANYA ADA MANUSIA ATAU MAKHLUK JIN BARAGAS YG NK MEMUDHARATKAN KITA.INSYALLAH KITA AKAN TERSELAMAT BIZINILLAH.KALAU MANUSIA TU NIAT TAK BETOL, DENGAN CARA KITA JARAKKAN WAKTU ITU, ADA KEMUNGKINAN NIAT BURUK NYE AKAN BERTUKAR MENJADI BAIK. INI SEMUA DALAM BAHASA INGGERIS KITA PANGGIL IN MATTER OF TIME. SORY SPIKONG PLAK HEEHEH..OK SAMBUNG BALIK CITE YG TERGANTUNG TADI.SO NK DI JADIKAN CERITA RUPA-RUPANYA YG NK BERUBAT NI ADALAH ANAK DARA PINGGITAN. 3 ORG ADIK BERADIK YG TERKENA GANGGUAN MISTIK UJARNYA. APABILA SAMPE MASA YG TELAH AKU TETAPKAN, IAITU SELEPAS ISYAK DATANG LAH 3 ORG ANAK DARA KERUMAH, TAPI SATU JE YG AKU PROBLEM PASAL DIA ORG NI DRESS UP MACAM NK PEGI CLUB MALAM. NAIK SENGET MATA AKU MENEGOKNYE. BUKAN NK MENGUMPAT , TAPI UTK DI JADIKAN TAULADAN.KOK YE PN NK BERUBAT PAKAI LA YG SOPAN SIKIT, DAH LA MASA TU AKU PN TAK KAWIN LAGI. SO NK JAGA NAFSU MATA NI ADUIIII... LECEH SKET LA. NAMUN BEGITU AKU PUN MEMPERSILAKAN MEREKA MASUK KE DALAM RUMAH. MCM BIASA IBUKU YG SETIA SENTIASA MELAYAN TETAMU DENGAN PENUH HORMAT DAN TUTUR KATA YG LEMAH LEMBUT. AKU PUN BERTANYA KEADAAN PESAKIT INI, DAN CUBA MENGENAL PASTI SIMTOM-SIMTOM MISTIK YANG MUNCUL. MENURUT ANAK DARA NI YG PALING TUA BERUMUR SEKITAR 26 TAHUN.MENGALAMI GANGUAN SUKAR TIDUR MALAM DAN TERLALU KERAP SAKIT PERUT, SEHINGGA MENGGANGU TUGASNYA SEHARIAN.ANAK DARA KEDUA  MENGADU SELALU SESAK NAFAS DAN SAKIT KEPALA APABILA BANGUN TIDO DAN KETIKA MATAHARI NAK TERBENAM( SENJA). ANAK DARA KETIGA NI YG PALING CUN MENGALAMI MASALAH KEMURUNGAN YG AMAT TERUK. SUKA BERSENDIRI DAN SELALU TERKEJUT-KEJUT. SUDAH 2 TAHUN PERGI BERUBAT SANA-SINI DAN DAH BANYAK DUIT HABIS KATANYE.AKU MENJEMPUT MEREKA SEMUA DUDUK BERSILA DI ATAS LANTAI BG MEMULAKAN SESI RAWATAN.TERLEBIH DAHULU AKU MEMINTA KAIN BATIK PADA MAK AKU UTK KU BALUT ANAK DARA NI YG DAH NAMPAK LONGKANG DAN SPENDA , BG MENGHILANGKAN STRESS AKU SENDIRI HEHEHE...SETELAH MEMUSATKAN ZIKRULLAH DAN MEMOHON BANTUAN ALLAH YG MAHA MENGETAHUI. AKU PN MENGGUNAKAN JURUS ILMU HAQ UTK SESI SCANNING PENYAKIT YG BERADA DI DALAM TUBUH PESAKIT.TERNYATA MEMANG TERDAPAT GANGGUAN JIN BERTAHAP KESATRIA BAJA HITAM DI DALAM PERUT ANAK DARA INI. APABILA AKU CUBA MENARIK DGN MENGGUNAKAN JURUS YG KU HALAKAN KE PERUT PESAKIT. SECARA TIBA-TIBA ANAK DARA NI MENJERIT DAN MENANGIS KESAKITAN YG AMAT SANGAT BERLAKU DI AREA PERUTNYA. SEHINGGA TERPAMER KEDUT SERIBU DI MUKA NYA AKIBAT MENAHAN KESAKITAN. AKU MENYURUHNYA MENAHAN KESAKITAN ITU DAN TANPA BELAS KASIHAN AKU MENARIK MAKHLUK ITU SECARA PAKSA DAN DI SUMBATKAN KE DALAM BOTOL  MINERAL , AGAR DAPAT MAKLUK ITU DI KURUNGKAN. PROSES INI BERLAKU SEKITAR 15 MINIT . SETELAH SELESAI ANAK DARA TERSEBUT TERUS PENGSAN. KU BARINGKAN DI RUANG TAMU AGAR DIA BOLEH ISTIREHAT .TINGGAL LAGI 2 ANAK DARA AKU NK KENA SETTLE, APA YG AKU LAKUKAN ADALAH MENARIK KESAKITAN DENGAN MENGGUNAKAN JURUS ILMU HAQ TERHADAP KEDUA-DUA PESAKIT NI DENGAN SERENTAK UNTUK MENJIMATKAN MASA.MAKLUM LAH AKU NI KERJA SIANG SO MALAM KALU BLEH NK SETTLE CEPAT SUPAYA AKU PUN BLEH REHAT.SEKITAR 30 MINIT PROSES RAWATAN PN SELESAI. SETELAH ITU AKU MEMBACAKAN RUQYAH PADA AIR UTK DI JADIKAN MINUMAN DAN DI BUAT MANDIAN.APA BILA ANAK DARA YG PENGSAN TADI SUDAH SEDAR AKU PN BERPESAN AGAR DATANG LAGI 2 HARI BERTURUT - TURUT BG MENYAMBUNG SESI RAWATAN.DUA 2 MINGGU SELEPAS ITU ANAK DARA TU TELEFON DAN BAGI TAU MEREKA DAH SEMBUH SPT SEDIAKALA. SYUKUR KEPADA ALLAH YG MENYEMBUHKAN, TIADA DAYA DAN UPAYA KITA MELAINKAN DENGAN KUASA ALLAH YG MAHA TINGGI LAGI TERPUJI. APA YG DAPAT KU SIMPULKAN DISINI, ANAK DARA INI TERKENA GANGGUAN KERANA KHIANAT ORG YG SAKIT HATI. TAPI TIDAK KU CERITAKAN KERANA ADALAH MENJADI SATU KESALAHAN MENCERITAKAN PERIHAL KASYAF KEPADA ORG AWAM, INI KERANA AKAN MENIMBULKAN FITNAH DI KALANGAN MANUSIA. SAPE NK TANGGUNG DOSA TU. APA YG PENTING KITA BERUSAHA DAN BERIKHTIAR AGAR PENYAKIT DAPAT DI PULIHKAN , SEKIRANYA DI IZINKAN ALLAH.
UNTUK PERINGATAN  = KASYAF  TIDAK BOLEH DI JADIKAN SEBAGAI DALIL ATAU PUN HUJAH  HUKUM SYARIAT. DAN TIDAK BOLEH DI CERITAKAN KEPADA ORG YG BUKAN AHLI BG MENGELAKKAN  FITNAH.
BERSAMBUNG KE EPISOD 3 ...

No comments:

Post a Comment