kalam sakti

KATA PENGANTAR

SEMOGA SEMUA PEMBACA BLOG INI MEMPEROLEHI BERKAT DAN HIDAYAH. SEGALA YG SAYA CORETKAN DI DALAM BLOG INI ADA LAH HASIL DARI PENGALAMAN DAN PENGAMATAN SAYA SENDIRI.BUKANLAH TUJUAN SAYA UNTUK BERMEGAH ATAU PUN MENINGGI DIRI,HANYA SEKADAR CORETAN UNTUK DI KONGSI BERSAMA. SEKIRANYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKELIRUAN MOHON DAPAT LAH MEMBERI TEGURAN KEPADA SAYA, SELAKU INSAN YG LEMAH. SEMOGA APA YG DI CATATKAN DISINI MEMBERI SERIBU HIKMAH KEPADA PEMBACA YG BUDIMAN DAN DI KASIHI SEKALIAN.

Wednesday, 23 November 2011

MINYAK DAGU, MESTI BACA

                                                   
Pada menyatakan cara membuatkan minyak dagu.PERINGATAN          ( hanya utk pengetahuan) jgan macam tere nk cuba-cube buat sendiri minyak dagu ni. Kelak kalu u all jalan riverse lu tanggung laa.. sendiri.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu
1. Minyak Dagu Perempuan yang mati mengandung(Diwajibkan ada janin dalam rahimnya). Dalam bahasa siam dipanggil ape aku pn tak tau bahasa siam,nnti ko tanye la org siam hehe..
2. Tujuh jenis abu mayat yang dari tujuh tanah perkuburan.
3. Minyak Dagu orang yang dibunuh dengan kejam.
4. Minyak Dagu Kokang. (sejenis monyet).
5. 108 jenis herba yang mempunyai fungsi sebagai penarik (pemikat dan pengasih).
6. Anjing hitam
Bahan-bahan ini hanyalah separuh bahan yang digunakan untuk membuat minyak dagu. Ada lagi bahan yg aku tak tulis,bukan ape nnti kalu aku tulis semua, ada plak org yg try buat, tak pasal2 aku yg kena tanggung dosa, harap maklum.  Begitu mengerikan dan hasilnya pula sungguh mengagumkan kerana kesepakatan iblis dan syaitan yang akan menyesatkan manusia menjadikan minyak ini berkuasa.Bahan-bahan ini akan dipuja sehingga minyak ini menjadi Minyak hidup, Oleh itu setiap kali bulan mengambang minyak dagu yang asli akan minta darah tuannya untuk proses isi semula.ko org semua jangan hairan kalau Minyak Dagu ini tidak akan berkurangan walau setitik pun. Setiap kali bulan penuh mengikut kalendar Hijrah iaitu pada 14, 15 dan 16 hari bulan. Sebelum didedahkan kegunaannya terlebih dahulu didedahkan dulu cara penggunaannya. Penggunaannya hampir sama dengan Minyak Pengasih yang lain iaitu diletakkan di jari sedikit dan kemudian di sapu ke bulu kening dan seterusnya ke rambut serta diniatkan tujuan dan hajat di hati pengguna yang memakai minyak yang ternyata sesat lagi menyesatkan ini.
Minyak dagu juga ada gred A
Gred pertama dari orang yang mati sama. Minyak ini sukar disembuhkan dalam waktu yang singkat bergantung kepada gred minyak dagu dan kaedah membuatnya
Gred kedua pula dari sembelihan beruk, monyet atau kokang. Yang ini juga boleh disembuhkan walaupun agak kuat kesannya. Kesannya ibarat ‘terlajak perahu boleh diundur.
Yang paling murah pulak dari jenis anjing hitam. Minyak ini senang disembuhkan iaitu selain ruqyah, salah satunya mandi air tanah.
Kebanyakan minyak dagu yang asli datang dari siam dan utara semenanjung. Ia amat sukar dibawa semasa hujan. Jika ingin membawa semasa hujan perlu disimpan di dalam sesuatu yang neutral.kata tok guru aku dulu, ada 2 kaedah nk bawa minyak dagu ni, salah satu nye masukkan minyak dagu ni dalam buah binjai,buat la lubang kat buah binjai pastu tutup semula. Balut pakai salotap dan minyak dagu tu baru boleh ko bawa kemana-mana. Cara kedua, ambil tanah liat kat tepi tebing sungai , di kepal-kepal sebesar penumbuk, lepas tu masukan minyak dagu ni kedalam tanah liat tu.tunggu sampe tanah liat tu kering baru leh di bawa kemana-mana.   Pemilik amat berhati-hati semasa membawa menyeberangi sungai dan menghindarkan merentasi lautan. Jika minyak ini tidak digunakan ia akan disimpan ke dalam tanah untuk mengelakkan disambar petir. Ada rahsia mengenai minyak dagu ini untuk mengelakkan dari disambar petir. Hanya bomoh siam ranking tinggi yang boleh melakukannnya. Minyak dagu ini kekuatannya bergantung pada wilayah.
Antara kegunaan minyak dagu
1. Membentuk ikatan kasih secara tidak rela.
2. Membentuk hubungan kekeluargaan secara paksa.
3. Membentuk satu rangkaian yang tidak akan putus.
4. Membentuk satu pakatan kemusnahan.
5. Membina satu institusi yang kukuh zahirnya tetapi rapuh pada dasar batinnya.
Ciri-ciri orang yang kena Minyak
di kesan, dan jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah ini :
1. Merasa minat dan kasih yang mendalam kepada si pengamal minyak dagu tersebut.
2. Amalan ibadah kepada Allah semakin kurang, malah kurang penghayatan(tidak khusyuk)
3. Teringat-ingat dan cinta yang mendalam kepada si pengamal tersebut.
4. Tidak mustahil segala duit, harta dan juga maruah diri tergadai angkara minyak dagu.
5. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya
6. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan
7. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya (ini kalau kena minyak gred A la..)
8. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
9. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
10. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
11. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
12. Kulit gatal/merah ditempat yang dicalit. ( ni paling senang kalu nk detect minyak dagu)
Meningkatkan pengaruh seks
Campuran minyak zafaran dan kasturi hitam
Cara mengetahui terkena minyak dagu
Ini hanya sebahagian sahaja ciri-ciri terkena minyak dagu, secara umumnya tetapi bagi yang sudah kena itu atau pura-pura macam tidak terkena, senang sahaja hendak kesan.
a. Cuba bersolat bagi yang muslim
b. Bagi bukan muslim bila bangun pagi cuba pandang cermin, jika anda lihat muka anda sendiri bermakna anda selamat, dan sekiranya anda ternampak orang lain, maka berhati-hatilah.
c. Jika selalu mimpi selalu bersetebuh dengan orang yang sama, bermakna ADA POTENSI.maksud aku ,contoh si anita  ni tiap-tiap hari customer mimpi basah dengan si leman itu bermaksud ada potensi dah kena mandram atau minyak dagu. Kalu minyak pengasih dia tak de kesan serta merta. Melainkan perlahan2 org akan suka kat kita dengan cara normal la..

Rawatan
1. Minum air zam zam/air musoffa kemudian di bacakan Ruqyah (jampi)  satu sesi selama tiga hari

- Pesakit akan muntah atau pening atau pengsan. Klu  kena memang power punye minyak dagu, klu kita cuba ubat kan , selalu nye mesti  customer histeria weh..
S ape yg ada belajar jurus haq atau kebatinan, boleh lah tarik jin2 yg kerek tu dalam badan pesakit, dan buang dulu angin2 jahat dalam badan pesakit, apa barang pn mau bikin , kita kena tawarkan dulu ilmu minyak dagu tu. Sila rujuk guru masing2 macam ner nak tawar kan ilmu pengasih. Boleh dengan bca ayat atau pakai jurus je pn boleh.tgok la ko org lebih cenderung  yg mana.

2. Mandi dan minum air kelapa (Air Kelapa ialah penawar segala ilmu pengasih )
3. Buang semua barang pemberian (minyak wangi, baju, gelang, rantai, surat dll)
4. Pesakit sentiasa mengamalkan surah 3 qul 70 kali setiap hari bila-bila masa.
5.  Selepas solat  subuh bagi amalan wirid kunci badan. Rujuk tok guru sendiri  hehehehe... 



6. pesakit kenalah banyakan mengaji dan zikir lailahaillallah. Kurang2 100 x sehari.
7. mandi lah air Alam nasyrah.. baca 7 kali kat dalam baldi air, pastu hembus ke air tu. . tapi lagi afdhol kita baca selawat 3x  al-fatihah 1, ayat kursi 1x , 3 qul sekali, pastu  baru baca alam nashroh ni. Caranye 1 kali baca surah, 1 kali ko hembus, 7 kali baca 7 kali la ko hembus,  air alam nasyroh.  maksudnye sekali jirus je atas kepala. Semasa nak jirus tu baca lah zikir, subhanallah,alhamdullillah walila haillallah – wallahuakbar ni baru jirus atas kepala.. sambil niat , ya Allah ya Rahman, Ya Rahim engkau buang segala penyakit dan benda tak elok dalam  tubuh badanku, semua penyakit ikutilah air yg mengalir ini. Atas izin mu ya Allah... (dengan yakin tuhan mendengar doa kita.)

Bergitu lah serba sedikit kefahaman ku tentang ilmu minyak dagu ni, . sebenarnya aku pn pernah ada pengalaman peribadi tentang terkena minyak dagu ni. Tu pasal aku tulis artikel ni. Kalau tak silap aku ilmu minyak dagu ni dah berusia sekitar 900 tahun .ko bayangkanlah berapa usia jin yg jaga ilmu ni. Kalu kita dapat tau wanita atau sedara mara kita baru sahaja terkena minyak ni. Cpat2 potong limau nipis  dan perah atas kepala pesakit.  Insyallah ilmu nye tak jadi. Ilmu minyak dagu ni akan aktif dalam masa 24 jam selepas di sapu. Macam nk pasang broaband celcom plak hehe.e.e.
 Tunggu artikel seterusnya....

9 comments:

  1. Assalamualaikum. minta bantuan utk mebgubati wife sye da kene minyak dagu tp susah nk bwk dia berubat.. Mcm mana nak hubungi.. emel ke dqmellofficial@yahoo.com terima kasih.. da temui jalan buntu ni

    ReplyDelete
  2. DQmell....
    Saya ada kenalan yg insyaallah boleh berubatkan orng2x yg terkena sihir2x macamnii.....
    Diee ade buka pusat perubatan di tampin , negeri 9.....
    Reply pada email saye izwanrembau@yahoo.com....
    Nnti saye send detail alamat diee...
    Eloklah dipercepatkan perubatannyaa.....

    ReplyDelete
  3. salam..bagaimana nk hbungi saudara?tq

    ReplyDelete
  4. Macam mana kita nak taw tanda tanda seseorang itu terkena minyak dagu dalam tempoh 24jam?

    ReplyDelete
  5. Mana nak cari minyak dagu,saya geram dengan suami saya lepas balik dari rumah janda dia nak tinggalkan saya saya dah tengah mengandung 8 bulan dia buat tak tahu dengan saya.Saya dah buat macam2 cara dia tetap macam tue

    ReplyDelete
  6. Mana nak cari minyak dagu,saya geram dengan suami saya lepas balik dari rumah janda dia nak tinggalkan saya saya dah tengah mengandung 8 bulan dia buat tak tahu dengan saya.Saya dah buat macam2 cara dia tetap macam tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete