PADA MENYATAKAN PERIHAL KAWANKU DARI PAHANG YG LUMPUH SEBELAH BADAN. AL KISAH ZUL BUKAN NAMA SEBENAR. TELAH MENELEFON KU MENYATAKAN HASRAT UTK BERUBAT KERANA MASALAH LUMPUH SECARA TIBA-TIBA SEJAK 6 BULAN LALU. AKU PUN MEMPERSILAKAN UTK DATANG KE RUMAHKU, CERITA NI AKU RASA SEKITAR 4 TAHUN LALU. APA BILA HARI YG TELAH DI TETAPKAN TIBA DATANG LAH ZUL BERSAMA AHLI KELUARGANYE KE RUMAHKU DI SHAH ALAM. DENGAN PERASAAN RINDU KERANA LAMA TAK KETEMU MEMBER LAMA AKU BERPELUKAN KERANA SYUKUR DAPAT BERSUA SEMULA DENGAN KAWAN LAMA. NAMUN APA YG AMAT MENYEDIHKAN KAWANKU NI PERLU DI PAPAH KETIKA HENDAK BERJALAN, KRN LUMPUH SELURUH BADAN SEBELAH KIRINYA. NAMUN TIADA TANDA -TANDA TERKENA STROKE ATAU PN ANGIN AKHMAR. * INFO = ( ANGIN AKHMAR ADA LAH ANGIN YG DI BAWA OLEH SEJENIS JIN YG BERNAMA AKHMAR,KEWUJUDANYA PERTAMA KALI TELAH DI KESAN PADA ZAMAN NABI SULAIMAN A.S, DAN KALI KEDUA IA MUNCUL PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W) .
SETELAH BERTANYA KHABAR DAN MENJAMU HIDANGAN RINGAN KEPADA ZUL DAN KELUARGANYA, AKU PUN MEMULAKAN SESI RAWATAN, KU BARINGKAN ZUL DI HADAPANKU DENGAN KEADAAN TENANG.UTK PENGETAHUAN PEMBACA SEMUA. ZUL INI ADALAH SALAH SEORANG MURID KU YG PALING SENIOR,DAN PERANGAINYE BAK KATA ORG PERAK HATI KERING PUNYA.MINATNYE SUKA MASUK HUTAN MENCARI AKAR KAYU DAN MEMASANG JERAT BINATANG. NAK DI JADIKAN CERITA MENURUT ZUL, SELEPAS KEMBALI DARI HUTAN PAHANG DIA TERUS MERASA KEBAS SEBELAH BADAN DAN TIDAK BOLEH BEJALAN LAGI.TANPA ALASAN YG MUNASABAH.SPT BIASA AKU BERTAWAKAL KEPADA ZAT YG MAHA TINGGI LAGI MENGETAHUI.DAN MEMUSATKAN ZIKIR UTK CUBA BERIKHTIAR MASALAH ZUL INI.ATAS IZIN ALLAH MEMBERIKAN KU ILHAM PERMASALAHAN ZUL INI ADALAH KERANA DI GANGGU JIN HUTAN YG SELALU KITA TGOK DALAM TV TU SUKA MENYAMAR SBG NENEK KEBAYAN. AKIBAT RASA MARAH YG AMAT SANGAT NENEK KEBAYAN NI MENGHUKUM ZUL KERANA MENGAMBIL TANPA KEBENARAN AKAR POKOK TONGKAT ALI DAN ROTAN DI DALAM KAWASAN KEBUN NYA.SELALUNYE YG AKU RIMAS KLU BERURUSAN DENGAN NENEK KEBAYAN NI ATAU MAKHLUK HALUS NI PASAL SUKA-SUKA MAK BAPAK DIA ORG JE NK KASI ORG JADI LUMPUH LA, BENGKAK KAKI LAH ,BUSUNG LAH.DAN MACAM2 LAGI DIA ORG DAM KAT MANUSIA. HABIS TU KALU DIA ORG LANGGAR MANUSIA.TAK DE LAK KITA NK DAM DIA ORG, INI TAK PATUT.... TAK PATUT....
LAGI SATU MAKHLUK HALUS NI SUKA SANGAT DECLARE YG NI KEBUN DIA LA , MASJID DIA LAH, TEMPAT MANDI DIA LAH... MACAM LAH DAPAT GRAN TANAH DARI SULTAN JIN.SENANG CITE MAKHLUK JIN BAGI ALASAN MACAM2, UNTUK COVER LINE DARI PERAWAT FIRE DIA. TAPI KADANG2 TU MEMANG BETOL KITA TAK SENGAJA TERUSIK TEMPAT JIN BERTENDANG HEHEEH...
APA YG PENTING KITA CUBA BERIKHTIAR MEMULIHKAN SAKIT CUSTOMER DENGAN IZIN ALLAH. KERANA MAKHLUK JIN RAMAI YG ISLAM KITA TAK LEH SUKA2 NK FIRE ATAU BUNUH MEREKA. HUKUM NYE KALU AKU TAK SALAH SAMA DENGAN BUNUH ORG ISLAM .
SAMBUNG CITE BALIK .. APA YG AKU LAKUKAN KEPADA ZUL ADALAH DENGAN KU URUT SELURUH BADANNYE DI SERTAI DENGAN ZIKIR DAN JURUS ILMU HAQ.
UNTUK JURUS URUT YG POWER KITA GUNAKAN JURUS KALIKAS 8, KERANA JURUS INI SEKIRANYA DIZINKAN ALLAH DAPAT MENGUBATI SAKIT TULANG, URAT ,OTOT WALAU PN DAH LAMA SAKIT NYE..BIZINILLAH. DALAM PROSES RAWATAN ITU AKU MENDAPAT GAMBARAN SEEKOR IKAN YG BERMAIN DI DALAM KOLAM,TAPI KALU BAB IKAN AKU NI FAIL SIKIT PASAL BUKAN KETURUNAN NELAYAN HEEHEH...
HATI KUAT BERKATA2 YG IKAN YG KU NAMPAK DI DALAM QALBUKU NI ADALAH IKAN BELIDA.WARNA HITAM IKAN.
APABILA KU TANYA ZUL , DIA SANGAT KENAL IKAN BELIDA NI BAHKAN BANYAK DI KAMPUNGYA DI PAHANG. AKU MENYURUH ZUL MENDAPATKAN IKAN ITU DAN MEMUKUL KAN KEBADAN NYE SENDIRI SEBANYAK TIGA HARI BERTURUT-TURUT.
APABILA SELASAI PROSES RAWATAN PADA MALAM ITU ZUL TERUS PULANG KE PAHANG BAGI MELAKSANAKAN PESANAN KU. HARI YG KETIGA ZUL CALL AKU DAN KATANYA DIA DAH DAPAT IKAN BELIDA ITU.AKU TANYA DIA MACAM MANA DIA DAPAT IKAN TU . DIA CAKAP DIA TANGKAP SENDIRI. AKU PN TERGELAK BESAR KERANA SI ZUL NI TAK PERASAN DIA DAH BAIK DARI LUMPUH NYE.HAHAHAHA.... LEPAS TU IKAN BELIDA TU AKU SURUH DIA GORENG DAN MAKAN JE LA HHAHAH... ITU NAMAYE RIVERSE SAIKOLOGY HEHE... ALLAH TA,ALA DAH SEMBUHKAN PENYAKIT LUMPUHNYE TU , SEBELUM DIA DAPAT IKAN BELIDA TU SYUKUR ALHAMDULLILAH'.
TERSEDU-SEDAN ZUL APABILA DAH TAU DIA DAH SEMBUH. SAMPAI DIA KIRIM KAT AKU HADIAH KAIN PELIKAT SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH MENOLONG NYA.
NAMUN APA YG AKU BUAT HANYA MENGURUT SAHAJA. SELEBIHNYA KU SERAHKAN KEPADA ALLAH SAMA ADA MENGIZINKAN ATAU TIDAK. TIADALAH DAYA DAN UPAYA KU WALAU PN SEBESAR ZARAH. BARANG SIAPA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH DAN MENGERJAKAN AMALAN SOLEH... INSYALLAH ALLAH AKAN MENGADAKAN JALAN KELUAR BAGI NYA.. CUKUP SAMPAI DISINI BERSAMBUNG EPISOD 5....
No comments:
Post a Comment