PADA MENYATAKAN KISAH WANITA YG DI SAMPUK PELESIT. CORETAN KU HARI NI BERKISAR KISAH 5 TAHUN YANG LALU. DIMANA KETIKA ITU DIRIKU SEDANG MENGURUT SEORANG PESAKIT YG TERSELIUH KAKI. AKU MENERIMA PANGGILAN SEORANG CUSTOMER YG TAK DIKENALI MENYATAKAN HASRAT UTK BERUBAT. SEKITAR JAM 9 MALAM PESAKIT INI DATANG DI TEMANI FAMILY NYE. WANITA INI DATANG NYE DARI SIK KEDAH, PADA WAKTU ITU AKU BERADA DI BALIK TIRAI SEDANG MENGURUT CUSTOMER YG SELIUH KAKI. TIBA-TIBA AKU DENGAR BUNYI MCAM NANGKA BUSUK JATUH KE TANAH SAMBIL MENJERIT MAK..!!!! .
APABILA KU SINGKAP TIRAI DI RUANG TAMU RUMAH IBU KU ITU , KU DAPATI WANITA SEKITAR UMUR 28 TAHUN TELAH TERBARING PENGSAN DI RUANG TAMU.APA LAGI DGN PANTAS KU MENYURUH IBU KU MELETAKKAN BANTAL DI KEPALA NYE AGAR TIDAK SAKIT BILA DIA SEDAR NANTI.
NAMUN APA YG BERLAKU, SEBAIK SAHAJA AKU MENYENTUH WANITA INI ,MATANYA TERBELIAK MACAM LEMBU KENA SEMBELIH. SAMBIL NAFASNYA MENDENGUS-DENGUS SPT ORG DALAM KEADAAN MARAH. INI ADALAH SIMTOM-SIMTOM GANGGUAN MISTERI NUSANTARA HEHE....APABILA KU TATAP MATANYE WANITA ITU TIDAK BERANI MEMANDANG MATAKU. SAMBIL MEMAKI-MAKI DIRIKU DGN BERKATA MANUSIA JAHANAM KENAPA KO SIBUK HAL ORG...AKU TAK KACAU KO , JGN KO NK KACAU AKU. AKU PN RASA NK TERGELAK PASAL JIN DALAM BADAN TU SUKA-SUKA MAK BAPAK DIA JE SOUND AKU CAMPUR HAL DIA.DGN LORAT AKU PN SOUND BALIK,KLU TAK NAK AKU CAMPUR HAL ENGKAU , BAIK KO KELUAR DARI BADAN BUDAK PEREMPUAN INI. MCAM BIASA LAH MANA DE JIN CAKAP NAK KUAR, DIA MESTI TRY NK LEPAK JUGA DALAM BADAN MANUSIA. DALAM ERTI KATA LAIN JIN NI NK DUGA MCAM MANA ILMU PERAWAT, KALU DIA TAK LEH MAKAN BARU DIA CABUT..
MCAM BIASA SETELAH KU MEMUSAT KAN ZIKIR DAN MEMOHON PETUNJUK ZAT YG MAHA GAGAH.BARU KU TAHU RUPENYA YG MENGGANGU WANITA INI ADALAH JIN PELESIT.KALAU DALAM ISLAM IA TERMASUK KEDALAM GOLONGAN JIN YG SUKA BERPINDAH - RANDAH. NAMA ARABNYE AKU FAIL LA...
MENGIKUT ARWAH OPAH AKU DULU, JIN PELESIT NI PANTANGNYE ADALAH SABUT KELAPA. PELESIT PALING TAKUT KALAU KITA UGUT NK BOTAK KAN RAMBUT MAK DIA
APA YG KU BUAT,ADALAH MENGGUNAKAN KAEDAH SAIKOLOGY ATAU REVERSE SAIKOLOGY. SENANG JE.. BEGINI CARANYE KLU JUMPA KES MACAM NI. BEGINI DIALOG AKU DAN JIN TU =
AKU = KALAU KO TAK NAK KELUAR AKU BOTAK KAN RAMBUT MAK KAU.
PELESIT= KO TAK KENAL MAK AKU, MACAM MANA KO NK BOTAK KAN DIA HAHA..
AKU = KO NAMPAK SABUT KELAPA NI, KALU AKU KOPEK SABUT KELAPA NI. KULIT
RAMBUT MAK KO AKAN TERKOPEK JUGA.
PELESIT= TOLONG JGN BUAT MACAM NI . AKU JANJI AKU KELUAR
AKU = KO NAK KELUAR IKUT MANA.
PELESIT = AKU NAK KELUAR IKUT MULUT
AKU = JANGAN NK KUAR IKUT MULUT AKU TAK IZIN KAN. NNTI AKU BUAT PINTU
KELUAR .
SELALUNYA PELESIT TAKUT KALU KITA UGUT DIA PAKAI CARA YG AKU CORETKAN INI
TAPI KALU DIA TAK NAK KELUAR JUGA NI TANDANYE PELESIT NI JENIS YG TAK DE TUAN.ATAU PUN TUAN DAH MATI. TU PASAL KALAU KITA UGUT PUN DIA BUAT DEK.. JE ATAU SIAP EKSYEN LAGI GELAK2 MCAM TERE... BAGI YG ADA ILMU HAQ INSYALLAH KITA BOLEH RENTAP JE PELESIT NI. TAPI BAGI YG TAK DE ILMU JURUS. GUNAKANLAH LADA HITAM YG TELAH DIBACAKAN AYAT KURSI CEPITKAN KAT DIANTARA IBU JARI DAN JARI TENGAH KAKI. SAMBIL ZIKIR ALLAH HU .. SEBERAPA BANYAK YG BOLEH. TAPI SEBENARNYE KENA BELAJAR LAGI LAH DENGAN GURU YG PANDAI.INI KLU SESAK-SESAK BOLEH LA GUNA CARA AKU BAGI NI INSYALLAH. SELALUNYA PELESIT KALU KENA PICIT PAKAI LADA HITAM NI. DIA AKAN MENGGELUPUR SAKIT. TAPI KALU UMUR PELESIT YG DAH 800 TAHUN KEATAS.SELALUNYA CARA NI KURANG BERKESAN. MESTI KENA FIGHT JUGA PAKAI JURUS YG POWER RANGERS PAKAI TU HEHE.... BARU LEH ELOK PESAKIT. SEKIRANYA PESAKIT PENGSAN SELALUNYE PELESIT DAH KELUAR.
TAPI UTK MEMASTIKAN SAMA ADA PELESIT TU MASIH ADA ATAU TIDAK DALAM BADAN PESAKIT. BACAKAN AYAT KURSI , AL-FATIHAH, DAN 3 QUL SAMBIL PEGANG KEPALA PESAKIT. KALU PELESIT MASIH ADA, MESTI PESAKIT AKAN HISTERIA SEMULA AKIBAT PANASNYE AURA AYAT SUCI AL-QURAN ITU TADI.
SAMBUNG BALIK CITE AKU TADI, SETELAH KU UGUT DENGA SABUT KELAPA ITU ,JIN NI MENGAKU NAK KELUAR DARI BADAN WANITA TU. AKU PN BUAT PINTU KELUAR DENGAN MELETAKAN SEDIKIT MINYAK ATTAR PADA HUJUNG JARI IBU KAKI WANITA ITU. KALU GUNA ILMU HAQ ATAU JURUS KEBATINAN KITA BOLEH RASA SPT ANGIN KELUAR DARI HUJUNG JARI KAKI TU , ALHAMDULLILAH SETELAH KU SCANN DENGAN TELITI TERNYATA PELESIT TU DAH KELUAR.
UTK PERINGATAN PARA AHLI ILMU SEKALIAN, SELALUNYA APABILA ADA PESAKIT YG TELAH DI SAMPUK BARU PULIH DARI SAKITNYE. JIN SELALUNYE ADA MENIGGALKAN ANGIN JAHAT DI DALAM BADAN PESAKIT. OLEH ITU AIR RUKYAH ATAU JAMPI DARI AYAT AL-QURAN AMAT DIPERLUKAN UTK MENGHILANGKAN BISA-BISA BADAN DAN KESAN BURUK ANGIN JAHAT YG DI TINGGAL KAN DI DALAM BADAN PESAKIT. KALAU TAK TAU NAK BACA APE , BACA FATIHAH SUDAH LAH..JGN PENING2 NK BACA AYAT PANJANG2 WEH.. YG PENTING DOA KEPADA ALLAH DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI .
ALHAMDULLILAH BERTAMBAH LAGI KEIMANAN AKU KEPADA ALLAH TA,ALA KERANA ALLAH BERKENAN MENYEMBUHKAN WANITA DARI KEDAH ITU.
TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN IZIN ALLAH. SEMOGA BERMANFAAT. BERSAMBUNG EPISOD AKAN DATANG ....
No comments:
Post a Comment